Nasi ayam memang menjadi kegemaran anak-anak kita. Apa lagi disatukan dengan ayam nasi ayam yang garing dan sedap. Nak cuba resipi mudah dan ayam jadi lagi sedap?
Resipi mudah ini mama kena cuba. Simple!
Bila ayam Nasi Ayam tengah mandi minyak. Camne nak buat macam tu? Tak yah pakai kicap bagai. Meh nak share resepi.
Bahan-bahan:
Air kosong satu jag
Madu 3 sudu
Cuka 2 sudu
Limau nipis 3 biji (ambik air)
Campur semua bahan dalam air tadi.
Tunggu air tersebut didih, mandi kan ayam tadi sehingga kulit ayam tegang.
Angkat dan tos ayam tersebut.
Lumurkan garam dan biarkan air pada ayam kering. (Nak gantung pun boleh ayam tu). Pastu leh goreng ayam tersebut.
Ayam akan bertukar warna jadi coklat garing macam tu.
Menarik: Satu Bilik Dia Tawaf, Demam Pun Aktif, Anak Kedua Dato’ Siti Nurhaliza Dah Pandai Berjalan
Hanya RM20, ada banyak hadiah istimewa. Daftar sekarang di https://toko.ideaktiv.com/product/belajar-sampai-terror/
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!