Tinggal lagi dua hari, pasti ada mak ayah yang sedang mencari pelbagai usaha dan tip untuk mengajar si kecil berusia tujuh tahun untuk berpuasa.
Berpuasa tidak perlukan paksaan namun harus dididik anak kecil kita malah didedahkan dengan apa itu puasa, agar lama-kelamaan anak itu sendiri akan timbul minat untuk berpuasa. Inilah yang cuba disampaikan oleh Dr Taufiq Razif melalui satu perkongsiannya di facebook.
Kalau anak kita tak bersedia untuk menyambut Ramadhan, mereka akan: – terkejut – tak selesa – bermalas-malasan – anggap bulan puasa tempat berlapar semata
Padahal bulan puasa ni kalau betul persiapannya, ia akan menjadi bulan yang paling anak kita tertunggu tunggu setiap tahun. Asalkan kita didik dan persiapkan anak kita – kita bagitahu anak kita bulan Ramadhan tinggal beberapa hari sahaja lagi
Ads
– kita cerita pada anak kita tentang nikmat dan ganjaran orang berpuasa
– kita bagitahu anak kita bahawa bulan cuma bukan cuma puasa makan semata tetapi puasa juga mata, kaki, tangan, lidah dan seluruh anggota.
Ads
– kita persiapkan ruangan khusus untuk baca Al Quran dan berbuka bersama keluarga
– kita hiburkan hati anak anak dengan pengalaman lucu kita berpuasa sewaktu kita di usia muda
InsyaAllah anak yang bahagia berpuasa di awal usia akan bahagia untuk berpuasa di umur dewasa.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sebagai ayah, kita kena berhati hati bila di depan anak. Walau mana penat dan stress pun jangan sesekali:
Menengking
Mencarut
Cakap kasar
Marah orang
Mengutuk
Bila di depan anak anak. Hati hati la, kerana setiap gerak geri ayah sentiasa di perhati.
Terutama sekali cara ayah berkomunikasi dengan ibu.
Dari melihat ayah la anak belajar untuk:
Bercakap
Hormat ibu
Kenal perkataan baru
Budi bahasa
Sopan santun
Ayah merupakan Coach Bercakap paling penting dalam hidup anak. Orang melihat adab kita dari cara kita bercakap. Begitu juga adab seorang anak.
Mahu anak tinggi adabnya, kita dulu kena tunjukkan contoh teladan orang beradab. Adab bercakap dengan pasangan patut jadi keutamaan. Jangan tinggi suara atau kasar dengan pasangan kerana itu contoh tingkahlaku biadab!
Baik yang anak lihat, maka baik la yang anak belajar.
Wallahu A’lam,
Kredit: Mohd Fhais, Parenting Influencer
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Peranan ibu ayah dalam kehidupan anak-anak sangat besar. Setiap apa yang kita sediakan untuk anak menentukan masa depan mereka. Itulah sebabnya kita dianggap seperti SUPERHERO pada mereka. Dengan hanya RM20, banyak ilmu yang akan mama papa dapat. Yang paling best, akan dapat AKAUN SSPN secara automatik!
Tanyalah mana-mana isteri, jika diberi pilihan oleh pasangan apa yang dia mahukan selain nafkah. Pasti jawapan isteri adalah nak perhatian.
Perhatian yang macam mana? Penjelasan dari saudara Muhammad Hassan yang juga seorang suami dan ayah ini dapat memberi gambaran jelas mengenai hal ini.
Apabila saya ajukan soalan apa isteri mahu dari pasangan?
Rata ratanya yang menjawab mahukan perhatian, mahukan suami yang mengambil berat tentang mereka. Fokus kepada tangungjawab sebagai seorang suami. Tangungjawab di sini bukan sahaja memberi nafkah semata, namun lebih kepada menyantuni jiwa mereka.
Rupanya isteri bukan matlamatnya harga, kemewahan.
Paling penting bimbing mereka supaya tunduk dengan agama. Tenang emosi apabila datangnya gelora,bukan selesai masalah dengan amarah kepada isteri.
Apabila saya tanya isteri sendiri, jawapan lebih kurang sama. Saya mula terfikir, saya ambil peka hal ini. Memori mereka sangat kuat. Masih ingat janji janji kita sebelum kahwin. Masih ingat layanan kita di awal perkahwinan.
Suami yang caring. Tak banyak sikit pun tak mengapa. Cukup dengan suami bertanya khabar dia, dengar luahan dia, santuni dia. Peluk dia saat bersedih, bersembang dengan dia tentang apa sahaja.
Paling kurang pun jadi suami yang setia mendengar apa masalah isteri di pejabat, di rumah. Ambil peduli tentang masalah anak, kesihatan anak-anak, pembelajaran anak-anak.
“Sayang sihat hari ini?”
“I love you sayang”
Kita suami nampak perkara ini remeh, namun tidak bagi mereka. Mereka dahagakan kasih sayang kita, dahagakan layanan kita, mereka perlukan suami yang cukup peka tentang diri mereka.
