Sesekali ubah selera anak ketika minum petang pastinya buat anak makin bertambah selera. Kali ini pikat selera anak dengan menu kedai pula, Kaya Ball yang biasanya kita beli, mama boleh cuba sendiri di rumah. Rupanya cara hendak membuatnya cukup mudah.
Resipi yang dikongsikan oleh Nuhaz Kitchen ini memang terbaik. Letak inti kaya banyak-banyak di dalamnya, barulah anak puas makan. Jom cuba resipi mudah ni.
Jom buat kaya ball sendiri! Yang ni saya guna acuan takoyaki. Kalau nak guna acuan kuih cara pun boleh juga yang penting acuan tu jenis tak melekat.
Dah lama tak share resepi dalam ni so harini nak share resepi kaya ball tanpa mixer tanpa blender. Yang penting ada acuan. Saya gunakan acuan takoyaki. Kalau tak ada guna acuan cara. Resepi ni boleh buat pancake juga 😊 sangat lembut dan menjadi.
1. Satukan bahan bertanda *. Kacau sehingga sebati.
Ads
2. Kemudian masukkan tepung gandum dan baking powder. Kacau sehingga tiada tepung yang berketul. Biarkan adunan selama 15 minit sebelum digunakan.
3. Sapukan minyak pada acuan dan panaskan acuan menggunakan api perlahan.
4. Picitkan adunan ke dalam acuan..separuh saja jangan full.
Ads
5. Kemudian picitkan kaya.
6. Picitkan adunan sehingga full. Tutup acuan menggunakan penutup periuk selama 3 minit.
7. Kemudian alihkan kaya ball dan biarkan lagi selama 3-5 minit atau sehingga masak.
Telur Baik Tapi Kawal Gula Dalam Sekaya
Seri kaya atau juga dipanggil sekaya diperbuat daripada campuran santan, gula dan telur. Namun ketika anda menyediakan sendiri untuk anak, pastikan gulanya jangan berlebih-lebihan, cukup hanya sekadar rasa manis.
Ads
Telur sebagai bahan utama sebenarnya cukup baik malah pembekal protein yang baik untuk anak-anak yang sedang membesar. Menurut Live Strong, Dr. Richard E. Allen menjelaskan dalam terbitan November American Family Physician, satu biji telur mengandung 5,5 gram protein, 5 gram lemak, dan 68 total kalori. Oleh kerana itu, banyak pakar kesihatan kanak-kanak menyarankan agar telur disajikan dalam pelbagai jenis menu anak berusia 18 bulan hingga 4 tahun.
Ini pula caranya hendak membuat sekaya anda.
Bahan-bahan
2 cawan gula pasir
1/2 cawan air
500ml santan pekat
5 biji kuning telur
2 sd tepung kastard (bancuh dgn sedikit air)
1 helai daun pandan
Gula dan air dicampurkan dan dipanaskan dengan api perlahan bagi menghasilkan gula hangus. Apabila gula menjadi kekuningan , masukkan santan pekat dah kacau sebentar hingga gula larut. Selepas itu biarkan adunan sehingga betul-betul sejuk.
Apabila adunan santan dan gula hangus tadi sudah betul-betul sejuk, masukkan kuning telur, tepung kastard dan daun pandan. Kacau di atas api yang sederhana hingga mendidih. Bila sejuk kaya akan menjadi pekat.
Nak dapatkan barang dan kelengkapan untuk memasak boleh dapatkan di SINI.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Hidangan minum petang sudah semestinya menjadi kewajipan bagi kita sekeluarga. Tidak sah tanpa sepinggan kuih bersama secawan teh panas yang menyegarkan petang hari. Namun hidangan atau menu bagaimana yang menjadi kesukaan anak-anak dan suami?
Apam Kampung antara kuih tradisi yang paling senang untuk disediakan. Resipi perkongsian Pn SuiSan Aleizha ini cukup mudah. Hanya empat bahan sahaja, apam tersedia buat keluarga. Jom cuba!
Sepetang bersama Apam Kampung & Teh panas. Kuih orang dulu-dulu, alhamdulillah sempat belajar dengan Uwan & arwah mak. Saya sertakan resepi jika ada yang berminat.
Resepi:
1 kg tepung gandum
1 peket mauripan
2 senduk gula pasir
1 senduk setengah gula merah ( bancuh dengan air panas, kemudian sejukkan)
Gaul tepung bersama mauripan bagi sebati, kemudian masukkan gula pasir ratakan.
Masukkan air gula merah dan air manis ikut masing-masing. Bancuh jangan terlalu cair, jangan terlalu pekat, sedang-sedang je. Tutup rapat dengan dulang atau tutup periuk. Biarkan beberapa minit.
Kemudian dah berbuih-buih, kacau semula, isi dalam talam kukus 20 hingga 25 minit.
Pastikn air dalam kukus betul-betul mendidih, dah masak angkat sejukkan baru potong.
Kelapa parut jangan sampai tempurung, gaul sedikit garam dan gaul dengan apam.
Siap!
EPISOD 5 PA&MA JOURNEY BERSAMA JOVIANINA: Little Farm Dekatkan Anak Dengan Alam
Kanak-kanak harus didedahkan dengan alam kerana aktiviti ini akan membuatkan mereka lebih berani. Jika kita tidak mendedahkan mereka dengan alam dari kecil, ia mungkin akan membuatkan anak-anak tidak berani untuk mencuba benda baru.
Saksikan Episod ke 5, Journey Bersama JoviaNina pada 23 September 2020, jam 9 malam hanya di Astro Ria saluran 104/124.
Anak yang semakin memilih untuk makan perlukan tarikan. Apa kata kali ini mama berkreatif sediakan Chick Riceball dengan nasi kuning, ikan tenggiri goreng dan steamed brokoli ini untuk anak.
Idea kreatif Nfe Ab ini memang comel. Mesti anak suka!
Kalau pergi Sabah jangan lupa try nasi kuning ok? Cara buat nasi kuning cara ibu.
1. Basuh beras macam biasa dan sukat air macam biasa.
2. Cara ibu, keluarkan air beras dalam bekas lain. Lepastu masukkan serbuk santan. Bancuh dan campurkan unsalted butter yang dah dicairkan.
3. Bila dah sebati, tuangkan semula dalam periuk nasi dan masak macam biasa. Masukkan serbuk kunyit dan daun pandan juga. Tujuan asingkan air tadi takut lebih air ja hehe.
4. Bila nasi dah masak, bole hidang dengan ikan@ayam masak merah + sedikit serunding kelapa (jika ada).
Sebelum makan baca doa dulu.
Btw seronok juga tengok anak teruja nak makan sebab bentuk lain walhal hidang nasi ikan sayur macam biasa.
Teruja nak dapat baby, tapi masih banyak persiapan yang perlu dibuat. Mental dan fizikal pun kena mantap sebelum si manja lahir nanti. Mahu belajar segalanya tentang cara-cara menguruskan bayi baharu lahir?
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bosan dengan pelbagai jenis bubur, ada waktunya cuba variasikan menu dan sajian daripada mi pula untuk bayi dan anak-anak kecil kita yang sedang membesar. Baby noodle daripada spinach atau mi bayam boleh diberikan kepada anak-anak kita. Jom variasikan menu untuk menarik selera mereka.
Baby Noodle Spinach yang dikongsikan oleh Shakirah Shuhada Noordin ini boleh dicuba. Ringkas sahaja. Paling penting wajib masukkan sumber protein dan sayur-sayuran untuk anak kecil kita. Jom cuba!
Before ni saya pelbagaikan bubur. Sekarang baru nak try baby noodle pulak. Not bad. Sedap jugak rasa dia. Baby noodle tumis ayam simple , 10 minit dah siap.
Bahan Rebus:
Baby noodle (spinach)
Bahan Tumis:
Bawang merah 1 labu
Bawang putih 1 labu
Unsalted butter
Ayam
Sawi pakchoy manis atau bayam
Rebus noodle dulu. Tos dan ketepikan.
Cairkan unsalted butter, masukkan bahan tumis dan ayam. Dah masak ayam baru masukkan baby noodle.
Biar sekejap sampai masak, dah kering sikit air.
Angkat dan kemudian blend untuk baby yang still makan blend. Siap.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bantuan Awal Persekolahan, "Peluasan BAP kepada pelajar tingkatan enam pertama kali dilaksanakan..." Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 diperluaskan kepada pelajar Tingkatan Enam bermula pada sesi persekolahan 2025/2026.