Bila menyebut tentang cakoi, lazimnya kita beli sahaja di kedai dan dimakan ketika panas. Apa kata kita cuba buat sendiri pula untuk anak-anak kerana cara hendak membuatnya cukup mudah. Barulah puas anak-anak makan.
Bahan pun tidaklah banyak. Resipi ringkas Suraya Yaacob ni mama wajib cuba. Senang!
Hai, petang ni rumah awak makan apa. Rumah saya harini buat cakoi cicah sos karamel. Ni cara saya buat cakoi. Walaupun bukan resepi original tapi boleh lah buat makan, ada la jugak rupa cakoi. Resepi sos karamel pun ada sekali saya sertakan. Semua resepi ini ikut cara yang saya selalu buat.
Resepi cakoi simple
300gm / 1 mangkuk / ⅓ peket tepung gandum
2 sudu makan gula
½ peket yis mauripan
1 sudu teh baking powder
1 biji telur
1 cawan air
⅓ cawan minyak masak
1. Campurkan semua bahan kering. Gaul biar rata.
Ads
2. Masukkan air dan telur. Uli sampai jadi doh.
3. Masukkan minyak masak dan uli sampai jadi doh lembut.
4. Canai doh dan potong menjadi empat segi panjang.
5. Lekatkan 2 doh menggunakan air dan tunggu kembang.
Ads
6. Goreng dalam minyak panas sehingga perang.
Resepi sos karamel
1 cawan gula
½cawan susu pekat
½ cawan air
1 sudu penuh butter / marjerin
Ads
Masakkan gula atas dapur sampai cair dan bewarna perang.
Masukkan susu pekat sampai gula jadi cair.
Setelah itu masukkan pula air dan kacau rata sampai karamel jadi cair.
Masukkan butter dan kacau lagi.
Bila butter dah cair boleh tutup api dan tunggu sejuk.
Sos karamel ni masa panas sangat cair tapi bila sejuk dia akan jadi 2 kali ganda pekat.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bila anak sudah mula ke sekolah, stok makanan untuk anak ke sekolah pastinya sudah disediakan lebih awal lagi. Donat antara menu ringkas dan mudah untuk anak bawa ke sekolah.
Apa kata kita sediakan donat frozen, lembut dan gebu macam span, seperti yang dikongsikan oleh Pn Zurina Kifli ini. Memang lembut!
Uli tangan pun boleh. In shaa Allah ekstra gebu dan ekstra lembut. Yang penting kena rajin menguli hingga doh cantik.
DONAT GEBU MACAM SPAN
Sukatan cawan minum teh
Perapan Yis :
1 1/2 cawan air suam, isikan dalam gelas besar @mangkuk. Nanti yis berbuih takut melimpah
2 sudu makan gula pasir
1 sudu makan yis Mauripan
1@2 biji kuning telur gred A@B yang dibuang pusat, kacau-kacau dahulu (rahsia lembut gebu)
Satukan air suam dan gula, kacau hingga gula larut.
Masukkan yis dan kacau-kacau sekejap, biarkan 15 minit atau hingga berbuih. Bila yis dah berbuih campurkan kuning telur dan kacau sebati. Siap.
Bahan lain:
4 cawan tepung gandum
1/2 sudu teh garam halus
2 sd makan shortening
2 sd makan marjerin @ (kalau tak ada shortening boleh letak 3 sd makan marjerin, cairkan dan biar sejuk)
2@3 sudu makan susu tepung Nespray
1 sudu teh baking powder
1 sd teh Bread Softener @sebarang pelembut roti yang ada.
**Saya guna 2 cawan tepung gandum + 2 cawan tepung high protein (tepung roti).
** Ayakkan tepung, kemudian satukan kesemua bahan kedalam mangkuk besar@talam besar.
** Sedikit air biasa jika perlu.
** Saya letak pelembut serbaguna Cream Super
Gaul rata hingga sebati tepung bersama bahan-bahan lain dalam bekas besar. Tuangkan perapan yis yang dah berbuih, gaul rata dan uli hingga sebati. Tambah sedikit air jika doh terlalu keras dan rasa berat.Kalau dah rasa ok tak perlu tambah air lagi, ikut tahap resapan tepung. Doh mesti lembut melekit-melekit sedikit.
