Ada waktunya bukan hanya anak-anak, kita sendiri pastinya teringin menikmati coklat bar yang sama dibeli di kedai. Di musim pandemik ini, elakkan keluar selalu. Apa kata kita cuba hasilkan sendiri coklat bar di rumah. Anak-anak mesti teruja.
Paling mudah adalah dengan menggunakan bubble rice dan coklat Beryls yang pasti sedap rasanya. Resipi mudah tiga bahan yang dikongsikan Cik Sue Zakaria ini wajib cuba. Potonglah keping-keping, barulah jadi macam kedai. Sedap!
Dah jenuh nak buat apa pun tak tahu. Tengok lah 2 3 bulan lepas kakak share buat bar coklat bubble rice ni. Mudah yang amat.
Bahan-bahan:
Bubble rice
Minyak masak
Coklat Beryls
Double boil kan coklat milk compound. Kita pakai beryls punya. Letak minyak masak sikit, semua agak-agak je bahan sebab ikut tekak dan keluarga nak makan banyak mana.
Dah siap ketepikan. Bagi dia sejuk sekejap. Sambil tu boleh bakar bubble rice 10-15 minit, 130c (bergantung pada oven jugak). Bakar sekejap je bagi dia crunchy sikit.
Tuang coklat yang dah sejuk tu dulu then baru letak buble rice. Buble rice pun bagi sejuk dulu baru letak atas coklat. Ketuk-ketuk bagi bubble rice jatuh ke bawah.
Lepas tu tuang lagi coklat bagi dia meliputi awan-awan putih tu. Dah siap letak dalam peti sejuk cepat sikit keras.
Tadaaa. Dia ada acuan coklat bar tapi malas nak beli letak dalam acuan kek jelah. So dah sejuk tu baru keluarkan dan potong je.
Selamat mencuba!
Artikel berkaitan: Campurkan Coklat Cadbury Rahsia Penyedap Choco Jar, Sekali Makan Nak Lagi!
Guna 3 Bahan Je Dah Boleh Dapat Chocojar Sedap, Serius Senang Nak Buat!
Buatkan Chocolate Bar Crunchy Simple Dengan Anak-Anak 2 Bahan Je Dah Jadi!
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI