Lebih kurang usia anak dua ke tiga tahun, kita akan latih anak untuk ‘buang lampin’. Kalau konsisten, dalam tempoh dua minggu mungkin anak tak perlu pakai lampin dah. Masa nak train anak tu, kadang-kadang ‘terlepas’ juga.
Paling sukar kalau anak terkencing atau terbuang air besar di atas tilam atau karpet. Bukan mudah untuk dicuci. Jadi sebaik-baiknya kita nak pastikan bila dicuci tu, memang betul-betul bersih.
Biarpun perkongsian ibu ini sudah lama, ia masih boleh diguna pakai dan sangat bermanfaat buat kita semua.
Membersih & Menyucikan Najis Anak =============================== Dalam pada para ibu teruja nak ajar anak potty train.. Jangan sehingga terlepas pandang bab menyucikan najis (air kencing/poo²) anak. Biasalah kes² ‘incident’ kecil masa potty train ni..pasti anak ada terlepas & terbabas kat memane.. Tu tak termasuk kes diaper bocor atas tilam/karpet/sofa atau anak kencing malam..
Sebelum ni saya pernah kongsikan cara buat spray serbaguna menggunakan sabun & larutan cuka. Spray ni juga sangat berkesan untuk hilangkan bau hancing (boleh rujuk post saya sebelum ni untuk sukatan). Alhamdulillah, lepas kering memang dah takde bau lagi. Najis anak dikira najis mutawassitah iaitu najis pertengahan (kecuali air kencing anak lelaki bawah 2 tahun yang belum makan & hanya minum susu ibu je).
Najis mutawassitah ni pula terbahagi kepada 2 iaitu yang boleh nampak (ainiah) & tak boleh nampak (hukmiah). Cara membersih & menyucikan najis berbeza bergantung pada kategorinya.
Baru² ni saya dengar ceramah seorang ustazah mengenai penyucian najis anak. Alhamdulillah, cara ini juga yang saya gunakan selama ni. Saya kongsikan cara menyucikan najis ni terutamanya bagi ibu² baru yang mungkin tak banyak pengalaman. Semoga dapat dimanfaatkan..
Cara sucikan najis yang boleh nampak (ainiah) ================================ Najis yang sedikit (percikan/tompokan najis & air kencing yang sedikit) 1. Buang najis. 2. Bersihkan hingga hilang warna, rasa & baunya. (boleh gunakan sabun+larutan cuka) 3. Tuangkan air ke atas tempat terkena najis sehingga rata. Disunatkan: 4. Perah/keringkan air (lekapkan kain di atasnya atau gunakan vacuum jenis wet & dry). 5. Ulang basuh & keringkan (dengan kain berbeza/bahagian lain yang kering) sebanyak 3x.
Ads
Najis yang banyak & tempat terkena najis boleh diangkat; 1. Buang najis. 2. Bersihkan hingga hilang warna, rasa & baunya. (boleh gunakan sabun+larutan cuka) 3. Basuh dengan mengalirkan/menjirus air hingga sebahagian air mengalir, menitis/menitik.
Disunatkan:
4. Membasuh dengan air sebanyak 3x. Najis yang banyak & tempat terkena najis tidak boleh/sukar diangkat (contohnya seperti karpet yg mempunyai barang berat diatasnya, dll) 1. Buang najis. 2. Bersihkan hingga hilang warna, rasa & baunya. (boleh gunakan sabun+larutan cuka) 3. Tuangkan air ke atas tempat terkena najis sehingga rata.
Disunatkan: 4. Perah/keringkan air (lekapkan kain di atasnya atau gunakan vacuum jenis wet & dry). 5. Ulang basuh & keringkan (dengan kain berbeza/bahagian lain yang kering) sebanyak 3x.
