“Bagilah anak tu air masak sikit. Dia dahaga,” kata Makcik Senah pada anaknya yang baru bersalin.

“Mana boleh bagi baby minum air masak mak!”

Mungkin anda yang baru melahirkan anak jadi keliru mana satu nak ikut. Cakap ibu atau pesanan yang diberikan oleh doktor. Bukan hendak menderhaka pada ibu yang telah menjaga dan membesarkan kita tapi mungkin waktu itu tiada info diperolehi mengenai tidak boleh bagi bayi bawah 6 bulan minum air masak.

Jadi di zaman yang sudah serba moden dan pelbagai info boleh dapat tanpa sempadan, maka tak salah kalau kita tidak mengikut amalan yang dipraktiskan oleh orang tua zaman dahulu. Apatah lagi kalau ia boleh membawa keburukan pada kesihatan si kecil.  Di harap semua ibu yang ada bayi baru lahir berlapang dada menerima ilmu yang dikongsikan oleh Dr.Erna Nadia ini.

KENAPA TAK BOLEH BAGI AIR MASAK UNTUK BAYI BAWAH 6 BULAN?

Tak Perlu Bagi Bayi Bawah 6 Bulan Air Masak! Doktor Ini Beritahu Apa Sebab-Sebabnya

Soalan paling famous lah di kalangan ibu-ibu.

Dan yang paling biasa jawapan yang depa bagi adalah:

1. Mak sayalah yang suruh. Dia kata takut baby tu panas dalam sebab kurang air.

2. Alah, orang dulu dulu bagi elok saja. Doktor la ni saja kalut lebih.

3. Oloh! Bagi sikit saja pun. Saja nak bagi tekak depa tak kering.

Cliche kan jawapan ni semua?

Ok.

Meh nak habaq pasaipa tak boleh bagi air masak apatah lagi air oren pada bayi bawah 6 bulan.

1. Susu badan kita mengandungi 80% air.

-Tak perlu topup air masak dah sebab dah banyak dak kandungan air dalam susu badan yang Allah kurniakan percuma untuk semua ibu ibu di dunia.

2. Susu badan mengandungi nutrisi nutrisi yang cukup dan bagus untuk bayi anda.

-Tidak ada makanan, tidak ada susu formula, tidak ada vitamin tambahan yang boleh menggantikan atau meniru khasiat susu badan.

Subhanallah. Hebat ciptaan Allah.

Tak Perlu Bagi Bayi Bawah 6 Bulan Air Masak! Doktor Ini Beritahu Apa Sebab-Sebabnya

IKLAN

3. Air masak tidak mempunya nutrisi.

Sebaliknya boleh menyebabkan berlakunya jangkitan kuman atau intoksikasi kerana air mudah tercemar.

Bila anak anda merengek kerana lapar, beri dia susu badan. Jangan beri air masak kerana tidak ada nutrisi dan dia akan kenyang dengan air yang tiada zat. Kesian kan?

Perut bayi ni sangat kecil. Sebesar saiz telur sahaja. Jadi, bila dia minum sikit, dia jadi kenyang. Bila kita bagi air masak, dia akan kenyang dengan air masak sajalah. Tak ada nutrisi.

Bayi memerlukan nutrisi yang cukup untuk dia membesar dengan bijak dan sihat.

Jangan bagi air masak.

Jangan bagi puting.

Bila dia merengek, kita bagi puting. Apa yang dia dapat? Angin kosong saja.

Bila anak merengak, bagilah susu badan. Memang dia akan minum.

Ada setengah kata, dia minum sikit dan sekejap saja lepas tu dia lepas. Setengah jam mintak lagi.

Puan puan, saya dah kata perut bayi ni kecil. Dia minum sikit pun dah kenyang.

Susu badan adalah mudah hadam.

Selepas masuk ke dalam badan, susu badan itu akan digunakan sebagai tenaga dan nutrisi untuk dia membesar. Sebab tu dia mudah lapar.

IKLAN

4. Jika anda bagi bayi anda susu formula, tolong jangan ubah sukatan air ikut suka anda.

– Susu yang cair, bayi minum tak habis, nutrisi tak cukup untuk bayi.

5. Ada yang tanya tentang tahnik bayi.

– Kalau ikut sunnah, hanya secalis kurma dan air masak sahaja bukan sebiji kurma dan secawan air masak. Dan hanya perlu buat sekali sahaja semasa dia baru lahir.

Jadi,

Kalau air masak pun tak boleh, tentu tentulah air lain atau makanan lain lagi tak boleh.

Kesianlah bayi anda.

Baru beberapa hari menghirup udara dunia, kita dah sumbat macam macam.

Sabar.

Nanti bila dah besar, bagilah dia makan dan minum.

Untuk 6 bulan pertama, susu badan sudah mencukupi.

Bayi biasanya menangis sebab:

Tak Perlu Bagi Bayi Bawah 6 Bulan Air Masak! Doktor Ini Beritahu Apa Sebab-Sebabnya

IKLAN

1. Lapar

2. Tak selesa perut/kembung

3. Berak/kencing

4. Terlalu panas atau sejuk

5. Tak sihat seperti demam atau batuk

Periksalah bayi anda selalu.

Janganlah asyik salahkan jin jika anak anda asyik menangis tanpa henti.

Bawa bayi ke klinik atau hospital untuk pemeriksaan.

Jika ibu bapa anda menyuruh juga memberi air masak, terangkan dengan elok kepada mereka kenapa tak boleh bagi air masak. Insha Allah mereka faham.

Ingat ok, big NO NO to air masak untuk bayi bawah 6 bulan.

Saya sertakan link WHO untuk artikel ini sebab takmau ada orang kata saya ini suka gebang dan temberang

http://www.who.int/features/qa/breastfeeding/en/

Nota kaki : Allah kurniakan nikmat percuma untuk kita, kenapa kita masih suka membazir?

Selain dapat mengeratkan hubungan ibu dan anak, menyusukan anak boleh buatkan ibu menjadi slim semula insha Allah

Sumber: Erna Nadia

 

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI