Kena rajin-rajin berpeluk dengan suami atau isteri kita. Peluk juga anak-anak. Dengan melakukannya, banyak manfaat yang akan kita perolehi. Berpeluk ni memberi kesan terbaik untuk kesihatan fizikal dan emosi seseorang. Nak tahu apa kebaikan berpeluk?
Apabila kita berpelukan dengan pasangan, ia dapat merangsang perasaan kasih sayang antara kedua-dua pihak. Melalui perkongsian Dr Zubaidi Hj Ahmad di laman Facebooknya, beliau berkongsi tentang manfaat apabila kita berpeluk dengan orang yang disayangi.
Kebaikan Berpelukan Suami Dan Isteri..
Oxytocin adalah biokimia semulajadi dalam otak yang merangsangkan hubungan erat antara ibu-anak, suami-isteri, merangsangkan perasaan kasih sayang antara ayah kepada anak, dan menggalakkan suami untuk kekal setia pada isterinya.
Dalam kehidupan yang realiti, hormon oxytocin akan menyuburkan keluarga yang bahagia, tanpa perang mulut atau keganasan fizikal.
Artikel Menarik: [Tahniah Madammu! Perjalanan IVF Penuh Liku Berhasil, Dirinya Kini Hamil 5 Minggu]
Berpeluk Rangsang Hormon Oxytocin
Hormon oxytocin dikeluarkan ketika berpelukan dan ia adalah sebahagian dari tindakbalas seksual. Oleh di kala ramai isteri yang sedang sedih minta dipeluk suami mereka, si suami membaca mesej yang salah. Mereka menyangka itu permintaan untuk melakukan hubungan jima’ dari si isteri.
Secara fizikalnya, kita akan dapat menganggak apabila oxytocin dikeluarkan, dengan melihat perubahan wajah yang menyenangkan dan intonasi suara yang menjadi semakin lembut.
Oxytocin Elak Stres
Oxytocin juga akan menghalang pengeluaran hormon yang menyebabkan stress iaitu hormon cortisol dan norepinephrine. Secara tidak langsung oxytocin akan mengurangkan risiko seseorang mengalami sakit jantung.
Ini bertepatan dengan banyak kaijan mendapati wanita yang tidak bahagia dalam perkahwinannya mempunyai risiko yang tinggi untuk mendapat penyakit jantung.
#sedangkanlidahlagitergigitdrzubaidi
Bukanlah susah mana pun untuk berpeluk dengan suami atau isteri kita kan? Selain baik untuk kesihatan jantung, ia juga dapat mewujudkan kebahagiaan dalam rumah tangga. Apabila berpeluk dengan anak-anak pula, ia dapat mengeratkan rasa kasih sayang antara kita.
Keluarga pun harmoni tanpa sengketa. Diharapkan dengan perkongsian dari Dr Zubaidi ini sedikit sebanyak dapat memberi penjelasan kepada kita akan kebaikan berpeluk.
Artikel Menarik: [“Bukan Mudah Besarkan Kami.” Buat Kejutan Untuk Parents, Hafiz Mahamad Belikan Kereta]
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama)
Jom, meriahkan Pa&Ma Gala 2022 Reunion X TYT dan anda berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik! Sharing istimewa dari Dayah Bakar & Tasha Manshahar tentang cara penjagaan anak serta demo urutan istimewa dari Aunty June (TYT).
Daftar segera di https://toko.ideaktiv.com/product/pama-gala-2022-reunion-x-tyt/