Cara sucikan najis yang tak boleh nampak (hukmiah)
================================== Najis yang diyakini kewujudannya tetapi tak boleh nampak sifatnya tetap dikira najis secara hukum. Contohnya air kencing yang telah kering, najis yang terkena lantai namun tidak melekat (boleh jadi sebab najis keras/permukaan licin) ataupun tempat yang terkena najis telah hilang sifatnya (warna, rasa & bau) disebabkan terlalu lama terbiar. Jika tersentuh tempat terkena najis hukmiah ini ketika tangan basah boleh membatalkan solat. Untuk menyucikan najis hukmiah, memadai hanya dengan;
1. Menjiruskan air di tempat diyakini ada najis & kawasan sekitarnya. Disunatkan: 2. Membasuh dengan air sebanyak 3x Ni pulak menurut Ustaz Azhar Idrus- *Jika selepas kering masih ada bau – dimaafkan dalam Islam kerana hanya tinggal 1 sifat (bau sahaja) *Tempat terkena najis yang telah dicuci masih dikira najis ketika basah & boleh membatalkan solat. *Tempat terkena najis yang telah dicuci & kering, jika dipegang/disentuh walaupun ketika tangan/kaki basah adalah dimaafkan.
Ads
#tipdantrik #tipmak2 #sucikannajis
Semoga dengan perkongsian ibu ni dapatlah bantu kita untuk bersihkan najsi yang terkena pada tilam, karpet atau bahagian lain di dalam rumah. Tak perlu marah anak tapi terus beri galakan supaya anak bersemangat untuk segera bebas lampin. Selamat mencuba mommies!
Soalan yang kerap ditanya oleh ibu bapa kenapa anak zaman sekarang suka sangat main gajet atau HP? Ni kira soalan yang paling popular dan ada masanya tiada jawapan.
Menurut Terapis Cara Kerja, Nurul Sheriena ada beberapa faktor yang memungkinkan anak-anak kita tak boleh lepas dengan teknologi ini. Ibaratnya kalau tak dapat, seolah-olah tak senang duduk dan gelisah.
Berikut perkongsiannya yang boleh memberi manfaat kepada anda sebagai ibu bapa.
Semalam saya berborak dengan orang sebelah saya dalam LRT.
Sambil borak adalah dia tanya kenapa ya anak anak zaman sekarang suka main HP. Nak ajak makan susahnya.
Yang sudah besar sikit terperap dalam bilik main game.
Nak pergi mana mana ada cakap susahnya nak ajak anak. Katanya nanti kena road block ke apa. Perkataan dalam game yang kita pun pusing fikir.
Saya pun senyum. Saya juga mengiyakan.
Saya beritahu
✅ Zaman sudah berubah.
✅ Mainan anak sekarang tidak sama.
✅ Orang dewasa juga buat benda sama. Dengan HP.
Kami pun tengok sekeliling ya. Dalam LRT kami naik itu 90% tengah pegang phone.
Itulah Culture kita sekarang.
Tapi kalau boleh depan anak elakkan.
Saya pun kongsi Tips kepada mak sebelah saya
✅ Jangan tunjuk depan anak selalu
✅ Borak lebih dengan anak
✅ Cari dan buat aktiviti yang boleh buat sama sama
✅ Elakkan beri gajet pada anak umur 2 tahun. Tapi lagi bagus jangan bagi langsung main sendiri tanpa pengawasan.
✅ Jangan belikan phone. Phone hak milik Ibu Ayah. Anak sudah besar biar mereka beli sendiri. Jangan pula duit angpow beri mereka beli pula
✅ Buatlah jadual berkala main phone jika sudab terberi. Nak larang serta merta mungkin tidak sesuai. Kita buat secara berkala.
Saya faham teknologi harus difahami tapi penting juga kita fahamkan bila harus anak guna teknologi ini.
“Emm…penatnya ada anak ni. Dahla anak-anak ramai. Rasa nak nangis pun ada.” Sedihnya bila terhilang sabar. Bukan sengaja nak sakitkan anak, tapi…rasa tak mampu nak tahan sabar tu.”
Ungkapan ini kadang terkeluar secara tak sengaja dari mulut ibu bapa. Ingat sebelum kita menyambut kedatangan anak kecil ke dalam hidup kita, ketahuilah dia adalah bingkasan kasih-sayang dari Penciptanya.
Kita perlu melihat dia SENTIASA dari mata penuh kasih sayang. Kerana akan tiba masanya kerana pertumbuhan dirinya, dia akan meragam, dia akan mencampak barang, dia akan memukul anda, dia akan merampas barang dari anak kecil yang lain, dia akan menyepahkan rumah anda, dia akan menjerit tidak keruan, dia akan tidak duduk diam, dia akan tidak mahu tidur, dia akan tidak mahu bangun tidur dan senarai ini berterusan.
