“Rasa macam tak percaya dikurniakan zuriat ketika usia mencecah 40 tahun” begitulah luahan isteri kepada pelakon Adam Corrie Lee iaitu Puan Fazema Fuad.
Puan Fazema atau mesra dipanggil Puan Fazi mengimbau detik awal bertemu jodoh bersama Adam Corrie ketika usia mereka masing-masing 40 tahun dan 30 tahun.
“Suami diberi cahaya dan kembali Islam pada usia 39 tahun. Bertemu jodoh dengan saya ketika beliau 40 tahun dan saya 30 tahun.”
Tambahnya lagi, dia bersyukur kerana terlalu banyak rezeki yang dikurniakan buat mereka sekeluarga.
“Rezeki usia yang diberkati, diberikan hidayah, iman, jodoh, zuriat dan lain-lain lagi yang tak terhitung.”
Menurutnya, 10 tahun menanti zuriat akhirnya membuahkan hasil apabila mereka dikurniakan cahaya mata sulung pada 4 tahun yang lepas. Bagi Puan Fazi, doa serta usaha diiringi tawakal adalah kunci kesabaran yang paling utama.
“Kami dikurniakan zuriat selepas 10 tahun. Alhamdulillah”
“Cepat atau lambat sahaja. Doa, usaha & tawakal. Syukur Alhamdulillah. Nikmat apa lagi yang kami dustakan”
“Terima kasih Allah, sayang & anak mak, Fateh. Sayang hingga syurga”
Adam mendirikan rumah tangga dengan isterinya, Fazema, pada 21 November 2008 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Adam Fateh Lee yang kini berusia 4 tahun.
Kredit: Adam Fateh Lee
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!