Keibubapaan

“Tak Payah Marah” Sudut Mainan Buat Mak Ayah Tenang, Anak Pula Makin Cintakan Masjid!

Share

Tidak dinafikan bila melahirkan anak, masa dan peluang untuk kita ke masjid semakin terbatas. Bimbang anak kecil menangis di masjid, begitu juga mengganggu ahli masjid lain. Namun hati melonjak-lonjak dan terlalu rindukan suasana di masjid.

Idea dan perkongsian saudara Mohammad Yaakub Yusra ini antara yang boleh dilakukan kerana ia amat membantu untuk mak ayah melakukan solat dengan lebih tenang ketika membawa anak ke masjid. Mewujudkan satu ruang mainan untuk anak-anak antara cadangan bernas. Jom ikuti perkongsian beliau.


SUDUT MAINAN ANAK-ANAK DI MASJID

Seronok kan kalau setiap masjid disediakan ruangan khas buat anak-anak kecil, dalam masa yang sama buat kempen anak-anak buat kerja sekolah di Masjid.

Mak ayah boleh attend pengajian dan Me Time di masjid antara maghrib ke Isyak, anak-anak bagi ada “nursery” di masjid. Its A Good therapy.

Masjid upahlah seorang “pengasuh” untuk bantu tengok anak-anak ni, yang kecik-kecik bagilah depa main yang bersekolah bantu guide untuk buat kerja sekolah.

Tak miskin pun masjid kalau bayar 1 malam (2-3 jam) elaun 20 ringgit untuk pengasuh.

Kita nampak mungkin macam tak dak apa, tapi pada emosi dan nilai agama pada anak-anak kecil sangatlah besar. Mana mungkin mereka cintakan masjid surau jika tidak diikat dari umur kecil.

Ni antara aktiviti yang akan diusahakan jika tidak ada program malam, ajak anak-anak buat tour cari masjid yang ranciak-riancak 😂😂.

Doakan ya. Siap masjid MADAD ramadhan nanti antara benda yang akan saya wajib wujudkan adalah ruangan khas Nursery kanak-kanak siap pengasuh. Makpak sembahyang dengan tenang, anak-anak biaq main kat belakang.

p/s : Tak payah la marah bila anak-anak kecik ni bermain dalam masjid sebab fitrah depa suka main, yang perlu di marah dah tua-tua pun tak reti mai masjid.

Menarik: Nasi Penuh Tak Cukup Minta Lagi, Anak Berselera Makan, Ayda Jebat Risau Anak Overload!

Sikit-sikit, lama-lama jadi bukit. Ayuh, belajar cara didik anak untuk menyimpan sejak mereka kecil.

Daftar sekarang di https://toko.ideaktiv.com/product/ajar-anak-simpan-duit/

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

Kredit: Mohammad Yaakub Yusra

Published by
SRM