
Apa yang ada hari ini adalah pinjam Allah semata-mata. Begitu kata usahawan berjaya, Datuk Seri Aliff Syukri dan isterinya, Datin Seri Shahida yang menitipkan pesanan buat lima anaknya agar tidak mudah leka dengan kemewahan hidup.
Menerusi rakaman video dimuat naik semula @denikiqm5rz, Aliff memaklumkan bahawa kekayaan yang mereka miliki ketika ini hanyalah pinjaman daripada Allah SWT.

Malah Datuk Aliff juga berpesan agar sentiasa berjimat untuk masa depan sebagai persiapan di hari mendatang.
“Jangan terlalu bermegah atau perasan yang kita ini anak orang kaya.
“Bila kita rasa begitu, kita ego dan boros.
“Duit yang ada itu simpan sebab tak mustahil satu hari nanti abah akan susah dan akan menumpang korang.
“Jadi, berjimat-cermat. Bila abah bagi duit, simpan.
“Cuba tengok kehidupan orang lain yang susah, bukan nak menghina ke apa tetapi kita kena bersyukur,” katanya menerusi video itu.

Aliff berkongsi perkara tersebut ketika melakukan sesi siaran langsung di TikTok usai mereka solat berjemaah bersama di rumah.
Dalam pada itu, pasangan usahawan berjaya ini juga turut mengingatkan anak-anaknya untuk tidak melakukan perkara yang tidak senonoh di belakang mereka.
“Yang kedua, jangan buat benda tak elok di belakang abah dan mama. Abang tak boleh kawal korang.
“Kalau nak buat benda tak elok, ingat dan kenang abah dan mama yang penat cari duit siang dan malam,” katanya lagi.
Perkongsian tersebut sudah semestinya meraih perhatian ramai yang rata-ratanya memuji cara Aliff dan Shahida mendidik anak-anak.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bayi Ditinggal Tanpa Seurat Benang Di Tepi Jalan,Tangisan Jadi Penyelamat

Sayu hati melihat wajah polos yang baru mengenal dunia ini terbaring tanpa seurat benang, tanpa alas, hanya berselimutkan debu jalanan dan bahaya persekitaran.
Itulah yang berlaku dalam satu kejadian penuh pilu di Taman Cempaka Indah, Bukit Selambau, Kedah pada pagi Sabtu lalu. Seorang bayi lelaki baru lahir ditemui ditinggalkan berhampiran bahu jalan dalam keadaan sangat menyayat hati, tanpa sebarang pakaian dan perlindungan.
Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Hanyan Ramlan berkata, pihak polis menerima panggilan kecemasan pada jam 9.55 pagi daripada orang awam yang menemui bayi tersebut.
Tangisan kecil yang menyelamatkan nyawa
Menurut la[oran Sinar Harian, seorang penduduk yang sedang menjemur pakaian terdengar tangisan kuat di belakang rumahnya. Tidak sedap hati, beliau mencari punca suara tersebut dan tergamam apabila terlihat seorang bayi lelaki di tepi jalan — kesejukan dan ketakutan.

Saksi itu menjerit meminta tolong, dan jeritan tersebut menarik perhatian jiran-jiran lain yang segera datang membantu. Bayi kemudiannya dialihkan ke tempat yang lebih selamat sebelum dibawa ke hospital.
Bayi selamat, namun ada kesan calar
Menurut pihak hospital, bayi lelaki itu kini berada dalam keadaan stabil selepas dihantar ke Unit Kecemasan Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani. Pemeriksaan mendapati terdapat kesan calar kecil pada mata kanan dan bahagian kanan badannya — dipercayai akibat diletakkan terus di atas tanah tanpa alas.
Ibu bayi kini dirawat dan ditahan untuk siasatan
Dalam perkembangan terkini, pihak polis memaklumkan bahawa si ibu telah dikenal pasti dan sedang dirawat di hospital. Kes disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran dengan niat untuk membuang bayi.
Pa&Ma, kami sentiasa mengajak masyarakat untuk membuka hati bukan menghukum, tetapi membantu. Ramai ibu muda yang panik, takut, dan keliru. Mereka tidak tahu kepada siapa perlu dituju, dan dalam keterdesakan itu, mereka memilih jalan yang salah.
Kami merayu jika anda sedang hamil tanpa sokongan, carilah pertolongan. Banyak pusat bantuan disediakan seperti hospital kerajaan, NGO, rumah perlindungan wanita dan anak-anak. Jangan sesekali buang bayi anda. Mereka tidak bersalah.
📌 INFO BANTUAN:
Jika anda kenal seseorang yang sedang hamil dan keliru, berikan maklumat ini kepada mereka:
Talian Kasih 15999
Hospital atau klinik kerajaan terdekat
NGO seperti OrphanCARE, Rumah Kita dan Protect and Save the Children
Satu nyawa sudah diselamatkan hari ini, mungkin esok giliran anda menyelamatkan satu lagi. Kongsikan kisah ini, semoga menjadi kesedaran buat semua.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
“Permulaan, Pengakhiran Tak Kami Ketahui”. Akrabnya Memey, Abby Jadi Inspirasi

