Sayur yang disimpan lama dalam peti ais biasanya akan hilang kesegarannya, lebih-lebih lagi sayur berdaun hijau.
Jangan dibuang terlebih dahulu sebaliknya cuba petua yang dikongsikan oleh seorang pengguna Tik Tok ini. Memang kembali segar.
“Sayur layu jangan buang tau korang, buat macam saya ajar ni.
Cara-caranya:
1. Ambil salad atau sayur yang sudah layu, letakkan dalam bekas.
2. Isikan dengan air sejuk, bukan air masak biasa. Pastikan sejuk.
3. Isi air sampai tenggelam sayur.
4. Agak-agak dah tenggelam, biarkan sayur terendam selama mana sehingga sayur kembali segar.
5. Hasil selepas 3 jam. Sayur kembali segar.
Petua ini mak mentua saya yang ajar. Selalu saya buang je tapi dah tahu tips ni so jimat lah dari membazir.
Selamat mencuba!
@cikkpuanshikin Sayur layu jangan buang tau korang, buat macam sy ajar ni 😚 #tipssayursegar #sayursegar #fyp #tipsandtricks ♬ Ghibli-style nostalgic waltz – MaSssuguMusic
Menarik: “Jumpa Nanti Di Syurga Sayang” Impian Timang Cahaya Mata Tidak Kesampaian, Hannah Delisha Keguguran!
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) sekarang!