Keibubapaan

Tak Payah Susah-Susah Ambil Dalam Plastik, DIY Bekas Pampers Paling Mudah!

Share

Waktu tengah malam nak tukarkan pampers anak, nak ambil pampers anak dari plastik pun boleh jadi kerja paling sukar. Dalam keadaan mamai, kerja yang mudah pun jadi payah. Mulalah tangan mengagau-ngagau cari benda tapi tak jumpa. Begitu kisahnya kalau ada anak kecil. Diy kotak-kotak terpakai antara hasil kreatif mama boleh cuba.

Hasil kreatif kakak kita ni, Puan Roslinda Mohd Rosli pasti buat ibu tak stress lagi di malam hari. Malah senangkan kerja ibu-ibu. Suami pun boleh sedar kalau stok pampers dah mula menyusut. Jom cuba!

Mudahkan Kerja Mama


Disebabkan kotak Mary Kay berlambak kat rumah, Ummi cuba mengkreatifkan diri. DIY kotak pampers untuk dua ketoi budak tu.

Lepas ni tak gaduh dengan abah dia dah sebab lupa nak bagitau pampers anak dah habis. Kuikuikui.

Pakai je kotak mana ada. Potong bahagian depan macam ni.

Tampalkan kertas pembalut hadiah, bagi kotak nampak kemas dan tak berserabut. Cantiklah sikit.

Hah dah siap, susun je pampers banyak-banyak dalam tu.

 

Published by
SRM