Tak Nak Ingat Lagi Yang Dulu. Bapa Padam Gambar Lama Ainul Dengan Ketumbuhan

Share

Bapa kepada bayi istimewa kesayangan ramai, Ainul Mardhiah memadamkan gambar-gambar anaknya yang lama dengan ketumbuhan. Pengalaman melihat penderitaan si kecil ini ingin dilupakan.

SEBAK MENATAP GAMBAR AINUL DENGAN KETUMBUHAN

Menurut Ahmad Safiuddn Ahmad Razak, setiap menatap gambar permata hati kesayangan dengan ketumbuhan seberat 200gram yang dikeluarkan dalam pembedahan pada Jun lalu, hatinya menjadi tersentuh dan sebak.

“Bila tengok Ainul sekarang dengan tengok gambar Ainul yang dulu, rasa sedih dan sebak termasuk rasa macam tidak percaya yang puteri sulung kami itu telah mengharunginya sebelum ini.

“Dulu semasa kami menjaganya, bila tengok ketumbuhan itu, kami rasa biasa sahaja. Mungkin sebab sudah terbiasa.

“Sekarang ini bila tengok gambar dahulunya, rasa macam cepat-cepat tutup balik.

TAK SANGKA SAMPAI KE TAHAP INI, SEMUANYA KUASA ALLAH

Ahmad Safiuddin menerusi Facebook turut mengucapkan kesyukuran kerana ketumbuhan tersebut sudah dapat dipisahkan daripada Ainul. Dengan Kuasa Allah segalanya berlaku. Bapa ini mengakui tidak percaya dengan keadaan Ainul terkini yang semakin baik setelah ketumbuhan tersebut dibedah buang.

“Kuasa Allah, ajaibnya Allah. DIA boleh menghendaki pada bila bila masa sahaja dia mahukan.

“Allah izinkan ketumbuhan itu duduk dalam badan Ainul dan Allah juga mengizinkan ketumbuhan itu dipisahkan dari tubuh badan Ainul.

“Kami sendiri tidak pernah menyangka sebelum ini bahawa puteri kami akan sampai ke tahap macam ini.

“Alhamdulillah, nikmat Allah yang tidak boleh kami dustakan.”

MASIH SIMPAN BEBERAPA KEPING UNTUK TATAPAN AINUL

Bapa muda ini masih lagi menyimpan beberapa keping foto Ainul Mardhiah sebelum dibedah untuk tatapan Ainul apabila besar nanti.

“Saya dah padam banyak gambar Ainul yang dulu sebab tak nak ingat dan tak mahu ingat tetapi saya tinggalkan sekeping dua untuk tunjukkan kepada Ainul bila dia besar nanti agar dia lebih menghargai dan menjadi insan yang bermanfaat di masa hadapan.”

Sumber: FB Ahmad Safiuddin

Artikel berkaitan:[ Disahkan Ada Ketumbuhan Dalam Mulut, Bapa Harapkan Doa Orang Ramai Untuk Ainul Mardhiah]

[Sekelip Mata Keceriaan Ainul Mardhiah Berubah. Disahkan Hidap Tumor Neuroblastoma Tahap 4]

[“Pertama Kali Lihatnya Tanpa Ketumbuhan Cantik Sangat”. Ainul Mardhiah Selamat Dibedah]

Published by
Azma ML