Aidilfitri semakin menghampiri, pastinya pelbagai juadah manis seperti kek, biskut, dan kuih raya menjadi hidangan wajib di setiap rumah.
Antara kek yang semakin mendapat perhatian ialah Kek Planta Rainbow, bukan sahaja kerana warnanya yang menarik, tetapi juga teksturnya yang gebu dan lembut.
Menariknya, seorang wanita telah berkongsi resipi daripada Chef Azmin Zain yang unik kerana tidak menggunakan bahan penaik langsung! Walaupun tanpa baking powder atau soda bikarbonat, kek ini tetap naik cantik dan gebu. Jom cuba resipi istimewa ini!
IKUTI PERKONGSIAN INI.
Alhamdulillah saya dah try buat resepi dari chef Azmin zain kek planta rainbow Tanpa bahan penaik tapi ia tetap naik gebu dengan jayanya
» pukul majerin dengan gula sehingga gebu » masukkan telur sebiji demi sebiji sehingga abis » masukkan esen vanilla » masukkan tepung sikit demi sikit diserta sekali dengan susu cair selang seli » bagikan beberapa bekas ikut warna kesukaan kita » sapukan loyang dengan majerin dan lapikakan kertas minyak » ambik setiap adunan dalam 2 3 sudu ulang sehingga abis » hentak2kan sikit bagi udara keluar » ambik lidi bersih dan lorekkan kat permukaan adunan tadi
Ads
Saya guna loyang saiz 7 bakar suhu 160 api atas bawah 1jam 20minit..bergantung pade oven masing-masing ye.
Try dulu bakar suhu 160 45 minit. Ambik lidi bersih cucukkan kat permukaan tengah..bila keluarkan lidi bersih cantik bermakna kek dah masak. Tips nak kek sedap simpan seharian baru sedap lembab2 moist. terimakasih chef atas resepinya.
Dadih pencuci mulut paling mudah dan cepat disediakan. Hanya guna dua bahan utama iaitu susu dan agar-agar, pastinya dadih akan menjadi menu kesukaan anak-anak. Bukan sahaja kanak-kanak yang suka, orang dewasa pun akan menggemarinya kerana rasanya yang mengamit kenangan masa kecil.
Teksturnya yang lembut dan mudah cair dalam mulut ini mungkin boleh dijadikan salah satu juadah berbuka puasa lagi-lagi dalam keadaan cuaca yang panas.
Resepi yang dikongsikan oleh Afieyza Isahak ini hanya dengan menggunakan susu full cream. Confirm sedap!
Dadih Susu full cream
Sungguh, sangat-sangat sedap! Macam dadih yang dimakan masa kecil-kecil dulu. Teksturnya yang lembut. Bila masuk mulut, percikkan dia itu buat kita imbau kembali kenangan masa lalu. Rasa sejuk yang turun ke tekak perlahan-lahan. Perghh, syahdu baq hang!
Okey, Cik Fieyza salin resepi di sini andai ada yang belum pernah buat. Tak rugi cuba! Kredit resepi untuk Puan Niswah Hasina.
Bahan-bahan
1 liter susu kotak (Ducth Lady Full Cream Milk)
Agar-agar tali 20 gram. Guna 1/3 saja.
Gula ikut kemanisan sendiri
Garam secubit rasa
1 liter air masak/tapis – untuk masak agar-agar
Cara-cara
1. Masak agar-agar bersama air masak sehingga larut.
2. Kemudian, masukkan gula, garam dan susu kotak. Kacau sebati dan suaikan dengan citarasa anda. Cukup sampai naik wap dan boleh tutup api.
3. Biarkan sejuk sedikit, kemudian tapis ke dalam bekas dan simpan dalam peti ais.
Meskipun anda dan pasangan merupakan ibu bapa yang sangat cermat, akan ada juga masa di mana situasi tidak dapat dikawal dan akhirnya si kecil anda jatuh sakit. Walau bagaimanapun, anda tidak perlu khuatir sekiranya bayi anda dijangkiti penyakit-penyakit biasa yang akan sembuh seiring dengan peredaran masa. Apa yang anda perlu lakukan adalah menjaga bayi anda dan ubah sedikit diet seharian mereka.
Berikut merupakan beberapa perkara yang ibu bapa perlu tahu untuk menjaga pemakanan bayi yang sakit:
Bagaimanakah anda perlu menyusukan bayi anda yang sakit?
Penyusuan badan merupakan cara utama untuk membekalkan bayi anda yang masih lemah dengan antibodi dan nutrien penting. ini sangat diperlukan untuk anak anda menguatkan sistem imun dan melawan bakteria. Oleh itu, teruskan memberi bayi anda susu badan. Anda juga boleh memberikan mereka susu formula tetapi bukan pada kekerapan dan jangka masa yang lama. Ini kerana bayi yang sedang sakit cenderung untuk muntah setiap kali selepas sesi penyusuan.
Perlukah anda terus menyuapkan makanan pejal kepada mereka?
Anda boleh terus menyuapkan makanan pejal kepada bayi anda selagi makanan tersebut mudah untuk dihadam, mengandungi nutrien yang tinggi dan bayi anda masih mahu untuk memakannya.
Apakah yang perlu dilakukan sekiranya mereka tidak mahu makan makanan pejal?
Jangan memaksa mereka untuk makan sebaliknya tukarkan diet bayi anda daripada makanan pejal kepada minuman sekiranya mereka tidak berselera untuk makan. Ini mungkin menunjukkan badan mereka terlalu letih untuk menerima sebarang jenis makanan. Ketika ini, anda perlu memberikan makanan cair atau minuman yang tinggi nutrisi dan pastikan mereka kekal berhidrasi.
Apa yang perlu diberikan kepada bayi anda yang sedang sakit?
Pakar perubatan menyarankan ibu bapa untuk mengubahsuai sedikit sajian bayi anda bergantung kepada jenis penyakit mereka:
Batuk dan demam selsema: tingkatkan pengambilan vitamin C mereka dengan menambahkan bawang merah, bawang putih dan pelbagai makanan kaya vitamin C yang lain. Jika bayi anda berusia 1 tahun ke atas, anda juga boleh berikan mereka air suam bercampur madu. Produk tenusu tidak disarankan kerana ia akan mengakibatkan senak perut dan meningkatkan penghasilan mukus.
Sakit perut: tingkatkan pengambilan cecair dan berikan makanan yang mudah untuk dihadam. Doktor juga mungkin mencadangkan kanak-kanak yang yang mengalami sakit perut untuk mengikut diet BRAT (banana-rice-apple-toast).
Proses penyembuhan
Selera bayi anda akan kembali setelah mereka sembuh. Walau bagaimanapun, anda tidak perlu tergopoh-gapah dan memaksa mereka untuk mengikut diet sajian yang anda mahukan selagi mereka masih belum bersedia. Berhubunglah dengan doktor anda untuk memberikan vitamin atau suplemen bagi mempercepatkan proses penyembuhan bayi anda.
Anak-anak memang suka minum manis, kalau diminta untuk minum air kosong memang jenuh nak suruh. Tapi tak dinafikan ramai ibu bapa hari ini sudah peka dengan keadaan tersebut menjadikan anak-anak suka minum air kosong.
Mungkin masih ada yang tidak tahu bahawa air manis yang diambil oleh kanak-kanak boleh menyebabkan anak menjadi seorang yang cerewet dan memilih makanan. Seperti yang diceritakan oleh Pakar Pemakanan, Puan Fizah Sobri di Facebook Happy Baby Foods Malaysia.
Menurut pakar ini, air manis yang diambil oleh anak-anak boleh menjadi penyebab si kecil kurang berat badan. Selain itu juga pengambilan air manis yang kerap juga boleh membuatkan anak kekurangan nutrisi untuk tumbesaran mereka.
ANAK MINUM TEH O BOLEH JADI KURANG BERAT
Satu kes kanak kanak dirujuk kepada saya sebab kurang berat sehingga sudah sentuh ke garisan merah.
