Tidak dinafikan anak yang sentiasa melekat dengan kita sedikit mengganggu kerja-kerja menguruskan rumah tangga. Malah hendak membiasakan anak dengan pengasuh pada awalnya terasa sedikit mencabar.
Pun begitu, jangan dipersalahkan anak kecil kita. Mereka rasa gelisah dan takut dan inilah yang dipanggil sebagai Separation Anxiety. Ini yang dikongsikan oleh En Fhais.
Renyah bila ada anak yang tak boleh berpisah. Gejala ini di panggil Separation Anxiety.
Hilang je ibu ayah dari pandangan anak terus rasa cemas dan ketakutan. Boleh jadi dia menangis atau menjerit.
Ada 4 punca boleh terjadi gejala ni :
1. Faktor genetik
Sesetengah kanak-kanak di lahirkan dalam keadaan yang lebih sensitif dan lebih emosional dalam temparament mereka. Dia senang cemas dan senang takut walau perkara yang remeh.
2. Mengikut ibu ayah yang senang cemas
Boleh kata 70 peratus karakter anak mengikut dari ibu ayahnya. Mereka belajar dengan memerhati ibu ayah. Sebab tu la ibu ayah kena selalu tunjuk berani depan anak, baru anak mengikut jadi berani.
3. Overprotective
Anak anak yang dah terbiasa dengan bergantung pada ibu ayah akan mudah jadi resah gelisah bila tanpa ibu ayah. Bukan resah sahaja tapi anak juga akan lemah skil berdikari.
4. Hidup dengan tekanan
Seperti ibu bapa bergaduh, pernah alami kecederaan atau ada uninvolved parent yang selalu tiada di sisi anak ketika kecil pun boleh meningkatkan lagi kecenderungan anak kena anxiety attack.
Cuma nak pesan satu je.
Bila anak ada buat gejala begini jangan di marah atau mengeluh depan anak tu sebab itu akan beri signal bahawa kita rimas pada dia.
Anak anak cari kita sebab nak dapatkan rasa selamat dan aman, bila kita buat begitu akan merosakkan terus kepercayaan dia pada kita.
Ubat rasa resah gelisah anak anak adalah cinta tanpa batasan ibu dan ayah.
Menarik: Penat Kejar Anak, Lasaknya Bukan Main, Jangan Mengeluh Tapi Hayati Momen Indah Anak Membesar
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)