Jika anda menerima (embrace) sangkaan bahawa dia didatangkan untuk menyusahkan hidup anda. Atau anda merasa benci dengan segala perangainya…tarik nafas, jangan terpedaya dengan pujukan syaitan itu.
Kerana sebenarnya, dia sedang membantu membentuk hati dan jiwa anda untuk menjadi lebih sabar dan membesarkan hati dengan kasih sayang tanpa syarat.
Jika tidak percaya, lihatlah dia semasa tidur. Dan jika sebelumnya, ‘he drove you mad’, anda akan nampak betapa ‘angelic’ , indahnya dia. Dan mungkin pada masa itulah anda menyesal terlalu garang kepadanya tadi. Pernah jadi macam ni?
Perasan tak kebanyakan bayi jika menangis, tiba-tiba boleh diam jika bunyi sesuatu yang kuat. Malah ada juga bayi yang boleh tidur dengan lena walaupun bukan dalam suasana sunyi sepi. Persoalan ini pastinya ramai ibu tertanya-tanya kan?
Bagi mendapatkan penjelasan lanjut, ibu-ibu mesti tahu dulu apa itu White Noise? Menurut Konsultan Tangisan Bayi & Tidur Malaysia, Puan Uswatun Hasanah Mohd Habib, manusia dah dengar white noise sejak dalam perut.
BUNYI RAHIM IALAH WHITE NOISE PERTAMA SEMUA MANUSIA. Siapa cipta white noise pertama kita ni? ALLAH. TUHAN.
Kenapa bunyi rahim ialah sejenis white noise?
White noise ialah bunyi yang terdiri dari CAMPURAN pelbagai frekuensi bunyi dalam julat yang dapat di dengari manusia (audible frequency, 20-20000 Hz) dengan AMPLITUD (kekuatan bunyi/saiz gelombang) yang SAMA.
Perkataan ‘white’ di guna sempena mengambil idea bahawa cahaya putih yang kita nampak juga sebenarnya terdiri daripada CAMPURAN pelbagai warna : merah +jingga + kuning + hijau + biru + indigo + violet (ungu) = JADI PUTIH.
Jadi, bila bunyi: jantung ibu ➕ peredaran darah ibu ➕ cecair badan ibu➕ air ketuban ➕ pergerakan organ ibu ➕ pergerakan otot dan tisu ibu ➕ bunyi dari luar = bergabung cipta bunyi yang harmoni= white noise.
Sebab itu ASAL CIRI white noise ada 3:
☑️ Monotone berulang (I tone bunyi saja yang berulang-ulang)
☑️ Low pitch (tak nyaring/tak bingit)
☑️ Humming (berdengung) kerana rahim tempat yang tertutup (terkedap)
Bunyi white noise itu APA-APA bunyi dengan 3 ciri di atas. Misalnya: hujan, ombak, sungai, bunyi vacuum cleaner, pengering rambut, enjin kenderaan, pemotong rumput, mesin fotostat, akuarium, air pancur dan lain-lain.
Sementara itu, melalui perkongsian di TikTok Miamiftahf, dikongsikan yang bayi boleh berhenti menangis apabila mendengar white noise. Ada beberapa cara ibu-ibu yang ada anak kecil boleh lakukan untuk tenangkan bayi dan mudah tidur. Hanya dengan bunyian ini, dengan izin Allah anak akan cepat tenang.
Boleh tengok cari bagaimana white noise ini boleh membantu. Lepas ni ibu boleh cuba.
Dalam video ini, bunyi pengering rambut yang dipasang dan diletakkan sebelah bayi buatkannya diam dan tidur. Nampak macam biasakan tetapi boleh melegakan hati ibu bapa yang risau jika anak menangis.
Selain itu, zikir dan bacaan al-Quran pun antara yang boleh juga buatkan bayi tenang ketika tidur. Cuba gunakan dua kaedah ini kerana ibu bapa lebih mengenali anak masing-masing.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bantuan Awal Persekolahan, "Peluasan BAP kepada pelajar tingkatan enam pertama kali dilaksanakan..." Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 diperluaskan kepada pelajar Tingkatan Enam bermula pada sesi persekolahan 2025/2026.