Bila anak demam kebiasaannya seleranya pun akan turut terjejas. Tak perlu macam-macam hidangan, bubur ringkas saja dah cukup untuk anak.
Nak bubur ala Mc Donald? Tak perlu beli, buatkan saja seperti resipi ringkas yang dikongsikan superdaddy, Khairul Abdullah ini. Mudah!
Anak bongsu aku demam. Macam biasa aku buat bubur ayam ala Mekdi, sebijik rasa dia. Anak-anak yang tekak dia tak berapa best sebab batuk pun boleh makan habis semangkuk.
Nak buat pun mudah yakmat. Hanya perlukan beberapa bahan jer:
1 ½ cawan beras dibasuh dan biar rendam.
1-2 ketul dada ayam.
1 inci halia, diketuk atau diracik halus.
1 kiub pati ayam atau 2 sudu serbuk pati ayam.
Dan garam jika perlu.
1. Rebus ayam dengan air yang banyak sampai masak atau empuk dan keluarkan ayam tu dari periuk. Biarkan air rebusan yang tengah mendidih tu, tak payah tutup api, terus masukkan beras tadi.
2. Tambah sedikit air lagi jika perlu, kacau dan biarkan masak. Ayam yang dah dikeluarkan tadi tu, bila dah sejuk bolehlah siat-siat isi dia tu. Sambil-sambil tu kacaulah bubur, takut hangit dibahagian bawah pulak. Tambah sedikit air lagi jika perlu, kacau dan biarkan masak.
3. Dah masak, ejas lah nak pekat macamana bubur tu. Nak cair tambah air, kalau nak pekat biarkanlah seketika. Dah dapat tekstur atau kepekatan yang kita nak tu kemudian masukkan halia dan kiub atau pati ayam tadi.
4. Kacau sekejap, dan masukkan garam jika perlu. Rasa dulu sebelum masukkan garam tu. Biasanya masin dari pati ayam tadi sudah memadai.
Tutup api dan hidangkanlah. Tabur isi ayam, bawang goreng, daun bawang, daun sup dan potongan cili jika mahu. Pastu titiskan sesudu minyak bijan. Bau dia umphh itu.
Pastu nak letak kicap pun boleh, nak letak telur masin boleh, nak letak ikan bilis, nak letak chilli oil boleh, nak tambah cili padi boleh nak tabur kacang pun boleh. Suka hatilah.
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Pa&Ma