Si abg usia 5 tahun tapi berat baru 10kg
Kerap selsema, demam dan batuk.
Boleh dikatakan sekali sebulan mesti ada.
Ibu suri rumah jaga dua orang anaknya, tidak hantar ke taska,maka semua makanan anak anak akan disediakan di rumah
‘Tak tahula Puan, macam macam saya dah kenalkan, macam macam resipi saya dah buat tapi last makan 2 -3 suap je’
” Takpe meh kita tengok apa kemungkinan puncanya”
Sambil sedang korek sejarah diet anak..tiba tiba si abg merengek nak balik
Bad mood terpaksa bangun awal ke klinik jumpa doktor.
Ibunya taknak bagi anaknya merengek keluarkan satu botol susu dari beg kartun abgnya dan bagi abg untuk minum
Bulat mata saya pandang..bukan sebab 5 tahun masih minum dalam botol susu tapi apa yang terkandung dalam botol susu tersebut
Penuh air teh O…size 10oz penuh sampai atas dengan air tersebut.
‘Puan selalu bagi air teh O ke anak?’
” Tak jugak, kadang kadang saya selang seli dengan air sirap, air ribena, atau air glukos..risau kalau saya tak bagi air berperisa lagi tak naik berat badan anak. Dia dah tak minat susu”
Salah satu punca anak boleh memilih makan atau makan ikut mood adalah sebab AIR MANIS
Mengapa air manis boleh menjadi pencetus picky eater dan berat anak sukar untuk naik?
No.1 Kandungan zat sangat kurang
Air manis hanya gula semata mata. Maka kalori yang datang dari sumber gula sahaja tiada zat lain.
Jika banding sengan satu hidangan susu full cream (1 cawan 240ml) dan Teh O, kalori dalam satu cawan susu 2 kali GANDA lebih tinggi.. 120kcal vs 60kcal.
Bukan tu je…dalam susu ada lagi pertambahan protein, zat lain seperti kalsium, zat besi yang penting untuk pertumbuhan anak banding dengan teh O yang hanya ada gula.
No 2. Menggalakkan anak suka rasa manis
Kerap pengambilan air manis akan membuat anak biasa dengan rasa manis maka makanan lain yang tidak manis akan ditolak tepi seperti nasi, pasta, roti, sayur semua akan ditolak tepi sebab tak rasa manis macam air nya. Secara tak langsung kita train anak makan minum manis sahaja…kalau makanan sihat dah tolak tepi macam mana nak naik berat?
No 3. Mengandungi bahan yang halang zat penting diserap
Kopi o, teh o mengandungi kafein yang boleh menghalang zat besi diserap masuk dan akhirnya jadi iron deficiency anemia. Kekurangan zat besi ini boleh menyebabkan anak kurang selera makan, dan akibat kurang Hemoglobin boleh juga dan zat lain sebab tak makan sihat boleh membuat anak senang sakit
Maka mak ayah perlu elak sebolehnya dari pemberian air manis kepada anak dalam bentuk botol atau botal air di mana anak boleh minum tanpa had.
Had kan pemberian air dan makanan manis..jika nak beri bagi dalam bentuk semulajadi seperti buah buahan, fresh fruit juice, ais krim buah dan yoghurt, pudding/jelly/agar agar buah.
Bukan sahaja dapat membantu naikkan selera anak makan tapi pada masa sama memberi zat yang diperlukan untuk pertumbuhan dan kekuatan immuniti badan.
Untuk pelbagai resipi sihat mak ayah boleh join group Happy Baby Foods Malaysia di mana resipi yang diberi kepada anak anak adalah dari bahan natural dan bebas gula serta garam tapi sedaaaaapppp..
Sekian
Dietitian Fizah Sobri
Your friendly neighbourhood dietitian
Kisah benar seorang ibu tentang bagaimana karies botol menyebabkan semua gigi anaknya terpaksa dicabut melalui pembedahan. Ketahui punca, perjalanan emosi dan tips elak masalah sama.