Menghargai penat lelah serta kesakitan isteri melahirkan zuriat, para suami yang bertanggung jawab akan melakukan apa sahaja untuk memudahkan proses berpantang suri hatinya. Ketika bersalin, nyawa si isteri dipertaruhkan maka selayaknya diberi penghargaan oleh suami.
Begitulah yang dilakukan oleh suami ini, Muhammad Taqiyyudin yang berkongsi ceritanya membawa bayinya ke klinik kesihatan untuk pemeriksaan demam kuning tanpa membawa isterinya bersama.
Memandangkan isterinya baharu sahaja melahirkan tidak sampai lima hari, suami ini tidak mahu membawa ‘orang rumahnya’ bersama ke klinik.
Artikel Menarik: [Suami Isteri Selalu Bermanja & Saling Bercinta, Rahsia Kurus Paling Mudah!]
Ini gambar semalam, bawa puteri kesayangan ‘cek kuning’ di klinik kesihatan. Tiba² nurse tanya,
“Mana isteri awak? Tak datang ke”
Dalam hati aku, aik baru bersalin tak sampai 5 hari takkan nak bawa datang. Nurse pun minta Qiey duduk dulu di ruangan menunggu.
Sambil tu nurse sempat bergurau…
“Weyh, laki datang sorang² dukung anak dari tadi lagi.”
Nurse lagi satu pun jawab,
“Fuh kalau laki aku ni memang takkan laa”
Baru Qiey sedar, ramai lelaki di luar sana yang masih belum sedar. Tanggungjawab sebagai seorang suami teramat besar, bukan sekadar pergi kerja sahaja.
Artikel Menarik: [Hebatlah Suami Jaga Isteri Dalam Pantang. Lagi Tip Top Kalau Pandai Urus Baby]
Dalam tempoh isteri lepas bersalin, layanlah dia bagai bidadari. Sakitnya bersalin takkan mampu kita tanggung walau ada ‘sixpack’ sekalipun. Kesakitan yang teramat dahsyat itu hanya mampu ditanggung orang yang selalu kita anggap lemah.
Cubalah, ambil alih semua tugas isteri dalam masa beberapa hari lepas bersalin. Baru kita tahu betapa penatnya isteri menjalani kehidupan setiap hari. Ya, itulah isteri yang kita anggap ‘tidak bekerja’.
Kerja mereka sebenarnya jauh lebih penat dari anda. Mereka tiada ‘office hour’, mereka juga tak boleh claim ‘overtime’ walau kadang2 terpaksa bekerja sampai pagi ketika anak sakit.
Pesan Qiey, hargailah isteri anda. Mereka bukan ‘hamba abdi’, tetapi mereka bukti cinta abadi.
Qiey,
Surarumah sepenuh masa.
Perkongsian suami ini sebenarnya menunjukkan suami juga boleh mengambil alih tugas seorang isteri pada waktu yang diperlukan. Isteri yang baharu bersalin memerlukan rehat yang secukupnya. Sebagai suami, tidaklah jatuh martabat anda sekiranya membantu isteri. Bahkan bertambah kasih sayangnya terhadap anda.