Setiap kali membeli kelengkapan dan barangan dapur, susu pekat manis pasti tak ketinggalan melengkapkan barangan. Jika bukan dibuat minuman bersusu, susu pekat manis banyak kegunaannya dalam pembuatan kek, kuih dan sebagainya. Tak perlu beli, apa kata anda cuba buat sendiri susu pekat manis.
Rupanya nak hasilkan susu pekat manis ini tidaklah sesukar mana. Hanya gunakan empat bahan sahaja. Susu memang menjadi! Jom cuba perkongsian Pn Syazwani Bakhari ini.
Terima kasih yang sudi berkongsi resepi *SUSU PEKAT MANIS HOMEMADE*
Jimat oi tak payah beli dah hat dalam tin lepasni. Jimat, selamat dan dijamin bersih. Sekali buat dapat banyak pula tu.
RESEPI SUSU PEKAT MANIS HOMEMADE
1 cawan air panas
⅓ cawan marjerin
2½ cawan gula halus
1 paket susu tepung 300g
Masukkan air panas, gula, marjerin then susu tepung.
Blend je semua sampai halus. Siap!
p/s: Kalau kurang manis campuq gula lagi, kalau cair letak lagi susu tepung. Adjust ikut nak takat mana, cayaq ka pekat.
Simpan sahaja di dalam peti ais dan biarkan susu pekat. Memang terbaik!
Selamat mencuba!
Menarik: Resipi Simple Aiskrim Yogurt, Sedap Sangat, Sebiji Macam Aiskrim Mahal
Sertai Webinar penyusuan terbesar ‘Mama Tak Penat Susukan Anak’ yang dianjurkan Pa&Ma tahun ini. Webinar PERCUMA ini menampilkan panel-panel hebat seperti Dato’ Dr Sheikh Muszaphar, Dr Seri Suniza, Dr Hairin Anisa, Puan Asiah Maharam dan perkongsian istimewa oleh Dato’ Siti Nurhaliza.
Selain mendapat ilmu penyusuan, peserta juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah.
Daftar segera di https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-mama-tak-penat-susukan-anak/ atau terus scan QR Code pada poster.
Mama jom rileks jap, klik link NI!
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)