Keibubapaan

“Tak Nak Berenggang Langsung” Tak Normal Untuk Anak 4 Tahun, Nak Jarakkan Kena Ada Trik!

Share

Sukar jadinya bila anak asyik nak melekat 24 jam dengan ibu atau ayah. Rasa diri takut dari ancaman dari wajah yang asing. Ini sebenarnya yang dirasakan anak kecil kita.

Pun begitu, menurut Penulis Keibubapaan, Pn Wan Nur Syakira, sikap ibu ayah yang terlebih bersifat melindungi atau overprotective hanya akan menambahkan lagi rasa sukar anak untuk berpisah. Apa mak ayah perlu buat. Tip ini pasti membantu.


Siapa yang ada anak sukar nak berpisah ini? Saya tengah laluinya bersama anak yang ketiga yang umurnya 7 bulan. Mahukan ummi dan abinya sahaja.

Pulang ke kampung masa raya haji hari tu, MasyaAllah, tak nak berenggang dari ummi abi. Melekat betul. Memang menguji ya emosi dan ketahanan jiwa. Tapi ummi hari tu rasa boleh bertahan walaupun dalam struggle bila tahu ianya normal sahaja.

Rupanya ianya normal saja antara usia 6 bulan hingga 3 tahun , mengikut perkembangan kanak-kanak. Anak baru memahami yang ibu ayah bukanlah sebahagian dari dirinya. Satu jasad yang lain.

Kalau melebihi umur 4 tahun, masih ada separation anxiety lagi, maka itu tak normal. Antara sebab separation anxiety anak menjadi teruk,

✅Ibu ayah terlalu overprotective, anak serap keresahan ibu ayah.
✅ Ibu ayah yang stress , anak terpaksa menghadapi emosi ibu ayah yang berubah-ubah.
✅ Trauma seperti kehilangan yang disayangi atau kematian.

Jujurnya, saya lah tu yang pertama. Overprotective. Tengah cuba rawat yang tu. Suami banyak bantu. Kesannya ada kelihatan pada anak pertama.

Alhamdulillah, saya jumpa ilmu ini setelah dapat anak kedua dan ketiga. Jadi, mereka berdua alhamdulillah ummi dah prepare. Anak pertama alhamdulillah juga makin berani dari sebelum ini.

Dalam buku Behavenya Anakku ini, memang belajar tips untuk rawat dan memahami separation anxiety ini.

Antaranya,
✅ Ibu ayah sendiri kena tenang dan urus emosi dengan baik di hadapan anak. Kalau tak mampu, elok dapatkan bantuan kaunselor dan pakar psikologi untuk rawat emosi sendiri.
✅ Elak terlalu paksa anak
✅Ajak anak main aktiviti yang memerlukannya berpisah dengan anak sebentar seperti main sorok-sorok dan main cak cak.

Begitulah. Kena selalu tambah ilmu kan dalam mengurus tingkah laku anak ni.

Adakala kita tak tahu dan tersilap.
Adakala itu hanya perkembangan normal anak.
Adakala ada sebab yang mendorong anak berkelakuan begitu.
Sentiasa ada ruang untuk melakukan yang lebih baik untuk kita dan anak-anak.

Menarik:  Bagus Untuk Anak Formula Terbaharu Susu Kambing Karihome Dengan Kualiti Terbaik!

Ayuh, kembalikan kesegaran dan tenaga anda bersama pasangan tersayang melalui Bengkel Refresh & Recharge: Jom Kembali Semangat!

Daftar di https://toko.ideaktiv.com/product/jom-kembali-semangat/

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

Published by
SRM