Nabi Muhammad s.a.w seorang Rasul, pemimpin, dari sekecil masalah umat sehingga fikir bagaimana setiap manusia mentauhidkan Allah. NAMUN tidak sikit pun mengabaikan soal hati isteri. Setiap hari bertanya khabar tentang kesihatan isteri, tidak menyusahkan isteri, seorang suami yang sangat memberi perhatian walaupun hanya dalam perkara kecil. Pakaian dijahit sendiri, faham bahasa wajah isteri saat sedih atau gembira.
Menzahirkan kasih sayang terhadap isteri itulah mengharmonikan perjalanan rumah tangga. Bukan sayang hanya sekadar dihati memendam rasa.
Suami. Satu masa nanti jika mereka pergi, mungkin ketika itu kita tangisi untuk jadi pendengar yang setia. Hargai dia, cintai dia, pegang tangan dia, zahirkan cinta kita saat mereka ada .
Anak lelaki kalau dengan ibu dia cukup lemah. Lagi-lagi bila dipeluk dan diusap kepalanya. Sebab itu ramai yang berpendapat, anak lelaki boleh jadi hebat kalau dididik dengan baik oleh si ibu. Benar, karakternya berlainan berbanding anak perempuan. Namun jika dididik dari awal dan wujudnya hubungan rapat dengan si ibu, anak lelaki boleh jadi insan yang hebat.
Empat sebab yang dikongsikan oleh kaunselor ini amat disarankan untuk ibu-ibu yang mempunyai anak lelaki.
Perkongsian daripada kaunselor, Puan Farhan tentang kenapa anak lelaki perlu rapat dengan ibu ini sebenarnya adalah formula yang amat diperlukan untuk membentuk lelaki yang hebat, positif dan berkualiti dari rumah.
Hasil didikan dari awal daripada ibu sendiri tentunya berkesan membina karakter dan jiwa anak lelaki sebagai pemimpin. Seringkali mendidik anak lelaki diserahkan kepada bapa kerana lelaki tentu akan memahami lelaki, namun sharing yang bermanfaat ini memberikan inspirasi kepada ibu-ibu yang mempunyai anak lelaki.
Berikut ialah perkongsian beliau;
KENAPA ANAK LELAKI PERLU RAPAT DENGAN IBU?
Anak lelaki perlu rapat dengan ibu. Keperluan ini adalah untuk membantu anak anda agar membesar dengan seimbang dan mempunyai ciri ciri yang positif sebagai seorang lelaki yang berkualiti.
Anak lelaki yang rapat dengan ibunya akan mendapat manfaat seperti berikut
#1. LEBIH MENGHARGAI WANITA YANG ADA DISEKELILINGNYA
Anak lelaki yang rapat dengan ibu pastinya akan lebih peka pada setiap apa yang ibu lakukan setiap hari. Kepayahan, kegigihan dan keletihan ibu akan lebih dihargai.
Seterusnya, ini akan mendorong mereka untuk menghargai wanita yang ada disekeliling mereka seperti adik beradik dan juga isteri.
#2. BELAJAR SIFAT LEMAH LEMBUT
Anak lelaki yang rapat dengan ibu akan belajar sifat lemah lembut. Ibu pada kebiasaanya mempunyai sifat lemah lembut dan anak akan belajar melaluinya. Jadi, anak anda akan belajar sifat lemah lembut itu dalam mengaplikasikannya dalam kehidupan seharian.
Contohnya: Lemah lembut dalam percakapan
Anak lelaki itu memang sifatnya sedikit kasar, namun apabila mereka rapat dengan ibu, sifat kasar itu lebih mudah diuruskan.
Sebab itu, ibu jangan segan untuk peluk anak lelaki dan amalkannya dari kecil. InsyaAllah mereka akan lebih mudah diurus.
#3. LEBIH HANDAL PENGURUSAN RUMAH
Anak lelaki yang rapat dengan ibu juga akan lebih senang untuk diajar menguruskan rumah. Secara tidak langsung, mereka akan membesar menjadi seorang lelaki yang pandai serba serbi contohnya memasak, mengemas dan sebagainya.
#4. BELAJAR MENGURUS PERASAAN DENGAN BAIK
Ibu itu sifatnya suka mendengar dan lebih peka dengan masalah anak. Anak lelaki yang lebih rapat dengan ibu akan bersedia untuk berkongsi masalah dan apa sahaja isu tentang dirinya.
Contoh, andainya dia sedang bersedia dia akan lebih mudah berkongsi dengan ibunya. Seterusnya, dia akan dibantu untuk mengurus perasaan dengan baik.
Anak lelaki yang tidak rapat dengan ibu akan banyak memendam perasaan dan ini akan menyebabkan anak itu sukar mengurus perasaan sendiri kerana tidak ada orang yang membantunya keluar dari setiap isu yang dihadapi. Ini akan membuatkan anak itu menjadi sedikit ganas dan mungkin juga mudah marah.
**Dapatkan barangan keperluan anak pada harga yang sangat berbaloi di sini
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Rezeki buat rakyat negeri Pahang! Setiap kali Ramadan menjelang, mesti ramai penjawat awam tertanya-tanya, "Bonus raya ada ke tahun ni?". Alhamdulillah, kerajaan akhirnya mengumumkan...