Tak Payah Beli, Buat Sendiri Rojak Mee, Kuah Special, Pekat & Likat!

Share

Kebebasan untuk kita menikmati semangkuk cendol dan Rojak Mee yang saban hari kita makan di lori kecil di tepi jalan pastinya kini tidak semudah dahulu. Banyak yang perlu kita fikirkan untuk kembali makan dengan bebas. SOP perlulah dijaga sebaiknya sambil menjaga jarak sesama kita ketika makan.

Namun jika anda terasa payah terutama apabila memikirkan untuk membawa anak-anak yang masih kecil, ada baiknya anda mencuba hasilkan sendiri Rojak Mee Superb yang dikongsikan oleh Suisan Aleizsha ini di rumah. Bahan rahsia yang digunakan di dalamnya buat rasa kuahnya rojak ini cukup padu, sama seperti di kedai. Nak tahu rasanya kena cuba!


“ROJAK MEE”. Saya share resepi rojak mee yang biasa saya buat, hasil tunjuk ajar arwah mak saya dulu. Bila-bila nak makan buat je sendiri, jarang dah membeli kalau benda yang boleh dibuat.

Bahan Hiasan:
Tahu putih (goreng potong²)
Kentang rebus sebiji-sebiji bagi empuk (toskan potong)
Telur rebus
Taugeh, lada besar, timun
Mee kuning

Bahan Kuah:
1 paket biskut marie -patah-patahkan (saya guna cap ping pong)
Kentang rebus 3 biji ( Blend)
Cili kering, udang kering & bawang putih 3 ulas (blend)
2 sudu besar tepung jagung

Tumis sedikit minyak, masukkn bahan blend dan masak sehingga naik minyak. Masukkan air.

Selepas mendidih masukkan kentang yang di blend, masukkan biskut marie dan kacau sehingga biskut hancur.

Kemudian masukkan tepung jagung dan pastikan gula garam secukup rasa.

Bahan Kuih Rojak:
Tepung gandum 2 senduk
2 sudu besar yis
Daun kucai (tak ada pun tak apa)

Satukan tepung, yis, secubit garam dan bancuh jangan terlalu cair.

Masukkan kucai, perap dalam beberapa minit kemudian goreng. Saya goreng menggunakan hujung sudip untuk dapatkan kuih rojak yang panjang-panjang. Nak goreng cara apa pun tak kisah.

Selamat mencuba!

Resipi wajib cuba:Sambal Belacan Campur Perahan Limau Nipis Makan Dengan Nasi Lauk Ikan Goreng Nikmatnya!

Published by
Siti Ramlah Mahmud