Tak Perlu Bandingkan Anak Sendiri Dengan Anak Orang Lain. Dia Adalah Dia, Semua Pandai!

Share

Hentikan budaya membanding-bandingkan anak orang dengan anak kita. Sepatutnya ibu bapa perlu meyakinkan anak-anak dan menghargainya dengan cara didikan keluarga kita.

Namun masyarakat kita ada satu budaya yang menjadikan anak orang lain sebagai kayu pengukur kejayaan anak-anak mereka tidak kira dalam akademik, personaliti dan sebagainya sehingga merasakan anak orang lain lebih baik daripada anak mereka sendiri.

Tindakan membandingkan menyebabkan anak berasa tak dihargai oleh orang yang paling rapat dengan mereka di rumah. Inilah antara faktor menyebabkan konsep ‘Rumahku Syurgaku’ tidak dapat direalisasikan apabila anak semakin meningkat usia kerana mereka kan mencari jalan untuk meluahkann bersama rakan sebaya yang lebih memahami.

Ingat anak kita semuanya bagus dan hebat! Didikan ibu bapa dan suasana dalam rumah itu yang akan merealisasikan impian kita untuk lihat anak kita jadi hebat.

Berikut perkongsian dari Firdaus Shakirin mengenai kenapa ibu bapa jangan sesekali bersikap sedemikian.

Usah bandingkan anak kita

Saya tak pernah bandingkan anak saya dengan anak orang lain…

Kalau dia nampak macam lambat sikit dari orang lain, its ok…kalau dia nampak macam tak selevel dengan orang lain, its also ok…dia adalah dia, berdasarkan kemampuan dan keterbatasan dia…

Bila dengar anak orang lain dah boleh buat itu ini, anak kita belum lagi, maka its good for them…do i feel bad about it? nope…sikit pun tak rasa,

“Kenapa la anak aku ni lain…kenapa la anak aku tak mcm anak dia…”

ARTIKEL MENARIK [Rahsia Anak Soleh, Bangun Pagi Peluk Sekurangnya 3 Kali & Usap Kepala Sambil Selawat]

Persoalan “kenapa” itu tiada dlm fikiran kerana kita nak dia jadi diri dia sendiri, what he or she capable of…saya tak pernah sesekali suruh dia jadi seperti kawan sebayanya…

“Tgok dia tu dah bleh buat mcm2, kau apapun tak reti, nk kena ajar berkali2…”

Anak jadi tak yakin

Anak akan membesar dgn kurang keyakinan terhadap diri sendiri dan dia sendiri meragui kemampuannya sendiri bilamana kita kerap membandingkannya dgn org lain…

Cara anak itu dibesarkan lain, persekitaran anak itu lain, didikan anak itu lain…

Teruskan mendidik dan membimbing anak kita mengikut cara yg kita rasa, baik utk dirinya dan bukannya meniru cara org lain supaya anak kita tu jadi sama mcm anak org lain…

Perkembangan setiap anak itu berbeza, mereka ada fasa mereka tersendiri…

Sumber: Firdaus Shakirin

Published by
Wan Amy