Pengalaman kita dalam menghasilkan kek sememangnya berbeza-beza. Ada yang berjaya hasilkan kek yang cantik, naik dan gebu tidak kurang juga kek menjadi bantat, berat dan sebagainya. Semua ini bagaikan mimpi ngeri malah membuatkan kita takut untuk terus mencuba.
Bagi yang mempunyai pengalaman ngeri membuat kek atau yang tidak yakin untuk membuat kek, boleh cuba hasilkan kek yang dikongsikan oleh Puan Nurul Izwahida Othman ini dulu. Katanya inilah kek paling ‘confident’ yang pernah dicubanya. Ayuh kita cuba!
My first Burntcheesecake! Thank you for the easy peasy recipe. Bahan-bahan & step di setiap gambar. Kalau nak manis gula letak 3/4. Tapi sebab 2 cinonet tu pun makan sekali, mommy letak 1/2 cawan je. Both suka. Kalau sejenis tak pandai nak baking-baking macam sis. Rasa tak confident kejadiannya boleh la try ni. Confirm tak buang ke tong sampah.
Bahan-bahan:
250gm cream cheese
125 ml whipping cream
2 sudu besar tepung gandum
1/2 cawan gula
3 biji telur
1 sudu esen vanila
Resipi wajib cuba: Kek Marble Moist Gebu 5 Bahan Je Dah Boleh Sediakan Untuk Anak Padu.
Rupanya Ni Cara Bancuh Adunan Bakwan Patutlah Terlajak Rangup & Sedap