Tak Payah Berat, Roti Butter Meletop 3 Bahan Ni Pun Dah Buat Anak Kenyang!

Share

Cuti hujung minggu macam ni, ada waktunya anak mula kelaparan di petang hari. Tak perlu sediakan menu berat, roti dengan butter dan kaya sudah cukup buat anak kekenyangan asalkan pandai berkreatif. Sarapan ringkas pun amat sesuai. Mudah!

Resipi dengan tiga bahan ini bukan saja simple bahkan idea untuk mama yang kekeringan idea untuk sediakan sarapan dan minum petang anak.


Roti butter + kaya. Roti ni sebenarnya simple je. Kepada mak-mak yang out of idea nak buat breakfast untuk anak, rasanya boleh try lah.

Roti Gardenia (ikutlah brand apa asalkan roti yang boleh dimakan)
Butter (brand buttercup pun boleh, sis guna jenama Farm Cows)
Kaya

1️. Potong kulit roti, sebab budak-budak dekat rumah ni tak suka kulit roti tu. Lepastu potong dua.

2️. Sapu kaya banyak-banyak. Jangan kedekut, nanti bakar dia meleleh, nampak yummy gitu.

3. Potong butter jadi cube macam dalam gambar, susun 3 baris atas roti.

4. Sis sapu jugak kaya untuk lapisan atas, jadi upside down lah kaya tu.

5. Bakar pada suhu 170c 10-15 minit, depends on how crunchy u nak lah.

Selamat mencuba, sis nak makan dulu.

Kredit: Nuralia Idayu

Artikel berkaitan: Roti Gulung Sosej Berjejari, Simole Je Buat Tapi Rasanya Terbaik

Anak Dah Jemu Makan Nasi, Cuba Roti Sosej Ala Auntie Anne’s Pula, Ringkas!

Roti Sardin Gulung Goreng Celup Tepung, Sejuk Pun Tetap Crunchy!

Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Published by
SRM