Bila anak-anak mengadu bosan, ramai ibu bapa yang akan panik dan cepat-cepat beri penyelesaian kepada masalah anak yang bosan. Maka macam-macam mainan dibeli, gajet diberi sebagai pengisi masa atau terus mengarahkan anak berbuat itu dan ini.
Sebenarnya bukan penyelesaian segera sebegitu yang kita perlukan. Sifat panik dan kemudian beralah dengan memberi penyelesaian langsung kepada anak sebenarnya hanya memuaskan ego kita sebagai ibu bapa. Mungkin sebab kita kurang beri perhatian kepada anak-anak secara peribadi, kita terus bertindak balas dengan anak – selalunya didorong rasa bersalah (damage control).
Menghadapi kebosanan adalah satu kemahiran yang penting dalam perkembangan anak-anak! Cara mereka menghadapi kebosanan akan membentuk kemampuan mereka untuk meneroka imaginasi, membina keyakinan diri, ‘self assertion’ (kemampuan menguruskan keinginan sendiri), individuation, menguasai inisiatif sendiri (mengenalpasti masalah, meneroka segala kemungkinan dan mencuba penyelesaian yang difikirkan sendiri).
Bila anak mengadu bosan, jangan terus ‘react’ tetapi ‘reflect’ dulu. React – terus bagi penyelesaian. Reflect – guna teknik “Wait, Watch dan Wonder”
WAIT – beri anak-anak masa untuk merasa bosan. “Jangan terus bagi first hand solution”
WATCH – perhati bagaimana dia menguruskan perasaannya sendiri. Duduk di sisinya dan mendengar pun suatu langkah besar dalam mendidik mereka menguasai kemahiran ini. Setiap minit dia bertahan dengan perasaan ‘bosan’ tanpa menangis atau merengek sebenarnya adalah ‘learning period’ untuknya.
WONDER – bantu dia mengenalpasti perasaan tersebut dan beri dia ruang meneroka penyelesaian. Tunjukkan hint jika perlu tetapi jangan beri jawapan.
“Adik rasa bosan macam mana?” Papa pun kadang-kadang rasa bosan..tak tahu nak buat apa?
Fahami apa erti bosan pada mereka – mungkin kebosanan itu bukan sebab tidak ada apa yang hendak dimain tetapi hendakkan perhatian kita/ hendakkan rakan sepermainan.
Ransang pemikirannya untuk cari penyelesaian sendiri.
“Kalau papa bosan, Adik rasa apa papa boleh buat?”
“cuba tengok sekeliling, apa yang adik rasa adik boleh buat”
“jom kita pusing keliling rumah, tengok kalau-kalau ada ubat untuk bosan, kalau ada, Adik ambil dua sebab papa pun nak guna kalau papa bosan nanti”
“cuba papa geletek kaki adik, selalunya nanti akan keluar idea..”
Gunakan kreativiti anda untuk merangsang kreativiti mereka. Barulah sel-sel otak mereka berhubung!
Nak didik anak mampu menguasai kebosanan, kita juga perlu ada kemahiran itu. Kalau kita 24 jam isi masa lapang dengan telefon, gajet, televisyen (sebab kita sendiri tak tahan bosan), jangan harap anak-anak boleh hadapinya sendiri. Itu masalah genetik namanya!
Sumber: Dr Rozanizam Zakaria
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI