Apabila dah ada anak, perkara pertama mesti fikirkan anak dulu. Begitu juga bab orang yang menjaga anak bila keluar bekerja. Mesti kita nak yang boleh jaga sebaik mungkin agar anak sentiasa gembira.

Kalau dapat jaga anak sendiri dikira rezeki, tapi bagi pasangan yang perlu bekerja kekangan ini terpaksa dihadapi dan berharap yang baik-baik sahaja sepanjang berada di bawah jagaan orang lain.

Tak Percaya Hantar Anak Pada Pengasuh, Akim & Stacy Ada Cara Sendiri Untuk Jaga AnakBagi penyanyi, Akim Ahmad dia mengakui ada cara tersendiri dalam menjaga dua orang anaknya yang kian membesar.

Menurut Akim, dia dan isteri, Stacy sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga dalam memastikan keselamatan anak-anak mereka ketika berada di rumah.

IKLAN

“Sejujurnya saya memang tidak percaya untuk hantar anak pada pengasuh tanpa pantauan daripada pihak saya ataupun Stacy.

Tak Percaya Hantar Anak Pada Pengasuh, Akim & Stacy Ada Cara Sendiri Untuk Jaga Anak“Mungkin setiap orang ada cara tersendiri untuk menjaga anak namun bagi saya walaupun ada pembantu rumah namun kami masih memantau anak setiap kali keluar rumah.

IKLAN

“Saya dan Stacy mengambil langkah berjaga-jaga dengan meletakkan orang yang rapat dan percaya seperti saudara mara untuk berada di rumah bagi memantau apa yang berlaku jika kami keluar bekerja.

“Bukan tidak percaya tapi kami mengambil langkah berjaga-jaga kerana anak ini adalah tanggungjawab kerana perkara itu akan menyenangkan hati kami ketika melakukan kerja diluar.

IKLAN

Tak Percaya Hantar Anak Pada Pengasuh, Akim & Stacy Ada Cara Sendiri Untuk Jaga Anak“Mungkin apa yang dilakukan kami boleh dijadikan contoh pada orang lain di luar sana kerana kami tidak mahu menyesal dikemudian hari,” katanya.

Hasil perkongsian hidup, Akim dan Stacy dikurniakan anak perempuan, Eshaal, yang kini berusia 1 tahun 5 bulan. Mereka juga mempunyai seorang anak angkat, Bella, 6 tahun.

Sumber: astro gempak / ig akim & stacy

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI