Tak Nak Manjakan Diri, Seminggu Lepas Bersalin Terus Masuk Kerja “Kena Banyak Bergerak, Darah Akan Lancar”

Share

Usahawan terkenal, Datin Shahida lebih selesa bekerja walaupun masih dalam proses berpantang kerana baginya tanggungjawab sebagai pemilik perniagaan sangat besar. 

Tambahnya lagi, dia masih mengamalkan pantang ketika pulang bekerja dan dia turut mendapatkan nasihat daripada doktor sebelum melakukan sesuatu pekerjaan ketika berpantang.

“Sebenarnya daripada anak sulung lagi saya tak nak manjankan diri, apabila orang berniaga ni tak sama dengan orang kerja makan gaji. Kena pemantauan rapi, sama juga kalau kat rumah pun kejap-kejap saya datang office.”

“Komitmen makin tinggi, anak makin ramai. Kalau boleh tujuh hari pun masuk office terus,” ujarnya.

“Ketika pendarahan itu disebabkan uri kebawah, tapi masa nak bersalin uri naik ke atas.”

“Selepas bersalin, kita sendiri pun rasa badan dah sihat, doktor pun sahkan tiada masalah.”

“Kalau ikutkan berpantang yang betul kita kena banyak bergerak supaya perjalanan darah lancar, bukanya kena berbaring saja.”

“Bayangkan zaman dahulu berpantang di rumah, anak sendiri jaga kena buat kerja juga. Sihat saja. Bila berpantang saya suka fikir logik”

“Seminggu selepas bersalin saya dah turun ke beberapa acara seperti Starvendors, Absolute Bazaar dan sebagainya. Semua kita turun! Menjadi komitmen saya kena buat ketiga-tiga kemunculan”

“Pukul empat, lima pagi baru balik rumah. Hakikatnya, di rumah saya masih berpantang macam biasa, ada bertungku, lulut dan sebagainya.”

“Cumanya saya suka buat kerja. Sama juga kalau tak ke pejabat, kita akan buat macam-macam kerja di rumah”

Datin Shahida mendirikan rumah tangga bersama Dato Aliff Syukri dan dikurniakan enam cahaya mata iaitu Ammar Ahyan, Qadeejah El Zahra, Ibraheem Adham, Yusoff Al Qardawi, Raudah Arshiyah & Luqman Al-Hakim.

Published by
NuFa