Sudah menjadi tradisi kita sejak lama dulu menyediakan bancuhan cendol yang dimakan ketika berbuka puasa. Terasa nikmatnya kala cendol yang lembut ini sampai ke tekak. Manis dan cukup nikmat. Ubah kelainan sambutan puasa kali ini dengan cuba menghasilkan sendiri cendol dari rumah.
Rupanya tidak sesukar mana menyediakan cendol ini. Resipi langkah demi langkah yang dikongsikan oleh Najwa Abd Razak ini cukup mudah. Lembut dan sedap rasanya. Ditambah pula dengan aroma daun pandan yang cukup wangi. Jom kita cuba!
Resipi wajib cuba: Tak Perlu Tauhu Guna Kulit Popia Je, Popia Bergedil Rangup Sedap Buat Menu Berbuka Esok
Cendol ni tak mudah patah dan sedikit kenyal. Resepi ada di setiap gambar. Boleh la dihidang bersama durian sebagai pencuci mulut dikala panas.
2/3 cawan tepung beras
1/3 cawan tepung ubi
1 sudu teh air kapur
Secubit garam
800ml air pandan (blender air + daun pandan)
Campurkan semua bahan dan masak atas api sederhana sehingga betul-betul kental.
Masuk dalam piping bag atau acuan. Ni kes tak ada acuan tapi gatal nak jugak buat cendol..haha. Piping bag pun boleh la.
Sediakan mangkuk berisi air + ais. Gunting hujung piping bag dan picit ke dalam mangkuk berisi air. Pegang piping bag guna kain sebab panas.
Tadaaaa…siap.
Cadangan hidangan Cendol Durian.
Selamat mencuba!
Resipi wajib cuba: 30 Resipi Untuk 30 Hari, Menu Berbuka Puasa Dan Bersahur Mudah Disediakan, Confirm Sedap
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI