Tak paksa tapi bimbing. Ini pendekatan yang diberikan Tomok dan isterinya untuk ajar anak-anak cinta al-Quran dan belajar di usia kecil.
Jika diikutkan rangsangan demi rangsangan yang diberikan berupaya untuk membentuk satu keupayaan positif dalam diri anak terutama dari aspek mental, fizikal dan sahsiah diri. Pentingnya diusia antara 3 hingga 6 tahun ini, anak akan belajar daripada apa yang mereka lihat dan buat.
Jangan rasa kita gagal mendidik anak jika lihat anak itu tidak betul-betul memberi tumpuan sewaktu mereka sedang melakukan sesuatu sebaliknya teruslah membimbing tanpa putus asa. Anak ini ibarat kain putih yang perlu dicorakkan. Jika perkara baik yang kita terapkan, insya-Allah akan dapat hasil yang baik juga selepas itu.
Dalam hal mendidik anak, selebriti seperti Tomok dan isterinya, Ayu wajar dijadikan contoh. Walaupun kesibukan kerja dan menguruskan perniagaan, ternyata mereka sangat menitikberatkan pendidikan akademik dan keagamaan kepada anak-anak.
Menurut Tomok, bukan mudah untuk melayan karenah anak yang macam-macam ragam. Jika orang lain ada pembantu untuk menguruskan anak, saya dan isteri lebih selesa untuk menguruskan anak sendiri.
“Kita boleh lihat anak membesar depan mata dan tahu rutin mereka. Walaupun kadang-kadang perangai mereka sukar dibaca kerana sekejap mengamuk dan menangis, saya dah faham.
“Dari situ ia mengajar saya dan isteri kesabaran untuk melayan karenah anak. Mungkin orang tengok Arrian dan Andra comel je dalam instagram tetapi mereka juga melalui fasa yang sama seperti kanak-kanak lain.
“Paling penting di usia ini, saya sangat memberi penekanan kepada pelajaran anak-anak. Prinsip saya bukan memaksa tetapi mendedahkan mereka dengan sesuatu yang baru.
“Daripada tak tahu apa-apa sekurang-kurangnya dia dapat belajar. Itu yang penting. Sebolehnya saya tidak mahu anak-anak terlibat dalam industri muzik secara serius tetapi biarlah mereka memilih bidang yang lain. Kalau sekadar hobi ia tak menjadi masalah,” katanya.
Antara yang menarik mengenai cara didikan Tomok dan Ayu membesarkan anak-anak boleh dijadikan panduan.
1) Memastikan keseimbangan pendidikan akademik, pengajian al-Quran dan keagamaan.
2) Menetapkan dua kali seminggu untuk anak-anak belajar al-Quran dengan ustazah.
3) Sama-sama belajar dan memperbaiki bacaan al-Quran.
4) Sokong minat anak dan bagi peluang mencuba perkara baru
5) Dedahkan anak dalam kelompok positif
Rancangan realiti keibubapaan edutainment, Rockstar Junior Arrian dan Andra di saluran Astro Ria (saluran 104) dan Ria HD (saluran 123) setiap Rabu, jam 9 malam bermula 11 Oktober 2017 menampilkan kehidupan Tomok, isteri dan anak-anaknya termasuk interview eksklusif, tip keibubapaan dan cabarannya. Ia juga memuatkan perjalanan bagaimana Tomok mencipta single pertama yang diinspirasikan daripada anak-anaknya.
#RockstarJr #ArrianAndra