Bagi penggemar manisan, kek pastinya cukup mengujakan. Malah kalau boleh mahukan kek setiap hari. Tapi itu bagi kita orang dewasa. Namun walaupun kecil, anak juga sudah punya citarasa sendiri ketika makan. Ada yang gemarkan kek dan manisan namun masih terkawal. Sesekali tidak mengapa.

Bosan dengan menu yang sama, apa kata mama sediakan Lemon Cheese Cake ini. Rasa gebu-gebu dalam mulut anak. Patutlah anak suka dan makan sampai habis. Resipi perkongsian Puan Dahlia Kamaruza ini nampak sedap. Jom cuba.

Tak Payah Beli, Sediakan Kek Sendiri Pada Anak, Lemon Cheese Cake Rasa Sama Macam Kedai!
Gebunya.

Makan petang Hilman harini mummy buatkan dia Lemon Cheese Cake je. Terlajak rajin pulak. Bahan main agak-agak je sebab mummy malas nak kira betul-betul ikut resepi tu..sebab mummy nak buat kurang sikit portion dia. Alhamdulillah mujur menjadi dan sedap juga.

Resepi cheese cake baby style

Cream cheese 50g
Unsalted butter 50g
Susu fullcream 1/3 cup
Lemon 1/4 biji (ambil air)
Lemon zes sikit(parut kulit lemon)
Telur 2 biji (asing kuning/putih)
Tepung gandum unbleach 5 tbs +-
Baking powder 1/2 tsp
Soda bicarbonate 1/2 tsp
Esen vanila (optional)

IKLAN

Caranya:

Tak Payah Beli, Sediakan Kek Sendiri Pada Anak, Lemon Cheese Cake Rasa Sama Macam Kedai!
Cairkan butter dan cream cheese dengan kaedah double boil. Bila dah cair campur susu fulcream kacau sekata.

Tak Payah Beli, Sediakan Kek Sendiri Pada Anak, Lemon Cheese Cake Rasa Sama Macam Kedai!

IKLAN

Masukkan telur kuning nak tepung yang dah di tapis bersama baking powder dan soda bicarbonate sedikit demi sedikit.

Tak Payah Beli, Sediakan Kek Sendiri Pada Anak, Lemon Cheese Cake Rasa Sama Macam Kedai!

Masuk perahan lemon dan parutan kulit lemon. Dalam mangkuk lain whisk kan telur putih sampai gebu or sampai buih dia putih. Campur telur putih dalam adunan sedikit demi sedikit dan kaup balikkan.

IKLAN

Tak Payah Beli, Sediakan Kek Sendiri Pada Anak, Lemon Cheese Cake Rasa Sama Macam Kedai!

Masuk dalam loyang yang di letak baking paper dan bakar pada suhu 170/180’c selama 30 minit atau mengikut oven masing-masing.

Tak Payah Beli, Sediakan Kek Sendiri Pada Anak, Lemon Cheese Cake Rasa Sama Macam Kedai! Tak Payah Beli, Sediakan Kek Sendiri Pada Anak, Lemon Cheese Cake Rasa Sama Macam Kedai!

P/s: Boleh add on puree kurma or madu (‼1y ke atas‼ ) untuk seimbangkan rasa. Atau add on homemade blueberry jem or any jem.

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI