Tak Payah Ajar Anak Makan Isi Ketam Segera, Tak Ada Langsung Ketam Dalam Tu!

Share

Kita nak mudahkan anak untuk makan isi ketam, hakikatnya isi ketam segera yang dijual di pasaran langsung tidak mempunyai kandungan isi ketam. Ia hanyalah Surimi, yang diperbuat dari ikan.

Ini yang dikongsikan oleh Dr Mazliana Mazlan. Malah kongsinya lagi, sebaiknya tidak perlu ajar anak makan isi ketam segera ini kerana ia dicampur dengan pelbagai pemanis tiruan yang tidak sihat untuk anak.


Isi ketam yang tak ada langsung pun ketam dalam tu. Elak kenalkan anak kita dengan makanan macam ni. Bila anak makan, dia mesti akan rasa nak lagi lepas tu sebab sedap kan isi ketam warna merah putih macam dalam gambar.

Isi ketam macam ni, datang dari surimi. Surimi tu pulak, datang dari isi ikan. Isi ikan yang dibuang tulang, dan dikisar halus sampai jadi pes isi ikan.

Dah dari isi ikan, takkan tak bagus kot?

Isi ikan yang ini, adalah isi ikan yang tinggi proses. Dicampur dengan gula dan jugak pemanis tiruan.
Proses buat crab stick ni pun, ada banyak sangat bahan yang tak berapa sesuai untuk kesihatan tubuh badan anak-anak kita.

Garam putih yang tinggi.
Minyak sayuran.
Pewarna tiruan.
Perasa tiruan dari ketam.
MSG.
Pengawet.

Tak ada khasiat langsung berbanding ketam sebenar, malah kemudharatan mungkin ada jika tak sesuai dengan keadaan badan anak-anak.

Ketam yang sebenar, susah nak basuh, nak makan pun susah, harga pun mahal.
Berbeza dengan yang kita panggil isi ketam ni. Buka plastik, bilas je untuk basuh. Nak makan lagilah senang.

Lari jauh pulak tu harga dengan ketam sebenar. Walaupun namanya crab stick, atau isi ketam, atau isi berperisa ketam, tapi ianya datang dari semata-mata isi ikan yang tinggi proses.

Kita cuba sama-sama ya, untuk jauhkan crab stick macam ni dari anak-anak kita.

Menarik: Bibir Mungil Macam Umi, Nampak Sipi-Sipi, Warganet Teruja Neelofa Dah Mula Tayang Gambar Bilal!

Sebagai ibu, sudah tentu kita mahukan yang terbaik buat si manja. Pemakanan yang sihat dan seimbang sangat kita titikberatkan supaya anak dapat membesar dengan baik.

Nak tahu rahsia sediakan hidangan enak yang buat anak berselera makan? Jom, sertai E-Workshop Kelas Penyediaan Makanan Anak: Sedap, Sihat & Selamat di https://toko.ideaktiv.com/product/e-workshop-kelas-penyediaan-makanan-anak-sedap-sihat-selamat/

Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

Published by
SRM