Cuti yang masih berbaki sehari lagi ini pastinya diberikan tumpuan kepada persiapan anak-anak ke sekolah. Sambil sediakan kelengkapan anak, sajian menu usah dilupakan begitu sahaja. Anak-anak pastinya makin bertambah gembira bila disajikan dengan pelbagai jenis makanan yang disediakan ibu. Apa lagi kala dihidangkan dengan aiskrim buat mereka.
Tak perlu beli aiskrim di restoran makanan segera sebaliknya sediakan sahaja aiskrim hebat ini di rumah. Tak percaya? Resipi Aiskrim Orea Ala-Ala McD yang disediakan ibu ini, Nurasyikin Ali memang awesome. Pokok kata sedapnya sampai anak berebut-rebut. Jom cuba!
Kalau minggu lepas buat aiskrim goreng viral. Minggu ni tekak mengidam Homemade Aiskrim Oreo ala-ala McD pulak. Apalagi memprojek la Kak Ekin kau kat rumah. Hasilnya walaaahhh! Dah macam Haagen Dazs la kata incik asben. Konon kan. By the way, sila lah nengok resipi simple & sedap kat bawah kay.
Aiskrim Orea Ala McD
1 1/2 gelas susu cair
1/2 tin susu pekat (ikut kesukaan masing2)
1 sudu besar ovalette
1 sudu teh esen vanilla
1 paket biskut oreo
Selamat mencuba!