Sebenarnya dalam rumahtangga kita perlu banyak bertolak ansur dengan pasangan kita dan juga anak-anak. Sebagai isteri, jika anda rasa tak mampu jangan paksa diri lakukan semua kerja. Itu hanya akan mencederakan emosi anda sendiri. Kita manusia biasa yang tahu penat dan sedih.
Bagi suami pula, tak salah jika sama-sama melakukan kerja rumah. Ringankan beban isteri dan ajak anak-anak lakukan bersama-sama. Apa yang anak tengok, anak akan belajar dari kita. Jika baik layanan kita pada isteri insyALLAH anak akan berbuat baik dengan orang sekeliling.
Setiap 2 hari aku akan cuci kain
Sejak sebelum kahwin aku dah buat semuanya
Beban suri rumah pun berat tau, jangan memain
Sebab apa aku buat semua kerja rumah? Sebab aku ada anak lelaki
Kalau wife marah, tanya pun dia tak jawab. Masuk bilik solat hajat
Aku tak perfect, aku ada je buat silap
Sikap toleransi tu penting
Sebelum kahwin, belajar dulu ilmu parenting ya kawan-kawan
Sumber: iffatsalleh
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bila bergelar ibu bab shopping, keluar dengan rakan-rakan mungkin nombor dua. Kini yang menjadi keutamaan adalah suami dan anak. Nampak macam senang tapi wanita yang melaluinya sahaja betul-betul faham.
Sebab itulah bila ibu rasa sangat penat dan tak mampu meluahkan perasaannya hanya air mata pengubat kepada hati untuk lebih tenang.
Namun bagi ibu yang memang berada di rumah, menghadapi karenah anak, menguruskan rumah tangga dalam tempoh 24 jam bukanlah pengorbanan yang kecil. Mereka inilah kadang kala wira yang perlu dihargai.
Mungkin orang tak nampak tapi hakikatnya bila terlalu penat air matalah mampu menenangkan kekusutan jiwa dan hati.
Daripada perkongsian Dr Syahr Musafir dia ada menyatakan kenapa seorang suami perlu memahami isterinya bila isteri dah mula menangis.
Tiba di rumah dari tempat kerja, wajah isteri tak seceria biasa. Suram, mendung, redup. Kenapa? Hati saya tertanya-tanya.
Saya ikut masuk ke bilik selepas anak-anak menyalami saya, terus bertanya isteri, “OK ke?” Semestinya ada perkara yang tak kena, kerana isteri saya bergenang air mata. Menangis.
Aduh duh duh, saya kalah pada air matanya. Tak suka. “Ada apa ni?” tanya saya lagi. Bukan nada memaksa, tetapi mahu tahu.
Jawab isteri, “Penat… Sebab penat.” Akal, emosi dan naluri saya ini sebagai seorang lelaki tak mampu nak faham apa kaitan penat dengan menangis. Biasanya penat, kita tidur. Atau rehat bagi melepaskan penat. Takkanlah menangis sebab penat?
“Tinggalkan Sayang 5 minit. Abang layan anak-anak ye,” pinta isteri. Air matanya mengalir deras mengalahkan aliran Sungai Torrens.
“OK,” jawab saya. Tenang. Tak mahu menambah duka.
Akur, saya keluar menyantuni anak-anak. Layan bermain, walaupun saya masih berpakaian kerja. Tak jadi tukar tadi.Entah apalah jadinya dengan isteri keseorangan di dalam bilik, risau juga.
5 minit kemudian, isteri keluar. Matanya masih merah akibat nangis, tetapi bibirnya sudah menguntumkan senyuman. Melayani saya suaminya seperti biasa, melayani anak-anak kami dengan gembira. Alhamdulillah.
Saya tak faham apa kaitan kepenatan dengan air mata. Tetapi saya faham saya seorang lelaki takkan mampu nak faham sepenuhnya tentang hati, jiwa dan perasaan wanita. Saya seorang suami tak mampu nak faham seluruhnya tentang isteri. Jadi, ada kalanya apabila dia minta untuk menangis, saya turutkan saja.
