Tugas seorang ibu yang sarat dari pagi sampai ke malam pastinya jadi lebih mudah bila dibantu oleh suami. Jagakan anak sekejap dengan bermain bersama anak menjadi kerja paling melapangkan untuk ibu melakukan kerja lain.
Namun ada juga ayah yang tidak pandai untuk bermain dengan anak. Mengapa? Sudahnya anak dibiarkan main sendiri. Ayah yang cool sebenarnya boleh melayan apa sahaja kemahuan anak.
Perkara simple macam ini, seperti yang dikongsikan oleh Terapis Pertuturan Bahasa, Pn Ruby Atika ini buat anak jadi suka. Jadi cubalah!
Ada ayah yang tak reti nak main dengan anaknya. Dia tengok saja atau lebih teruk, tak tengok pun.
Suruh anak pergi main jauh-jauh sana. Dia nak relax dengan handphone saja. Ada ayah yang fikir, bab anak ni tugas mak-mak lah.
Dia lupa yang dalam Quran ada surah Luqman Al-Hakim. Tugas mendidik anak juga ialah tugas bapa juga.
Apa yang ayah-ayah boleh buat untuk anak kecilnya?
1) Beli mainan dan buku gambar
2) Bawa ronda-ronda waktu petang
3) Pergi teman anak di playground
4) Jadi kuda
5) Masa isteri mandi atau masak, teman anak bermain.
6) Dalam kereta, bercakap-cakap dengan anak. Bukan diam saja dengar radio.
7) Tak payah bagi / beli hp untuk anak kecil. Aambil tahu lirik beberapa lagu kanak-kanak.
8) Bila isteri balik dari klinik kesihatan dengan anak, dengar apa yang isteri cakap. Dengar betul-betul. Kalau isteri tunjuk buku rekod tu, tengok dan fahamkan. Bukan anak orang lain. Anak sendiri.
9) Bila isteri sebut apa-apa yang dia rasa bimbang tentang perkembangan anak, jangan nak terus rasa marah atau menafikan.
Lihat sama-sama, betul ke apa yang isteri tu rasa. Perhatikan anak sama-sama.
Mudah kan?
Jadi ringakankanlah kerja isteri untuk membantu mana yang termampu. Lagi pula bila dengan ayah, anak menjadi lebih relaks dan tenang bermain kerana bagi mereka, ayahlah idola terhebat buat anak.
Menarik: Nasi Penuh Tak Cukup Minta Lagi, Anak Berselera Makan, Ayda Jebat Risau Anak Overload!
Sikit-sikit, lama-lama jadi bukit. Ayuh, belajar cara didik anak untuk menyimpan sejak mereka kecil.
Daftar sekarang di https://toko.ideaktiv.com/product/ajar-anak-simpan-duit/https://toko.ideaktiv.com/product/jom-kembali-semangat/
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI