Anak perlu dibiasakan untuk tidur sendirian. Bukan sahaja privacy untuk mak ayah bahkan membiarkan anak berdikari adalah yang sebaiknya. Lebih-lebih lagi bila usia anak menginjak ke tujuh tahun.
Soalnya bukan mudah. Cubalah macam mana cara pun, seringkali gagal. Bagaimana nak didik anak tidur sendiri? Parenting Influencer, Mohd Fhais Salim berkongsi lima tip untuk mak ayah. Simple!
Anak tak pandai nak tidur sendiri ?
Walau kemahiran lain dia mahir,
– boleh makan sendiri
– boleh mandi sendiri
– boleh pakai baju sendiri
– boleh berak di toilet sendiri
– boleh mengemas sendiri
– boleh main sendiri
Tapi sampai masa nak tidur, mesti nak berkepit celah ketiak kita baru dia boleh tidur. Relax ye ibu ayah!
Jangan sesekali kita cakap anak penakut, tak berani atau mengada-ngada.
“Dah besar pun mengada-ngada nak tidur celah ketiak!”
Aduh, ayat begini tak membantu tapi buat anak makin jadi hantu. Makin susah la dia nak boleh tidur sendiri.
Ads
Yang sebenarnya kalau kita faham keperluan anak untuk tidur pasti kita senang.
1 – Anak perlu rasa selesa
Celah ketiak kita dia senang tidur sebab bau ketiak kita buat dia rasa selesa. Jadi buat la anak rasa selesa di katilnya, bantal selesa, tilam selesa, suasana bilik selesa dan serba serbi selesa baru la dia selesa nak tidur sorang-sorang.
2 – Anak perlu rasa selamat
Badan rasa selamat baru keluar hormon melatonin ( hormon tidur ). Kalau anak takut gelap, jangan paksa tidur dalam gelap. Memang tak lena la dia.
Kita pun jangan la mula drastik terus paksa anak tidur asing bilik terus.
Boleh mulakan dengan asing katil dahulu, dalam bilik yang sama tapi lain-lain katil. Sedikit demi sedikit baru upgrade asing bilik pula.
3 – Anak perlu rasa mengantuk
Bukan anak je, orang tua pun kalau tak mengantuk 30 minit terkebil kebil atas katil tak boleh tidur. Banyakkan aktiviti sebelum tidur yang boleh mengalakkan proses mengantuk.
Ads
Contohnya baca buku, bercerita, borak-borak dengan anak. Apa sahaja yang boring buat je, mudah tidur lepas tu.
Lagi satu, elakkan makanan berat atau bermain yang terlalu lasak dengan anak sebelum waktu tidur. Makin segar dia jadinya.
4 – Anak perlu rasa letih
Satu lagi faktor anak susah nak tidur ialah dia masih bertenaga. Kanak-kanak ni dia boleh comsume tenaga dari otak sehingga 60% banyaknya. Selagi otak dia ada idea selagi itu la dia masih bertenaga. Haish.
Sebab tu la digalakkan sangat kat semua ibu ayah untuk bawa anak keluar buat aktiviti di luar rumah setiap petang untuk salur keluar tenaga dia tu. Jika petang tu dia puas bermain, letih sampai habis tenaga dia, insyaAllah lepas isyak comfirm dia dah mula mengantuk.
Ads
5 – Anak perlu rasa tenang
Akhir sekali, anak kena rasa tenang dan aman baru la otak dia mudah nak masuk ke fasa deep sleep.
Sebelum tidur elakkan marah-marah dan jerit-jerit pada anak. Sebaiknya peluk, cium, maafkan dan ucapkan love you. Itu lebih baik.
Waktu tidur pun kalau boleh konsisten setiap hari. Jangan kejap cepat, kejap lambat. Ada 5 benda ni, senang la anak kita nak tidur sendirian nanti.
Dalam mendidik anak pastinya akan ada cabaran. Jika anak masih seorang cabarannya mungkin kurang sikit. Namun bagi yang ada anak dua, tiga atau seterusnya lagi besar kesabaran ibu bapa nak menghadapi setiap perangai anak-anak.
Bab bergaduh, berebut mainan, memukul pasti akan berlaku walaupun perkara itu kecil. Biasalah budak-budak sekejap je lepas tu ok.
Namun ada ibu bapa yang sentiasa bertanya bagaimana nak mengatasi anak yang suka pukul adik?
Perkongsian dan tip dari Puan Liyana Nazli ini dan dipraktikkan untuk 4 anaknya boleh dijadikan panduan.
1. Beri perhatian secukupnya pada setiap anak
Beri masa anda dalam setengah jam sehari kepada setiap anak, eksklusif untuk dia sahaja. Maksudnya hanya anda dan dia sahaja, tak ada orang ketiga. Biarkan anak pilih aktiviti kegemaran yang mahu dilakukan bersama anda. Ini untuk membina hubungan dan kepercayaan. Biar anak ada yakin diri, bahawa dia masih dihargai. Ada satu bab berkaitan ini dalam buku “The Me, Me, Me Epidemic”. Nanti kalau ada masa saya kongsi khusus tentang ini saja.
2. Bacakan buku yang berkaitan hubungan adik-beradik.
Social story ialah cara terbaik untuk memberikan kefahaman kepada anak tentang perasaan dan tindakan seharian mereka. Sambil bercerita ajak anak berbincang bagaimana cerita tersebut berkaitan dengan hidupnya. Jangan terkejut kalau dia tiba-tiba marah, tak mahu teruskan pembacaan, malah baling buku tersebut. Mungkin perkara yang disebutkan sangat menyentuh hati dia. Acknowledge the feeling. Kalau tak jumpa buku di pasaran, ibu boleh buat sendiri buku dengan letak gambar anak-anak sendiri. Lagi real!
3. Tekankan perkara yang baik, beri peneguhan positif.
Kita selalu akan beri perhatian apabila dia pukul adik. Perhatian walau dalam apa juga bentuknya sama ada melalui marah, ialah sesuatu yang anak cari daripada kita. Beri perhatian pada perkara-perkara baik yang dia lakukan terhadap adik yang selalu kita terlepas pandang. Walau sekecil dan sebiasa mana pun perkara tersebut. Contoh ambilkan lampin atau permainan adik, gosok adik dengan baik, senyum pada adik dan lain-lain. Katakan,
“Adik suka sangat bila abang gosok kepala dia tadi. Bagus, abang! Abang memang abang yang baik”
Peneguhan positif dalam bentuk pujian, pelukan dan ciuman lebih memberi kesan berbanding peneguhan negatif dalam bentuk hukuman.
4. Modelkan bagaimana sepatutnya cara yang betul untuk dia mengekspresikan perasaan.
Kadangkala biarkan anak lihat kita kecewa atau menangis. Ia adalah perkara biasa dalam hidup. Terangkan dengan mereka kenapa anda menangis. Apabila marah, biar mereka lihat ekspresi anda ketika marah. Tunjukkan kepada mereka bagaimana mengawal diri ketika marah. Kanak-kanak belajar melalui apa yang mereka lihat, lebih daripada apa yang mereka dengar. Kadang-kadang kita tak sedar mereka ialah mini version of us!
5. Kurangkan siblings rivalry
Kalau tindakan mereka memukul adik adalah kerana cemburu, ibu bapa perlu cuba sebaik mungkin mengurangkan siblings rivalry. Ha yang ini perbincangannya habis satu buku! 😂. Kadang-kadang kita tak sedar tindakan kita atau kata-kata kita yang mewujudkan siblings rivalry. Semudah, “tengok adik tu baik je ha tidur, kakak ni tak tidur-tidur!” Kalau mahu anak lakukan sesuatu, fokus pada dia sahaja. Don’t let other siblings come into the picture. Never compare.
6. Apabila anak pukul adik (atau adik pukul abang/kakak)
Ibu kena bertenang. Attend anak yang dipukul dahulu. Apabila kita attend kepada mangsa, kita sendiri beri masa dan ruang untuk diri kita berfikir tindakan yang seterusnya. Berbanding jika kita terus attend yang memukul. Automatik suara kita akan meninggi dan rasa nak marah sebab kita tak dapat nak faham kenapa dia boleh berkelakuan begitu. Dia bukan musuh kita, dia anak yang perlu difahami.
Apabila keadaan sudah terkawal, rendahkan diri kita bercakap dengan aras yang sama dengan mata anak. Kita mahu dia suarakan apa sebenarnya yang dia rasa. Kita nak pecahkan numbness yang dia dah cipta dalam diri dia. Di bawah ekspresi kosong itu, ada kesedihan dan ketakutan. Kita nak dia boleh suarakan perasaan dia itu. Which will end up biasanya kita pun menangis sama hahahaha! But it is okay. Peluk dia dan beri assurance yang perasaan dia tak salah. Tapi tindakan dia yang perlu diperbetulkan.
Saya pun struggle jadi ibu 4 anak. Hari-hari kena jadi referee 😂 Ada masa kita tahu apa yang kita nak buat, ada masa kita sangat takut kalau kita buat silap. Tapi kita sentiasa belajar. InsyaAllah!
Zaman bercinta dan berkahwin tak sama. Sebab itu kesabaran dan sikap bertolak-ansur sangat penting. Kadang tu apa yang kita harapkan dari pasangan mungkin tak seperti yang kita harapkan.
Jadi perkara paling penting jangan terlalu memikirkan kesempurnaan pasangan kerana setiap dari kita mesti ada kelemahannya.
Setelah bergelar ibu bapa pun, kita juga harus faham apa yang perlu dilakukan. Maksudnya tanggungjawab itu dah lebih besar dan tak boleh buat sewenang-wenangnya. Anak-anak pun akan belajar melalui apa yang kita tunjukkan pada mereka.
Melalui perkongsian dari Afnan Rosli, sebagai suami anda sepatutnya menjalankan tanggungjawab sebaiknya untuk isteri dan anak. Jika rasa isteri seperti susah nak bekerjasama mesti ada sebabnya.
Solat jemaah rahsia kerukunan rumah tangga
Pagi tadi lepas solat jemaah, belum sempat wirid tau-tau wife saya dah landing atas riba. Mungkin penat sangat jaga baby semalam kot. Takpela saya pun teruskan wirid dan doa sampai habis.
Lepas doa, saya nak bangun, tapi bila tengok balik muka wife yang keletihan ni, tak sampai hati nak kejut. Maka saya biarkan lah dia tidur kejap.
Tengah duk termenung sambil tenung muka bidadari saya ni, saya terfikir, macamana budak ni boleh jadi baik sangat ya?
Fikir punya fikir, akhirnya saya dapat. Rupanya Jawapan pada Solat Jemaah. Dulu kami jarang solat Jemaah. Masing-masing kalau tak sependapat kira nak gaduh je. Saya pun ego jugak, kira nak betul kita je kan.
Tapi bila dah mula berjemaah, cakap apa pun semua boleh cakap baik2. Cakap apa pun semua dia ikut. Rupanya Solat Berjemaah ni memang Power!
Ada beberapa concept yang ramai tak faham dalam rumah tangga. Antara basicnya ialah, lelaki ni dia nak Di HORMATI. Manakala wanita pula dia nak di SAYANGI. Apa yang terjadi pada ramai pasangan. Diorang expect dapat benda2 itu dari pasangan mereka dulu.
Maksud nya, kalau u sayang i, i hormat u. Macamtu jugak lah pada lelaki. U hormat i, i sayang u. Sebenarnya, the key is kita kena mula dengan diri kita dulu. Kalau kita lelaki, kita yang mula tunjuk kasih sayang pada Isteri kita dulu, nescaya isteri akan timbul rasa hormat pada suami. Automatic!
Dan yang best nya, benda ni ada dalam SOLAT JEMAAH. Bila solat jemaah, Automatic Sense of HORMAT pada suami tu akan terbentuk dalam Jiwa Isteri. Sebab suami jadi Imam, apa suami buat semua isteri ikut, patuh dan taat. Bila suami doakan apa-apa hajat pun semua isteri amin kan. Maka dua-dua ada matlamat yang sama, ada doa yang sama. Senang nak capai Kejayaan & Matlamat kalau sama-sama berdoa ni.
The cycle will continue, Bila suami Dihormati, dia Automatic akan rasa bersalah kalau tak mencintai. Isteri bila di Cintai Automatic timbul rasa Hormat. Begitu lah seterusnya kitaran emosi dalam perkahwinan, asbab Solat Jemaah.
Jadi, kalau ada pasangan yang asyik2 nak gaduh, asyik-asyik tak sependapat, asyik suami nak marah. Ajak dia solat Jemaah. Susah lah kalau dah solat Jemaah hari-hari, nak gaduh jugak. Tak percaya cuba dulu 40 hari.
Bila kasih sayang ada dalam rumah, Rahmat Allah tu turun mencurah-curah. Allah Redha suami isteri yang berkasih sayang. Rezeki melimpah-limpah Allah turunkan.InsyaAllah.
Paling bagus pergi masjid bawak anak-anak sekali. Tapi kalau sibuk sangat mulakan di rumah dulu Subuh, Maghrib, Isya. Yela, waktu lain masing-masing dah busy dengan urusan masing2-masingkan. Waktu ni lah nak berkumpul family pun.
Dalam mendidik anak-anak, papa dan mama pastinya dambakan yang terbaik. Dapat melahirkan hafiz atau hafizah di usia muda bukan calang-calang orangnya. Kejayaan tiga adik-beradik anak kepada pasangan Dr. Kamil El Laboody dan isteri menghafal Al Quran pada usia muda iaitu sebelum umur lima tahun bukanlah satu kebiasaan.