Terus uli dengan cara tarik tolak doh seperti memberus baju hingga doh yang melekit bertukar menjadi licin.
Boleh juga masukkan doh ke dalam plastik bersih dan ramas-ramas sekali sekala picit-picit hingga doh menjadi licin dan tak melekit.
Keluarkan doh dari plastik dan terus uli lebih kurang setengah jam hingga doh licin, elastik dan terasa lembut ringan. Doh dah tak melekat-melekat pada tangan.
Tutup bekas doh dengan tudungnya@kain lembap @ plastik. Perap doh lebih kurang 1 jam hingga naik 3 kali ganda.
Apabila doh dah cantik kembang, tekan-tekan @tumbuk perlahan untuk buang angin dan bentukkan dengan bentuk disukai. Samada bentuk donat biasa @bentuk hati @bentuk bunga. Sentiasa lumurkan tepung pada tangan supaya doh tak melekat-melekat pada tangan.
Dah siap bentuk rehatkan lebih kurang 30 minit, bergantung suhu ruang. Dulang bekas letak donat mesti ditabur tepung agar donat tidak melekat pada dasar apabila hendak digoreng. Jangan sampai doh terover kembang tau, nanti donat mengecut lembik dan serap banyak minyak bila digoreng.
Panaskan minyak dan goreng donat dengan api sederhana perlahan, balikkan sekali atau 2 kali sahaja hingga masak kedua-dua bahagian untuk dapatkan ring putih pada tepi donat. Jangan kerap balikkan donat nanti hilang ring putih tu.
Api pulak jangan kuat sangat nanti donat garing mengejut, luar nampak terlalu garing tapi dalam tak masak sepenuhnya. Angkat donat dan toskan minyak, boleh lapik bekas dengan tisu dapur. Apabila donat dah suam bolehlah salutkan dengn gula@susu tepung+gula@coklat.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bubur sumsum antara menu hidangan yang sesuai untuk disajikan pada bayi anda yang berumur tujuh bulan ke atas. Ketika dalam usia ini, mama sudah boleh berikan pelbagai jenis makanan untuk bayi cuba.
Bayi mama pun sudah tentu teruja hendak cuba variasi makananan yan sudah tentu dapat memancing selera untuk makan. Supaya bubur sumsum jadi lebih menarik dan enak dinikmati boleh letakkan buah-buahan segar di atasnya. Jom cuba resepi mudah yang dikongsi ini.
Bahan-bahan:
3 sudu besar tepung beras
2 cawan susu penuh krim (full cream)
1 cawan air
Cara membuat:
1. Masuk semua bahan dalam periuk, kacau sikit baru buka api dapur.
2. Masak sampai kepekatan yang mama suka.
3. Pastikan sentiasa kacau ya untuk elak berketul.
4. Tutup api. Siap sudah bubur sumsum.
Simpan di dalam bekas plastik. Boleh dapat tujuh bekas saiz ini. Selepas itu barulah kisar buah naga atau apa-apa sahaja buah yang disukai. Kisar tabpa air. Memang sedap sangat. Mesti anak suka!
Bila lalu di kedai biskut ternama dalam mall, semerbak sungguh baunya. Buat kita terus tercari-cari mana datangnya bau biskut yang harum ni. Sudahnya mesti terbeli sedikit sebab harumanya sangat mengoda.
Sebenarnya ada rahsia nak jadikan biskut ni wangi. Jom baca perkongsian ini.
Biskut ALA Famous Amos ni antara kegemaran seisi 1 rumah…Salah satu biskut jualan saya tiap-tiap tahun…Rahsia untuk wangikan biskut adalah butter oil..
Resepi ni dapat dari kawan.. So untuk korang yang nak buat biskut ni,tambah sedikit butter oil..Memang semerbak harum bau biskut ni
Saya edit untuk resepi dikongsi bersama
Resepi Biskut Chocolate Chip Ala Famous Amos
Bahan – bahan
Bahan A (Dikacau sebati):
250 gram mentega
1 cawan gula perang
1 sudu kecil esen vanila
1 sudu kecil butter oil(wangikan biskut)
1 biji telur kuning
Bahan B:
2 1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung jagung
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil soda bikarbonat
6 sudu besar minyak
1 cawan cip coklat
1 cawan badam cincang(disangai)
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!