Laksa memang digemari ramai. Namun ibu selepas bersalin perlu mengelakkan diri daripada mengambil makanan kegemaran ramai ini.
Amalan berpantang makan laksa sampai setahun lepas bersalin ni biasanya dilakukan oleh ibu-ibu di sebelah utara seperti Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak.
Mengapa? Salah satu sebabnya ialah laksa dikatakan sebagai makanan yang ‘sejuk’ dan berangin.
1. Proses penghasilan laksa
Hal ini dikatakan berpunca daripada proses penghasilan laksa itu. Biarpun bahan utama laksa ialah beras, namun ia dimasak terlebih dahulu dan kemudian dibentuk menjadi bentuk laksa.
Setelah itu, ia dikeringkan. Untuk dimakan bersama kuah laksa, ia perlu dimasak sekali lagi. Di sini timbulnya unsur sejuk atau angin itu.
Ads
Apabila dimasak dua kali. Kandungan angin adalah tinggi lalu menyebabkan sakit urat dan sakit badan.
Malah bila dimasak dua kali, ia seolah-olah seperti nasi yang dipanaskan berkali-kali semasa anda berpantang. Jika makan nasi sejuk, anda boleh bentan. Samalah halnya dengan makan laksa dalam tempoh setahun selepas melahirkan ini.
2. Kuah bersifat tajam
Untuk mendapatkan kuah laksa yang sedap, ikan perlu direbus, kemudian dikisar bersama tulangnya. Di sinilah unsur tajam itu dibangkitkan.
Ads
Bisa tulang ikan menyebabkan kuah laksa menjadi ‘tajam’. Kandungan dalam tulang ikan boleh mengakibatkan sakit sendi, sakit tumit dan sakit urat untuk jangka masa panjang.
3. Kuah ada unsur angin
Ramai yang membuat anggapan bahawa daun kesum dan bunga kantan yang digunakan sebagai bahan di dalam kuah
adalah sayur berbisa. Penggunaannya boleh menyebabkan angin di dalam badan.
Ads
4. Timun bersifat sejuk
Untuk menambah kesedapan laksa, timun digunakan sebagai ulamnya.
Seperti yang anda sedia maklum, ibu berpantang tidak boleh makan timun kerana ia adalah sejenis sayur yang sejuk. Ia boleh mengundang angin di dalam badan.
Memang pantang larang orang tua-tua tiada kajian saintifik. Namun tiada salahnya jika ia diikuti selagi tidak datangkan mudarat.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Teknik latihan kuatkan paru-paru sangat penting diamalkan oleh bekas pesakit Covid-19 yang sudah sembuh. Kebanyakan mereka sering mengadu kerap mengalami masalah pernafasan selepas mereka bebas daripada virus tersebut.
Ini kerana virus berkenaan telah menyerang dan mengganggu bahagian paru-paru dan menyebabkan pernafasan menjadi tidak lancar seperti sebelum sakit.
Situasi kesukaran untuk bernafas walaupun sudah sembuh sepenuhnya menyebabkan bekas pesakit Covid-19 berasa tidak selesa dan bimbang dengan situasi tersebut.
Perkongsian Dr. Arisman MD yang memuatnaik video mengenai teknik latihan untuk menguatkan semula paru-paru selepas terkena jangkitan Covid-19 memang sangat bermanfaat.
Teknik Latihan kuatkan paru-paru
Duduk tegak atau baring dengan keadaan selesa.
Letakkan satu tangan pada dada dan satu tangan pada perut.
Tarik nafas melalui hidung selama 4 saat.
Tahan nafas selama 4 saat.
Hembus nafas melalui mulut perlahan-lahan untuk tempoh dua saat.
Amalkan Latihan ini setiap hari, lama-kelamaan InsyaAllah anda akan dapat bernafas dengan lebih lancar selepas tiu. Jika masih berterusan mengalami masalah pernafasan, anda dinasihatkan untuk terus mendapatkan rawatan dihospital.
Persoalan tentang komplikasi popular waktu mengandung dan baby baru lahir akan dihuraikan oleh Pakar Perunding O&G, Dr Maiza Tusimin dan Pakar Pediatrik, Dr Hairin Anisa dalam Talk To Doctor Bersama Moms To BeDaftar di SINI
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Aktor Ashraf Muslim menyambut kelahiran anak keempatnya. Dia turut mengharapkan kelahiran anak perempuan kedua dalam keluarganya itu menambah keakraban mereka.
Bayi perempuan yang dilahirkan oleh isteri kedua Ashraf, Sakinah pada jam 5.35 petang pada 3 Sept 2018. Ashraf sudah memiliki tiga orang anak iaitu Sarah, 4 tahun, Adam dan Anas, 3 tahun.
Berita ini dikhabarkan menerusi posting Instagram Ashraf yang memaparkan foto dia bersama isteri-isteri dan anak-anaknya serta bayi yang baru lahir.
Assalammualaikum semua
Syukur, Alhamdulillah. Keluarga AM @ashrafslegacy bertambah lagi. Terima kasih Allah utk kurniaan yang tidak ternilai ini. Alhamdulillah, isteriku, Sakinah telah selamat melahirkan seorang anak perempuan seberat 3.07kg pada jam 5.35 petang semalam (3 Sept 2018). Terima kasih ibu!
Selamat datang ke dunia anakku. Ayah, mama, ibu, Sarah, Adam dan Anas semuanya excited tau.. Semoga menjadi anak yg solehah, sri kandi yg hebat di mata Allah, sihat dan seorang yg penyayang spt kakak dan abg2 kayh. Satu lagi ,semoga kehadiranmu anakku membawa ukhwah kita sekeluarga bertambah erat. Amin, insyaAllah. Doakan AM sekeluarga yea.
Terima kasih kepada Dr Mazita, semua staf nurse dan juga warga Avisena Specialist Hospital diatas layanan yg diberikan. Tq so much. Semoga Allah memberkati dan merahmati kesemuanya.
Bayi baru lahir kerap menyusu menimbulkan tanda tanya kepada para ibu bapa & orang sekeliling. Adakah sebenarnya dia sedang kelaparan disebabkan oleh susu ibu tidak mencukupi? Ini penjelasan kaunselor laktasi.
Menurut Noorfazila Abdul Rahman, Kaunselor Laktasi Bertauliah, pemahaman ibu bapa dan keluarga tentang cabaran penyusuan susu ibu pada peringkat awal kelahiran amat penting untuk memastikan perjalanan susu ibu secara eksklusif tidak mudah ‘tergugat.’
YAKINLAH ANDA SEMUA MAMPU LAKUKANNYA!!!
Bagaimana mengetahui anak mendapat susu yang mencukupi atau tidak?
Baby nampak tenang selepas menyusu. Biasanya baby akan tertidur dan melepaskan sendiri payudara ibu.
Lampin dipakai berat dan perlu ditukar lebih dari 6 kali dalam tempoh 24 jam.
Air kencing baby berwarna jernih dan tidak berbau.
Baby menyusu lebih dari 10 kali sehari pada minggu-minggu pertama kelahiran. Pada minggu pertama kelahiran najis baby berwarna kuning gelap bagaimanapun najis baby semakin cerah selepas seminggu.
Apabila menyusu anda boleh lihat dan dengar baby seakan menelan.
Payudara akan menjadi lebih lembut setelah selesai sesi penyusuan.
Kulit baby juga berasa tegang dan memantul semula apabila dicubit.
Berat akan bertambah mengikut umur.
Ibu berasa haus dan berpeluh selepas sesi penyusuan.
Jika semua tanda di atas dialami oleh bayi anda, anda tidak perlu risau lagi. Ramai ibu yang mengadu pada saya yang mereka risau jika anak tidak mendapat bekalan susu yang secukupnya terutama minggu-minggu pertama kelahiran.
SUSU IBU MUDAH DIHADAM, BAYI MUDAH LAPAR
Ini kerana kebiasaannya bayi yang baru lahir kerap menyusu dan kadangkala seperti mahu menyusu setiap masa dan nampak seperti tidak puas selepas menyusu.
Jangan risau ini sesuatu yang normal kerana susu ibu sangat mudah dan cepat dihadam (1-2 jam selepas menyusu) sebab itulah bayi akan cepat lapar.
NORMAL BAYI BARU LAHIR MENYUSU SAMPAI 15 KALI SEHARI
Kebiasaannya sepanjang minggu pertama kelahiran bayi yang baru lahir akan menyusu hingga 15 kali sehari.
Terdapat juga bayi yang masih menyusu hingga 12 kali sehari selepas minggu pertama kelahiran. Pola penyusuan ini akan berterusan sehingga jumlah sesi menyusu berkurangan ke 10 kali sehari.
SUSUKAN BAYI SEKERAP MUNGKIN
Apa yang penting susukanlah bayi sekerap yang boleh. Kerana lebih kerap bayi menyusu lebih banyak susu akan dihasilkan oleh badan kita. Kebiasaannya kegusaran ini timbul apabila ada ibu yang melihat berat bayi semakin menurun dari berat semasa dilahirkan.
Perlu diingatkan bahawa, berat badan bayi baru lahir selalunya turun lima hingga 10 peratus daripada berat lahir mereka dalam minggu pertama atau seterusnya. Bagaimanapun berat akan mula bertambah selepas itu dan pulih seperti berat lahirnya pada minggu kedua dilahirkan.
PEKA TANDA BAYI TIDAK MENDAPAT CUKUP SUSU
Bagaimana pula cara untuk mengetahui anak tidak mendapat susu yang mencukupi?
Diapers sentiasa ringan dan selepas seminggu anda tidak menyalin diapers lebih dari 6 kali.
Baby tidak membuang air besar sekurang-kurangnya sekali sehari atau najisnya masih berwarna gelap selepas seminggu dilahirkan.
Berat baby masih tidak bertambah atau tidak mendapat berat lahir walaupun selepas dua minggu kelahiran
Payudara masih keras dan berat selepas sesi penyusuan.
Baby sering meragam atau nampak seperti tidak aktif dan tidak bermaya.
Semasa menyusu, pipi baby anda lekung atau membuat bunyi berdecit semasa menyusu. (Ini tanda baby tidak menyusu dengan betul dan khidmat nasihat diperlukan bagi memastikan baby menyusu dengan teknik yang betul.)
Muka baby kelihatan cengkung dan tidak berisi.
Kulitnya anda tetap berkerut selepas minggu pertama.
Jika anda risau mengenai sebarang tanda-tanda berikut, hubungi doktor atau ahli pediatrik keluarga anda. Pada peringkat awal, masalah paling utama untuk menjayakan penyusuan susu ibu secara eksklusif bagi seorang ibu ialah KURANG KEYAKINAN dan sering BERFIKIRAN NEGATIF.
Percayalah penyusuan susu ibu sesuatu yang mudah jika ianya diiringi dengan KEYAKINAN, SEMANGAT dan KESUNGGUHAN. Teruskan niat murni anda dan jangan berhenti berdoa kepada Allah swt agar perjalanan penyusuan anda dimudahkan.
Penyusuan susu sbu bukan sesuatu yang menyeksa atau menyakitkan sebaliknya suatu pengalaman berharga dan menyeronokkan bagi semua ibu.
Bersempena dengan Bulan Menabung Simpan SSPN (BMS) 2024, pertandingan Baby Merangkak Race Pa&Ma X Simpan SSPN telah diadakan di MyTown Shopping Centre, Kuala Lumpur,...