Apabila dah ada anak, perkara pertama mesti fikirkan anak dulu. Begitu juga bab orang yang menjaga anak bila keluar bekerja. Mesti kita nak yang boleh jaga sebaik mungkin agar anak sentiasa gembira.
Kalau dapat jaga anak sendiri dikira rezeki, tapi bagi pasangan yang perlu bekerja kekangan ini terpaksa dihadapi dan berharap yang baik-baik sahaja sepanjang berada di bawah jagaan orang lain.
Menurut Akim, dia dan isteri, Stacy sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga dalam memastikan keselamatan anak-anak mereka ketika berada di rumah.
“Sejujurnya saya memang tidak percaya untuk hantar anak pada pengasuh tanpa pantauan daripada pihak saya ataupun Stacy.
“Saya dan Stacy mengambil langkah berjaga-jaga dengan meletakkan orang yang rapat dan percaya seperti saudara mara untuk berada di rumah bagi memantau apa yang berlaku jika kami keluar bekerja.
“Bukan tidak percaya tapi kami mengambil langkah berjaga-jaga kerana anak ini adalah tanggungjawab kerana perkara itu akan menyenangkan hati kami ketika melakukan kerja diluar.
Hasil perkongsian hidup, Akim dan Stacy dikurniakan anak perempuan, Eshaal, yang kini berusia 1 tahun 5 bulan. Mereka juga mempunyai seorang anak angkat, Bella, 6 tahun.
Sumber: astro gempak / ig akim & stacy