Tak Payah Beli, Nak Lagi Sedap Buat Sendiri Serbuk Asam Boi, 3 Bahan Saja!

Share

Hirisan buah potong lagi tambah sedap bila digabungkan bersama serbuk asam boi yang manis-manis masam. Namun mencari serbuk ini yang sedap diakui agak sukar.

Apa kata kali ini kita buat sendiri sahaja serbuk asam boi ini mengikut selera kita. Hanya gunakan tiga bahan saja. Mudah!


Takde masak apa cuma nak share cara buat serbuk asam boi. Tabur atas jambu ke mangga ke uiii sedapnya.

Kalau beli pun dah berapa kan harganya. Buat je sendiri, buat stok. Senang. Jimat pon jimat

Bahan-bahan:
Asam boi
Gula pasir
Plum powder

1. Asingkan biji dari asam boi.

2. Blend halus (blend kering). Letak dalam satu bekas.

3. Blend gula + plum powder. Blend halus juga.

4. Satukan dengan asam boi yang dah di blend tadi. Gaul sebati. Saya masukkan dalam satu bekas pastu goncang-goncangkan dia. Siap!

Oh resepi takde sukatan sebab buat ikut naluri.

MENARIK:

Resipi Donat Kampung Red Velvet Viral Mudah, Uli Dengan Tangan Saja, Naik Elok & Gebu/

Sawi Kena Ada Dekat Rumah Paling Kurang Seminggu Sekali, Sayur Selamat Untuk Anak Makan!

Resipi Nasi Butter Ayam Crunchy. Menu Simple Buat Anak Makan Berebut!

Saya tak tambah garam sebab asam boi tu dah ada rasa masin. Tapi ikut selera masing-masing. Dah siap tu try rasa.

If rasa nak manis lagi boleh tambah gula. Nak masin boleh tambah garam. Boleh adjust ikut selera. Senang kan?

Esoknya dah jadi kiub. Mudah betul.

 

Jom, join Gathering Ibu Hamil Menawan sekarang! Banyak aktiviti dan hadiah menarik menanti dan penampilan istimewa Pn. Nad Masrom.

Klik DAFTAR segera di https://toko.ideaktiv.com/product/gathering-mama-hamil-menawan-pama-x-numom/

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

Kredit: Siti Khadijah

Published by
SRM