Tak dapat 1 atau 2 jam shopping atau bersuka-ria dengan rakan-rakan di luar tanpa suami dan anak-anak, dapat 5 minit mengalirkan air mata juga me-time buat seorang isteri bergelar ibu. Itulah isteri saya. Subhanallah.
Menjadi suami tidaklah semudah yang disangkakan. Namun tidak juga sesukar yang dihebahkan. Apa yang lebih penting adalah komunikasi sesama pasangan dan sabar melayani permintaan yang munasabah.
Sesungguhnya wanita dan air mata tak boleh dipisahkan, dan tak perlu dipisahkan. Biarkan saja. Air mata itu kelemahannya, air mata itu jugalah kekuatannya.
Tahun ini sedang menjengah tahun ke-9 pernikahan kami, tetapi proses memahami isteri tetap terus berjalan. Tak pernah berhenti.
Ramai orang mahu menikahi orang yang dicintainya, tetapi tak ramai orang terus mencintai orang yang dinikahinya. Saya mahu jadi kedua-duanya.
Bila pergi rumah orang, tengok kuali, periuk berkilat kadang terdetik dalam hati “Rajinnya cuci periuk, tak nampak langsung kesan hitam atau minyak yang melekat.” Ini respon secara automatik.
Mungkin bagi sesetengah individu tak kisah sangat bab periuk, kuali yang ada kesan hitam, janji dapat masak di rumah. Cuma bagi sesetengah orang memang lepas masak akan terus gosok sampai licin dan berkilat. Bukan pasal cerewet tetapi dah terbiasa.
Apa-apa pun ia terpulang pada anda. Jika dapat tahu rahsia ini pun sangat bagus. Sekurang-kurangnya periuk, kuali yang digunakan dapat tahan lama. Sebab tu zaman mak-mak kita dulu, walaupun periuk belanga dah guna berpuluh tahun, sampai dah ada cucu dan cicit pun masih elok lagi.
Sekarang ini pun, dah banyak bahan cucian yang dijual di pasaran untuk menjadikan periuk sentiasa berkilat dan kesan hitam mudah tanggal.
Bagi anda yang nak tahu rahsia Puan Mariyah Ghazali sehingga periuk, kuali di rumahnya berkilat walaupun lebih 8 tahun digunakan hanya satu bahan sahaja iaitu menggunakan sabun mandi.
Sejak dulu lagi memang sabun ini sahaja yang digunakan. Memang puas hati. Harganya pun tidaklah mahal.
Lagi satu cara yang dipraktikkan adalah lepas masak, jangan bertangguh untuk mencuci permukaan bawah periuk atau kuali tu. Jika terus berus, memang mudah nak hilangkan kotoran itu. Apa yang menjadi masalah, kebanyakan kita hanya membasuh dibahagian dalam sahaja. Itu yang menyebabkan bila lagi lama, lagi tebal kesan kotoran minyak sehingga berkerak dan hitam.
Bila dah jadi macam ni, semestinya kita pun malas nak memberus dan biarkan sehingga hitam.
Apabila dah nampak kehitaman, nak sental bukan mudah sampai ada yang cuba kikis dengan pisau atau lebih malas lagi terus buang dan beli yang baru.
Sebelum ini pun, cara Mariyah mengemas dan menghias rumah rakitnya pernah tular sehingga mendapat pujian ramai. Walaupun bukan rumah mewah, tetapi dekorasi dan kebersihannya sangat tip top.
Ibu kepada seorang cahaya mata ini pernah berkongsi yang dia akan pastikan sebelum nak keluar ke mana-mana atau nak tidur rumah wajib dalam keadaan kemas.
Ada anak kecil bukan halangan untuk rumah sentiasa kemas. Semuanya atas diri masing-masing. Rumah kecil atau besar, bukan alasan sebab syurgaku rumahku.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!