Kehamilan

“Tak Nak Anak Hitam Elak Makan Kicap. Nak Anak Putih Minum Air Soya”. Betul Ke? Ini Jawapannya

Share

“Jangan makan banyak sangat kicap tu. Kang anak yang dikandung tu jadi gelap, macam kicap tu gak ! “ – ujar makcik Rosnah kepada anaknya yang baru disahkan oleh doktor hamil dalam 4 bulan.

“Ko jangan degil dengar cakap mak. Keluarga kita semua putih putih cerah-cerah. Anak kakak ko si Betty tu, tengok anak dia dah itam legam, betty degil tak nak dengar cakap mak dulu. Budak-budak sekarang ni bukan boleh ditegur sikit. Cakap kita kolot la ape lah. Padahal aku yang makan garam dulu dari korang tau” – tambah makcik Rosnah bila anak yang dileteri itu mencebikkan muka bila ditegah makan kicap.

Masalahnya, benar ke makan kicap, anak yang dikandung tu boleh jadi gelap macam kicap tu? Tapi digalakkan pula ibu mengandung ni minum soya banyak-banyak katanya anak boleh jadi putih ikut soya tu.

Dia lupa ke yang kicap tu asalnya dari kacang soya sendiri? Pening

Ok menurut Pegawai Perubatan Obstetrik & Ginekologi, Dr. Muhammad Izzat Abdul Razak beliau berkongsikan mengenai perkara ini. Adakah fakta atau auta.

  • Warna makanan yang diambil tidak akan mempengaruhi warna kulit pada bayi. Ini kerana sistem penghadaman di dalam badan tidaklah bersambung dengan rahim. Makanan yang dimakan akan dicernakan di dalam sistem penghadaman dan di serap ke dalam badan.
  • Molekul yang sudah tercerna inilah yang akan diberikan kepada bayi melalui uri(placenta). Penggunaan molekul makanan yang tercerna tersebut tidaklah akan mempengaruhi warna kulit bayi.

  • Warna kulit yang gelap adalah disebabkan kehadiran kompaun melanin yang terhasil daripada sel melanocytes. Ada sesetengah orang yang mempunyai masalah dalam penghasilan sebatian ini dan kulit mereka akan kelihatan sangat putih. Bukan kulit je sangat putih, rambut dan kening mereka juga akan kelihatan putih disebabkan sebatian melanin juga banyak pada tempat tersebut. Mereka dikatakan penghidap penyakit Albino

So jelas sebenarnya permakanan tak mempengaruhi warna kulit bayi. Tapi sebenarnya bergantung pada perwarisan genetik – iaitu warna kulit mak atau ayah bayi tu sendiri.

Penyelesaiannya mudah saja, kalau nak sangat baby putih melepak, kenalah kawin dengan mat salleh yang putih melepak.

Saya tak putih, tapi saya hitam manis.

Dr. Muhammad Izzat Abdul Razak
Pegawai perubatan
Obstetrik & Ginekologi
Kementerian Kesihatan Malaysia

Published by
Wan Amy