Dalam tempoh tumbesarannya, bayi tidak memerlukan terlalu banyak mainan. Ibu ayah seharusnya mencari mainan yang dapat merangsang skil serta deria mereka. Bayi sukakan aktiviti yang memerlukan mereka menggenggam, melempar, mengetuk atau memasukkan sesuatu ke dalam bekas.
Tahap penglihatan bayi baru lahir terhad iaitu kurang 6 inci dari mukanya. Jadi adalah penting menyediakan permainan yang mempunyai warna kontras iaitu hitam dan putih sebagai permulaan permainan buat si kecil. Warna sebegini mampu merangsang penglihatannya.
Tetapi setelah bayi berusia dua bulan, kemahiran penglihatannya telah berkembang. Jarak penglihatan bayi anda bertambah dan mulai boleh melihat pelbagai warna. Jadi anda boleh mulai membeli permainan yang mempunyai warna terang misalnya merah, biru dan kuning.
Baca Juga:
“Jadi Ibu Lebih Banyak Menangis Dari Ketawa.” Ramai ‘Relate’ Tengok Video Nourul Dalam Kereta
Air Mata Jadi Bukti. Rindu Arwah Ayah, Diam-Diam Adik Ni Menangis Tengok Video Lama
“Siapa Tahu Apa Dadija Cuba Sampaikan?”. Video Anak Tomok Membebel Buat Ramai Terhibur. Kecoh!
Bayi masih kecil. Kulit amat sensitif. Dia memerlukan permainan kain lembut yang tidak mencederakan kulitnya. Biasannya permainan ini merangkumi buku jenis kain dan anak patung kain. Pastikan juga buku itu mempunyai imej yang tidak terlalu banyak dan tidak mudah terkoyak.
Lebih menarik buku ini boleh mengeluarkan bunyi muzik yang menenangkan si manja. Bunyi-bunyian ini akan dapat merangsang deria pendengarannya dan perkembangan bahasa anak jika anda menceritakan isi kandungan buku itu. Busy book juga pilihan mainan yang baik untuknya.
Anda juga perlu tahu bahawa bayi yang masih kecil belum mengalami perkembangan deria genggam dengan baik (kemahiran fizikal). Jadi anda boleh memperkenalkan permainan yang merangsang perkembangan fizikalnya.
Perkenalkan permainan yang lembut supaya ketika bayi meniarap dia akan menggerakkan badan, tangan dan kakinya untuk mencapai permainan yang diletakkan di hadapannya. Gerakan ini mampu merangsang mindanya untuk aktif dan cergas.
Baby mobile berwarna-warni dan mengeluarkan bunyi-bunyian mampu menarik perhatian si kecil. Mainan ini boleh merangsang fungsi penglihatan dan pendengaran si manja. Baby gym boleh membantu anak mengembangkan koordinasi gerakan tangan dan mata. Permainan yang boleh dipegang dan diramas berbentuk boneka atau bola yang diperbuat dari bahan yang lembut.
BAYI HINGGA 2 TAHUN AKAN BERMAIN APA SAHAJA BENDA YANG BOLEH DICAPAINYA. CARA MEREKA BERMAIN ADALAH MELALUI SENTUHAN, BUNYI, BAU DAN RASA. MEREKA CUBA MENOLAK MENARIK DAN MENGHEMPAS ATAU MEMUKULNYA. MEREKA JUGA SENGAJA MENJATUHKAN ALAT PERMAINAN DAN KEMUDIAN CUBA MENGAMBILNYA DENGAN PELBAGAI CARA.
Permainan blok ini melibatkan bayi menyusun kepingan-kepingan atau bongkah-bongkah yang dipisahkan. Permainan ini juga mengasyikkan dan dapat meningkatkan kreativiti kerana blok ini melibatkan imaginasi dan daya pemikiran.
Permainan blok ini sesuai untuk meningkatkan kemahiran motor halus, melembutkan jari dan keupayaan kognitif yang amat tinggi. Ini kerana, jika kepingan yang cuba dicantumkan ini tidak berjaya dicantumkan, anak kecil ini akan cuba lagi untuk membuatnya berulang kali.
Ia permainan yang amat menyeronokkan. Anda boleh gunakan patung pupet untuk berbual dengan mereka. Boleh guna patung pupet yang boleh dimasukkan tangan di dalamnya. Si manja tentu seronok!
Mainan ini menggalakkan bayi untuk menggunakan pemikiran untuk menyusun objek mengikut saiz dan urutan. Apa pun pilih material yang selamat dan tiada bucu tajam.