Tak Payah Keluar Pergi Bank, Ini Cara Mudah Simpan Duit Anak Ke Tabung Haji Tanpa Caj!

Share

Bukan sahaja simpanan untuk masa depan kita, simpanan untuk anak-anak juga teramat penting untuk memastikan anak-anak hidup selesa malah punya simpanan sendiri untuk kegunaannya belajar di masa hadapan.

Pun begitu, keluar ke bank di musim pandemik ini bukan alasan tepat. Ada baiknya mak ayah terus menyimpan dengan cara yang dikongsikan semula oleh Mohd Shukri Zulkipli ini sahaja. Lagi cepat dan paling penting tanpa caj!


Simpan Duit ke Tabung Haji Tanpa Caj

Selalu kalau korang nak masuk duit ke akaun TH korang buat macam mana eh?
1. Pergi cawangan?
2. Guna ATM?
3. Potong Gaji?
4. Transfer Online Banking?
5. Atau cara lain?

Musim PdPR dan WfH ni sebaiknya tak yah lah nak bergerak ke sana ke sini. Ke sana ke sini. Ke sana ke sini. Ah sudah, ternyanyi pulak lagu remix PM Muhyiddin

Kalau sebelum ni nak transfer ke TH dari Maybank ke Bank Islam atau bank-bank lain, dia ada caj RM1 setiap transaksi. Kadang-kadang ada orang tak perasan caj tu. Apa la sangat seringgit tu.

Takkan nak jimat seringgit tapi habiskan duit minyak, bayar parking 60 sen, bateri hp nak scan MySejahtera dan tenaga dari lemak WfH yang kerjanya buka peti ais je tu.

Tapi kalau nak buat pindahan secara percuma tu, boleh guna cara ni. Betul Free, Tanpa caj kepada kita.

1. Log masuk ke perbankan internet pilihan


2. Pilih JomPAY


3. Isi maklumat transaksi yang diperlukan dan sahkan transaksi

*Biller Code – 60228
*Biller Code Name – Tabung Haji-Deposit


*Ref-1 – Nombor Akaun TH (15 digit)
*Ref-2 – jika ada


*Amaun (RM)


4. Ikut arahan hingga selesai

Hanya akaun TH yang aktif akan dikreditkan, atau sebaliknya dana akan dikembalikan. Pendeposit diminta untuk memeriksa status akaun TH mereka dengan menghubungi THCC di talian +603-6207 1919 atau menggunakan app THiJARI.

Selamat beramal. Jangan tunggu lagi. Penuhkan TH korang at least RM10k.

Menarik: Betul Ke Cara Mama Pakaikan Lampin Pada Bayi, Jom Baca Untuk Ketahui

KELAS ONLINE BREASTFEEDING PERCUMA dengan daftar Pa&Ma BF VIP Eksklusif member! Hanya RM20 sahaja. Daftar https://toko.ideaktiv.com/product/pama-bf-vip-eksklusif/

Mama jom rileks jap, klik link NI!

Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Published by
SRM