Anak dengan nutella memang tidak dapat dipisahkan. Stok nutella untuk sapuan roti perlu sentiasa ada kerana sudah menjadi kegemaran anak. Jangan tak sangka rupanya, nutella boleh dibuat sendiri.
Resipi mudah homemade nutella yang dikongsikan oleh Dr Mazliana Mazlan menggunakan Thermomix ini anda kena cuba. Memang senang dan paling penting jimat.
Homemade nutella with love gitu nama dia. Anak-anak suka, alhamdulillah.Bahan-bahan pun mudah sangat nak buat.
Resepi saya share sini dengan korang ya. Thank you @cookingwithsuri sebab hasilkan resepi homemade nutella yang sedap sangat ni!
Bahan-bahan;
120 gram hazelnut (roasted)
150 gram dark chocolate
100 gram milk chocolate
300 gram susu pekat homemade
100 gram whipping cream
15 gram pure butter
Kisar hazelnut 20 saat. Terhangit pulak kalini.
Hasilnya lepas blend.
Lepas tu, masukkan pula chocolate dan kisar lagi 20 saat. Speed 10.
Macam ni rupa dia.
Masuk semua bahan lain, masak 8 minit, suhu 60 darjah, speed 2.
Yeayy dah siap! Kisar lagi 10 saat untuk tekstur lebih halus.
Eh dah siap! Secepat itu buat nutella homemade tau.
Best sangat kann. Yang dah ada Thermomix boleh terus buat okay.
Menarik: “Lara Lembut, Lila Lain Pulak” Dua Anak Perempuan Berbeza Karaktor, Scha & Awal Kongsi Cerita!
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Pa&Ma