Malah Tabarak Kamil El Leboody yang mula menghafal pada usia tiga tahun Berjaya melengkapkan hafazan ketika usianya 4 tahun 6 bulan. Tabarak diiktiraf sebagai hafiz termuda di Masjid Syu’aibi, Jeddah, Saudi Arabia, oleh Syeikh Dr. Abdullah Ali Bashfar, Ketua Umum Lembaga Kebangsaan untuk Tahfizhul Qur’anil Karim.
Anak kedua, Yazid Tamammudin El Leboody, juga berjaya melengkapkan hafalan 30 juz ketika usianya 4 tahun 6 bulan dan berjaya memecahkan rekod dunia dengan pencapaian terbaik 95 peratus. Yazid Tamammudin El Leboody menyatakan bahawa beliau tidak pernah menonton rancangan kartun.
Anak ketiga pasangan ini, Zeenah El Leboody yang merupakan anak perempuan juga berjaya melengkapkan hafalan 30 juz ketika usianya 5 tahun.
Mereka adalah 3 adik beradik dari pasangan suami isteri Dr. Kamil El Laboody dan Dr. Rasya Abdul Mun’in El-Gayyar ,berasal dari Mesir dan ketiga -tiga adik beradik ini menyelesaikan proses hafalan dirumah mereka sendiri.
Dr. Kamil El Laboody dan isterinya adalah seorang pensyarah , yang ketika itu mengajar di Batterjee Medical College, Jeddah, Saudi Arabia.
Pada 29 Ramadhan 1437H, Dr. Kamil El Laboody berkongsikan program khas yang digunakannya sehingga anak -anaknya berjaya menyelesaikan hafalan 30 Juz sebelum umur 5 tahun iaitu :
Ketika anak baru lahir dan umurnya 1 hari, perdengarkan Al Quran pada bayi setiap hari sebanyak 1 juz dan ulang sebanyak 5 kali.
Kemudian jika hari kedua, perdengarkan Al Quran juga dengan juz yang sama dan ulang sebanyak 5 kali.
Langkah ini berulang-ulang setiap hari selama 30 hari. Maka bayi telah mendengar 1 juz yang sama sebanyak 150 kali dalam tempoh 1 bulan.
Setelah masuk bulan ke 2, barulah masuk juzuk ke 2. Ulangi langkah yang sama setiap hari, sebanyak 5 kali dan berjalan untuk tempoh sebulan (30hari).
Setelah masuk bulan ke 3, barulah masuk juzuk ke 3. Ulangi langkah yang sama setiap hari, sebanyak 5 kali sehari dan berjalan untuk tempoh sebulan (30hari).
Maka, tempoh yang diperlukan untuk menamatkan mendengar bacaan Al Quran sebanyak 30 juz ,diulang 150 kali adalah 30 bulan atau 2 tahun 6 bulan .
Secara ringkasnya begini : Usia anak sehari -30hari : Juzuk : 1 Jumlah ulangan/hari : 5 Tempoh :30 hari Begitu juga seterusnya sehingga 30 juzuk.
Pilihlah bacaan dari para qari yang terkenal bacaannya fasih, seperti qari Syeikh Mahmud Khalil Al Hushari, Syeikh Shiddiq Al Minsyawi, atau para qari dari Saudi Arabia, seperti Syeikh Ali Al Hudzaifi atau Syeikh Muhammad Ayyub.
Selepas anak sudah tamat mendengarkan bacaan Al Quran 30 juz tadi pada umur 2 tahun 6 bulan ,maka mulakan ajarkan hafalan iaitu sehari separuh muka surat atau satu muka surat. Langkah hafalan ini diulang setiap hari sebanyak 5 kali.
Dengan kaedah seperti ini, tempoh yang diperlukan untuk anak menghafal Al Quran 30 juz adalah 1 tahun 6 bulan iaitu ketika usia anak 4 tahun jika istiqamah dan konsisten menghafal setiap hari.
Menurut Dr. Kamil El Laboody , mereka menyediakan 3 jenis hadiah untuk anak-anak mereka . Jenis hadiah itu meliputi jenis hadiah biasa, hadiah lebih menarik dan hadiah yang sangat menarik. Hadiah itu diletak di tempat yang tinggi dan dipamerkan pada anak-anak.
Berdoa kepada Allah Taala agar dimudahkan dalam membimbing anak kita dalam proses menghafal Al Quran 30 juzuk.
Seramai 8,909 pelajar berjaya ditawarkan ke 56 Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) di seluruh negara bagi kemasukan sesi 2025.Pengerusi Majlis Amanah Raya (Mara), Datuk...