Anak kepada pasangan pelakon Aiman Hakim Ridza dan Zahirah MacWilson, Isaac Raees yang kini sudah berusia setahun lebih nampaknya dah semakin bijak.
Terbaru menerusi perkongsian Aiman Hakim, dia berkongsi gelagat comel anak sulungnya itu yang dah mula pandai bercakap dan tak pelat pun sebutannya.
Dalam video tersebut, Aiman dilihat sedang melayan Isaac dengan bermain sorok-sorok di sebalik langsir.
Kepetahan Isaac memanggil daddy berulang kali tanpa pelat menarik perhatian ramai. Dahlah dengan lesung pipitnya di kedua-dua pipi itu buatkan lagi bertambah geram.
Menerusi ruangan komen, rata-rata warganet memuji kecomelan Isaac.
“😍😍😍😍😍😍 dadidadidadidadi x50!!! Cute”
“Dah la comeyy pakej lagi lesung pipit😍”
“Tak pelat langsung..seusia Issac panggil daddy penuh..comel je”
“Halahhhhh comel plak dia maen peekaboooo dgn daddy dia❤️”
“Comell laa… mahal tu lesung pipit..”
Aiman Hakim dan Zahirah MacWilson mendirikan rumah tangga pada Februari 2020 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki Isaac Raees pada 5 Januari 2021.
Kredit: IG Aiman Hakim Ridza
Sikit-sikit, lama-lama jadi bukit. Ayuh, belajar cara didik anak untuk menyimpan sejak mereka kecil. Daftar sekarang di https://toko.ideaktiv.com/product/ajar-anak-simpan-duit/
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!