Salah satu perkara yang membahagiakan kita adalah apabila kita dapat meluangkan masa bersama insan-insan tersayang. Banyak perkara yang boleh dilakukan bersama dan pastinya memori yang tercipta akan menjadi kenangan terindah buat kita.
Artikel Menarik: [Postpartum Depression ‘Sakit’, Usah Biar isteri ‘Alone’ Lepas Bersalin!]
Percutian bersama keluarga adalah antara aktiviti yang menyeronokkan. Tidak kisahlah bercuti di mana sekalipun, asalkan bersama keluarga ia sudah cukup untuk membuatkan kita merasa bahagia. Meninjau ke akaun Instagram selebriti cantik, Memey Suhaiza dapat dilihat dia dan suami bersama keluarga besar mereka pergi bercuti.
Cantik Pakai Sedondon
Melalui foto yang dikongsikan, cantik sekali dia dan Abby Abadi mengenakan busana sedondon. Nampak macam kembar! Memakai blaus bermotifkan bunga-bunga kecil dengan tudung berona sama, mereka tampak manis sekali.

Video Di Pusat Peranginan
Selain foto dengan busana sedondon, Memey turut memuat naik sebuah video pendek yang menunjukkan mereka sekeluarga berada di sebuah pusat peranginan. Di dalam video tersebut dalam dilihat anak-anak mereka seronok bermain buaian dan mandi-manda dalam kolam renang.
Berjalan Berpegangan Tangan
Sebuah lagi video lain yang Memey kongsikan bersama para pengikutnya adalah di mana dia dan suaminya berjalan di persisiran pantai. Yang menariknya, di dalam video tersebut dapat dilihat Abby Abadi bersama pasangannya berjalan bersama mereka.
Artikel Menarik: [Tak Perlu Sekat Apa Nak Buat, Biar Dia Cuba Semua Perkara. Jadi Lagi Berani]

Kesemua mereka berjalan beriringan dan kemesraan antara Memey dan Abby dapat dilihat. Mereka berdua saling berpegangan tangan ketika berjalan. Di penghujung video, mereka berempat duduk di tepi pantai dan saling bergurau antara satu sama lain. Muzik latar yang dipilih juga membangkitkan rasa kasih sayang kepada mereka yang menonton video ini.
Kisah kami❤️
Permulaan ,pengakhiran yg tak kami ketahui..
Percaturan Allah segalanya ..
Tapi yg pasti kami mohon yg terbaik juga dariNya..
Segala kesilapan , kekurangan yg menjadi hikmah utk terus melangkah…perbaiki, & terus melangkah demi kasih sayang, cinta & amanah ❤️
Terima kasih ya Allah.,
Terima kasih pada yg mendoakan ..
Semoga kita terus berkasih sayang kerana Allah🤲🏻❤️
Mummy ❤️ u all..
Membaca kapsyen Memey ni pun boleh buat kita rasa terharu. Memang datang dari hati. Seronok lihat keluarga besar mereka! Semoga ukhwah keluarga besar ini terus mekar dan sentiasa dirahmati Allah SWT.
Anak ada bakat? Sertai Bakat Cilik Pa&Ma sekarang!!
Kalau anak-anak ada bakat hebat, janganlah simpan sendiri. Jom, support mereka dengan menyertai Bakat Cilik Pa&Ma. Rakam aksi anak-anak dengan bakat mereka dan hantarkan kepada Pa&Ma.
Nak join? Klik saja https://toko.ideaktiv.com/product/bakat-cilik/ atau untuk sebarang pertanyaan boleh hubungi https://wa.me/+60179701167

Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Cemburu Anak Sulung: Kakak Campak Adik Usia 21 Hari Dari Tingkat Empat

Kisah tragis yang berlaku di Rusia ini benar-benar menyentuh hati ramai ibu bapa di seluruh dunia. Seorang bayi lelaki berusia 21 hari maut selepas dicampak dari tingkap tingkat empat oleh kakaknya sendiri yang baru berusia lima tahun. Insiden menyayat hati ini berlaku di daerah Vasilyevo, Tatarstan dan kini menjadi peringatan besar buat semua ibu bapa agar tidak meninggalkan anak kecil tanpa pengawasan.
Menurut laporan media tempatan, ketika kejadian dua beradik tersebut berada di rumah tanpa kehadiran orang dewasa. Difahamkan, ibu mereka keluar melawat rakannya manakala bapa berada di tempat kerja. Penduduk sekitar yang melalui kawasan itu mendakwa terdengar jeritan kanak-kanak dari arah tingkat empat sebelum terlihat tubuh kecil bayi terbaring di atas tanah konkrit dalam keadaan tidak sedarkan diri.

Pasukan paramedik yang tiba di lokasi mengesahkan bayi malang itu meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala. Siasatan oleh pihak Russian Investigative Committee mendapati, tindakan si kakak dipercayai berpunca daripada rasa cemburu terhadap perhatian yang diberikan kepada adik barunya sejak kelahiran bayi tersebut tiga minggu lalu.
Cemburu Anak Sulung Punca Tindakan Tragis
Ketua Daerah Zelenodolsk, Mikhail Afanasyev turut melahirkan rasa dukacita atas kejadian tragis ini dan menyeru semua ibu bapa agar lebih berhati-hati. Beliau mengingatkan bahawa meninggalkan anak kecil bersendirian, walaupun seketika, boleh membawa risiko besar yang tidak disangka.
Cemburu Anak Sulung Perlu Difahami, Bukan Dihukum
Menurut pakar psikologi kanak-kanak, rasa cemburu anak sulung terhadap kelahiran adik baru adalah perkara yang biasa dan perlu ditangani dengan empati. Anak kecil yang selama ini menjadi pusat perhatian ibu bapa mungkin merasa tersisih apabila perhatian beralih kepada bayi baru lahir. Jika tidak diurus dengan betul, ia boleh menimbulkan tingkah laku agresif atau tindakan luar kawalan seperti yang berlaku dalam kes ini.

Cara Ibu Bapa Tangani Cemburu Anak Sulung
- Libatkan anak sulung dalam penjagaan adik, contohnya membantu mengambil lampin, menemani ibu menyanyi lagu buaian atau menepuk adik tidur.
- Luangkan masa berkualiti bersama anak sulung, walaupun hanya 10-15 minit sehari untuk bermain atau membaca buku bersama.
- Berikan pujian dan penghargaan supaya mereka merasa penting dan tidak diketepikan.
Pengajaran Buat Semua Ibu Bapa
Setiap anak perlukan perhatian dan kasih sayang, lebih-lebih lagi apabila keluarga bertambah ahli baharu. Jangan sesekali biarkan anak kecil bersendirian di rumah, walau hanya seketika, kerana pada usia ini mereka belum matang untuk memahami bahaya dan akibat perbuatan mereka.
Kejadian menyayat hati ini seharusnya membuka mata semua ibu bapa tentang pentingnya pemantauan dan kepekaan terhadap emosi anak sulung. Kasih sayang perlu dibahagi sama rata kerana setiap anak berhak merasa dicintai.
💔 Semoga roh bayi kecil ini ditempatkan di syurga dan semoga kejadian ini menjadi pengajaran buat semua.
Sumber: The Sun
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!


