Tak Perlu Beli Buku Mahal, Ibu Ini Kongsi Tekniknya Ajar Anak Membaca Cepat!

Share

Ramai ibu merungut, anak usia 6 tahun masih belum dapat membaca dengan baik. Selain itu, ada lagi yang tertukar suku kata. Dah beli macam-macam buku dari yang murah sampailah yang mahal pun anak tak menunjukkan minatnya.

Jika hanya risau tapi tiada penyelesaian, ia tak akan membantu. Ibu mesti tahu teknik yang betul kerana anak-anak kita sambil bermain dia boleh serap apa yang dipelajarinya. Lagi satu jangan ambil masa yang lama untuk satu slot membaca kerana anak mudah bosan. Nak tahu bagaimana tip yang digunakan oleh Puan Azila Ghani mengajar anak membaca cepat, berikut adalah perkongsiannya.

Saya nak kongsi cara saya ajar anak belajar membaca. Sebenarnya kan, sebelum ajar anak membaca ni ada benda kita kena buat. Macam sebelum menulis la, ada benda lain lagi yang kita kena buat. Tapi sekarang kita fokus untuk membaca. Kan masuk bab tu sampai esok tak habis..

To be honest, saya ajar anak guna kaedah fonik. Dan saya join kursus dengan pengasas fonik untuk kuasai kaedah ni. Tapi jangan bimbang. Kalau mommies nak ajar anak ikut kaedah mengeja suku kata pun, cara saya ni masih lagi boleh ikut. Okay..saya kongsi step-by-step ya.

1) “READ ALOUD”
Bacakan buku untuk anak sejak mereka kecil. Seawal 6 bulan pun mommies dah boleh bacakan mereka buku cerita.

“Kajian menunjukkan bayi yang dibesarkan dalam keadaan yang selalu dibacakan buku cerita seawal usia 6 bulan & sering berkomunikasi akan memiliki penguasaan kosa kata yang lebih banyak.”

Beri masa dulu untuk anak pandai bercakap, pandai dengar arahan sebelum ajar mereka membaca. Ikut OT yang saya follow pun, tak perlu ajar abc, 123 bawah 2-3 tahun tu. Fokus perkembangan lain dulu tau mommies.

2) DENGAR LAGU
Irama dan lagu ni sangat bagus untuk otak anak. Tambah bila mereka menari sekali.
Untuk fonik saya dengarkan anak lagu “Abu Ada Ayam”. Ini link video ya kalau mommies nak tengok; https://youtu.be/-FPD_b_Zuik

Kalau tak guna fonik, menari dan berjoget dengan lagu abc pun boleh.

3) BERMAIN DENGAN HURUF
Okay yang ni kami buat banyak aktiviti. Setiap huruf tu akan ada aktiviti dia sendiri. Contoh macam A untuk ayam. Kami guna kulit telur ayam untuk tampal pada kertas. Telur tu biar anak sendiri yang kupas.

Saya suka kalau aktiviti tu dapat rangsang sekali motor halus, motor kasar, koordinasi mata-tangan anak.

Then, boleh juga buat aktiviti tabur huruf, bunyikan atau sebut, then anak cari. Eh, banyaklah game boleh direka.

 

4)PART GABUNG BUNYI
Kami guna fonik jadi sebut gabung bunyi. Kalau mengeja pun boleh. Part sini saya diy muka hello kitty tu. Letak huruf satu-satu.

/beh/ kawan dengan /aa/ jadi “ba”. Atau kalau mengeja ‘b’ kawan ‘a’ jadi “ba”.

Kalau tak nak diy & nak cari yang lebih menarik lagi silalah mommies cari yang namanya flip-card wow.

5) AKTIVITI SUKU KATA
Okay kalau anak dah boleh sebut gabungan dua huruf, banyakkan lagi aktiviti mereka. Contoh ada dekat gambar. Suka part bahagian badan sebab banyak sangat jumpa suku kata terbuka.

Da-hi
Pi-pi
Da-gu
………..ka-ki

Ya..belajar dengan buku best. Tapi budak-budak kan, buat aktiviti lagi diaorang seronok.
Saya pula style suka bawa keluar apa yang ada dalam buku tu. Buat jadi benda maujud. Pegang, sentuh, rasa dll.

6) MEMBACA DI MANA-MANA
Bila anak dah boleh membaca sikit-sikit, selalulah ajak anak membaca bersama-sama. Contohnya mommies baca satu ayat dalam buku, bagi anak sambung ayat kedua. Fun kan?

Tampal poster-poster bacaan yang anak mudah lihat. Membaca bukan hanya di buku ya.

7) JANGAN STRESS, JANGAN GUNA KAEDAH ‘DRILLING’. MAKE IT FUN.
Last but not least, itulah dia. Jangan stress mommies. Bila kita stress anak tahu dan boleh stress sama. Fikir untuk buat aktiviti menarik minat anak. Selalu peluk & puji.

Kalau tanya saya dulu, aktiviti yang dibuat hanya ambil masa 5-15 minit sehari. Selebihnya bermain, bermain dan bermain. Sedar-sedar, eh, dah lancar dah dia membaca.

Semoga mommies dapat manfaat daripada sharing saya. Terima kasih sudi baca sampai habis.

Kredit: Azila Ghani

Peranan ibu ayah dalam kehidupan anak-anak sangat besar. Setiap apa yang kita sediakan untuk anak menentukan masa depan mereka. Itulah sebabnya kita dianggap seperti SUPERHERO pada mereka. Dengan hanya RM20, banyak ilmu yang akan mama papa dapat. Yang paling best, akan dapat AKAUN SSPN secara automatik!

Untuk mendaftar, klik https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-detik-indah-bersama-si-manja/

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Published by
Wan Amy