Bukan semua diantara kita punya kemahiran dalam menyediakan kuih muih tradisional. Kemahiran yang dulunya diwarisi oleh mak-mak kita sebenarnya boleh dicuba. Tak pandai buah kuih, apa kata mulakan dengan apam kampung gula merah ini yang cukup senang cara pembuatannya.
Jom cuba resipi mudah yang dikongsikan oleh cikgu masakan, Azlina Ina Fans ini. Senang!
Ayam goreng antara menu favourite anak-anak. Bukan anak je suka, orang dewasa pun menggemarinya. Jika nak beli dengan restoran makanan segera bajet agak besar juga. Tambah pula jika ada anak ramai.
Bagi ibu yang nak buat sendiri ayam goreng KFC dan nak dapat keruping-keruping yang ranggup tu, mesti buat teknik yang diajarkan ini. Silap teknik, tak dapat ayam ala KFC tu. Jika buat satu-satu langkah tu, mesti lepas ni tak perlu dah beli. Silap-silap haribulan boleh buat jual pulak.
Resepi lengkap yang dikongsikan oleh Suhasnida Ismail ini sangat terbaik!
RESEPI AYAM GORENG ALA KFC GUNA 3 BAHAN
Sejak lockdown ni kita buat menu layan tekak anak-anak, berkelah depan rumah. Ayam goreng ni kegemaran anak-anak, nak cepat memang pakai bestari jela. Ni kaksue share sapa teringin nak buat ayam goreng Ala KFC ni boleh la cuba resepi mudah ni
Bahan-bahan:
(Tepung kering)
250gm tepung bestari spicy
750gm tepung roti/high protein
Sedikit garam/serbuk perasa
(Tepung basah (perapan)
Tepung bestari
Air
Ayam
Bancuh pekat dan perap sejam
Cara penyediaan:
1. Bancuh tepung dan ayak
2. Bancuh tepung perapan tu bagi pekat.agak agak la ye.perap ayam tu sejam
3. Panaskan minyak,suhu minyak goreng ayam lebih 150 celcius
3. Sediakan bekas air biasa dalam besen untuk celup
4. Ambil ayam golek-golekkan dalam tepung kering pastu celup dalam air biasa, toskan kejap dan masuk semula ke dalam tepung kering. Buat 2 atau 3x
5. Salutan ketiga tu kirai ayam tu supaya jadi krispy, kemudian terus masuk dalam minyak panas. Goreng sampai masak lebih kurang 15minit. Depend juga saiz ayam yang korang guna.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Pa&Ma dengan kerjasama 9 bulan 10 hari nak bagi webinar PERCUMA tanda terima kasih atas sokongan follower semua selama ini.
Webinar ‘Aku Tak Takut Beranak’ menampilkan barisan speaker-speaker hebat dan berpengalaman dalam bidang keibubapaan seperti Ustaz Don, Ustaz Kazim Elias, Dato’ Dr Fazley Yaakob, Dr Rizal Abu Bakar, Dr Maiza Tusimin dan Dr Afida Sohana.
Selain berpeluang menceduk ilmu yang dikongsi, anda juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah sebab ada 70 hadiah best yang ditawarkan termasuklah sebuah handphone.
Murtabak antara salah satu juadah yang jadi pilihan setiap kali tiba waktu berbuka. Tapi musim kena duduk kat rumah macam sekarang mungkin agak sukar untuk dapatkan murtabak seperti tahun-tahun sebelumnya.
Jadi untuk realisasikan selera anda sepanjang bulan Ramadan ini, Cik Eika Azmiada berkongsi resipi menerusi Facebook Masak Apa Hari Ini untuk membuat murtabak sendiri. Siap dengan gambar dan cara yang lengkap. Bolehlah buat untuk menu berbuka nanti.
MURTABAK Home made jer. ( 8 keping ) by ika
Bahan untuk Doh Tepung.
– 1 biji telur gred B
– 2 sudu planta
– 1 cawan air larutan garam ( 2 sudu kecil garam )
– 1 sudu susu pekat
– 4 cawan tepung gandum
Cara membuat doh
* uli tepung & bahan2 doh hingga tak melekat di tangan, selepas itu rehatkan 10minit.
Uli kembali dlm 5 minit, dan bulatkan dan salut dgn planta.
Bahan untuk INTI Murtabak
– 2 biji kentang dibuang kulit dan dipotong dadu dn direbus masak
– 300gram ayam atau daging cincang
– 5 ulas bawang putih dicincang
– 4 sudu besar rempah kari ( bancuh dgn air 5 sudu )
– 1 biji bawang besar di potong dadu
– Garam 2 sudu kecil
– Gula 2 sudu besar
*( Sediakan 2 bahan ni Untuk kemudian – 2biji telur & hirisan bawang )*nk pakai time leper doh tu..
Cara membuat inti
* Tumis bawang putih cincang dan bawang besar cincang sampai naik bau.. Masukkan ayam/ daging cincang dan gaul rata….. Masukkan rempah kari yg telah dibancuh, gaul rata.. Bila rempah dh masak sekata, Masukkan kentang , garam dan gula… Gaul rata & biar kering sedikit… Dah masak tutup api.
Bahan utk Sos Merah Cuka Bawang.
– 1 sudu besar sos cili
– 1 sudu besar cuka
– 1 sudu besar gula
– 5 sudu air suam
– Setitik perwarna merah
– 4 biji bawang kecil yang dihiris
Cara membuat sos cuka
*Masukkan kesemua bahan dan gaul sebati.
Cara membuat MURTABAK.
– Tebar leper doh dgn minyak..
– Telur 2biji mentah, gaul2 dulu dgn INTI Murtabak..
– Letak INTI Murtabak 2 senduk kecil atas doh leper tadi…
– Taburkan hirisan bawang
– Lipat doh bentuk petak
– Panaskan kuali dgn minyak sikit, terlebih dahulu, suhu api kecil
– masukkan Murtabak kedalam kuali..
– Goreng sehingga garing, jgn lupa utk sentiasa renjis2 minyak diatas supaya ia masak sekata
– balik2 kan kedua2 bahagian sehingga doh masak sekata
– angkat dan toskan minyak
– potong dadu dan sedia untuk dihidang bersama sos merah cuka bawang
Berbanding ayam, ikan sememangnya cukup disarankan dalam pemakanan anak-anak kita. Ikan merah misalnya, selain isinya yang tebal ia kaya dengan Omega 3 dan DHA yang tinggi yang ternyata cukup baik untuk perkembangan minda anak-anak kita.
Jadi jika anak sudah menunjukkan tanda kebosanan dengan menu setiap hari, sesekali buatkanlah resipi Bubur Sup Ikan Merah ini. Senang dan tinggi khasiatnya. Jom cuba resipi ringkas yang dikongsikan oleh Mas Ayu Ibrahim!
Antara menu lunch baby Adwa. Masak untuk satu family terus, tapi asingkan untuk baby Adwa sebelum tambah garam gula. Sebab menu Adwa masih #nosaltnosugar.
SUP IKAN MERAH
Bahan-bahan:
Ikan merah
Bawang putih
Bawang merah
Halia
Sup bunjut @ 4 sekawan
Lobak merah
Tomato
Daun sup
Serbuk ayam
Tumis bawang merah, bawang putih dan halia hingga kekuningan.
Kadang lepas menyusu, baby tiba-tiba meragam? Mungkin dia belum sempat sendawa! Ibu dah tahu cara paling senang nak bantu dia?Bayi yang baru lahir hingga...