Tak Perlu ‘Beria’ Mandikan Bayi Baru Lahir, Cukup Guna Cara Ini Sahaja

Share

Mempunyai baby comel pasti impian setiap pasangan yang berkahwin, tidak kira sama ada baby comel itu lelaki mahupun perempuan. Namun, dalam keseronokan mendapat baby comel, anda seharusnya tidak mengambil mudah aspek penjagaannya, terutama apabila ia berkaitan dengan kulit, penggunaan produk yang bersesuaian dan masalah kulit yang mungkin dialami oleh baby comel anda.

Keadaan kulit biasa bagi bayi baru lahir

Bayi baru lahir mungkin mengalami banyak masalah kulit memandangkan kulit mereka sedang mengadaptasi persekitaran di luar rahim. Jika dirawat dengan betul, kecacatan kulit tersebut akan hilang dari semasa ke semasa dan membentuk kulit yang cantik dan mulus.

Berikut adalah masalah kulit paling biasa dalam kalangan bayi baru lahir:

  1. Milia

Disebabkan oleh rembesan kelenjar kulit, benjolan kecil putih atau kuning ini, yang berada pada muka bayi, sebenarnya adalah sista yang diisi dengan keratin dan sebum. Milia juga boleh berlaku di gusi. Berita baiknya adalah keadaan ini akan hilang dalam beberapa hari atau minggu pertama tanpa memerlukan sebarang rawatan. Minyak dan krim boleh memburukkan keadaan tersebut.

  1. Miliaria (juga dikenali sebagai “ruam panas” or “panas berduri”)

Berbentuk seperti lepuh kecil diisi cecair (atau nanah) atau benjolan merah di belakang, dada atau ketiak bayi, miliaria disebabkan oleh kelenjar peluh di dalam kulit yang tersumbat. Keadaan ini paling berkemungkinan ditemui di iklim panas dan lembap atau jika bayi dipakaikan pakaian yang terlalu tebal.

  1. Cradle cap (penyakit kulit/dermatitis seboroik)

Cradle cap ialah keadaan kulit di mana penghasilan sebum yang terlalu banyak menyebabkan sel-sel kulit melekat, yang secara normalnya, tidak menyebabkan penghasilan tompok kuning berminyak atau keras di kepala bayi.

  1. Jerawat

Lebih kurang 30% bayi baru lahir mempunyai jerawat dalam tempoh 4 bulan pertama (kebanyakannya bermula selepas 2 minggu). Pakar percaya bahawa kemunculan benjolan merah atau putih ini adalah disebabkan oleh transmisi hormon ibu kepada bayi. Memandangkan keadaan ini boleh hilang sendiri, tiada keperluan kepada minyak atau krim yang boleh memburukkan lagi keadaan.

  1. Eritema toksikum (secara umumnya disebut sebagai “E tox”)

Keadaan ini dicirikan oleh ruam percikan merah (sebahagiannya mempunyai benjolan putih kekuningan di tengah) yang kebiasaannya berada di belakang, muka, dada atau lengan bayi. Berita baiknya adalah ia tidak membahayakan dan kebiasaannya hilang dalam tempoh beberapa bulan.

  1. Tanda lahir

Sesetengah tanda lahir hilang dengan sendiri manakala ada juga yang kekal seumur hidup. Tanda lahir yang kerap berlaku ialah:

Tompok Mongolia: Ia berlaku dalam lebih 90% dari orang Asia, orang asli Amerika, Afrika Amerika dan bayi Hispanik. Ia adalah tanda lahir berwarna hijau kebiruan atau sinar kebiruan yang paling kerap ditemui di belakang atau punggung bayi. Tanda lahir ini adalah berbentuk leper dan kebiasaannya hilang dalam tempoh 2 tahun.

Tanda lahir gigitan bangau merah jambu: Ini adalah tanda lahir leper berwarna merah jambu yang berlaku di jambatan hidung, di bawah kelopak mata atau di belakang leher. Tanda tersebut boleh dirujuk sebagai “ciuman malaikat” jika ia berada di depan atau “gigitan bangau” jika di belakang.

Hemangioma infantil (atau strawberi): Diperbuat dari saluran darah, tanda lahir berwarna merah ini bertambah saiz dan ketinggian dari semasa ke semasa. Kebiasaannya bermula antara umur 2-4 minggu. Ia mungkin mengambil masa sehingga 8 tahun untuk hilang jika tidak dirawat.

Penjagaan baby comel: Aspek penjagaan kulit

Kulit bayi sentiasa sensitif dan perlu dijaga dengan rapi untuk mengelakkan masalah kulit seperti iritasi, kering, melecet atau ruam. Berikut adalah beberapa tip yang anda boleh amalkan untuk mengekalkan kulit baby comel anda dalam keadaan licin, lembut dan mulus.

  1. Memikirkan semula waktu mandi

Bagi waktu mandi, anda perlu ingat bahawa:

  • Anda tidak perlu menyabunkan seluruh badan bayi anda. Gunakan span mandi di sekitar kawasan lampin, mulut, paha dan pipi sudah mencukupi.
  • Pilih pembersih cecair ringan iaitu sabun bebas bau dan pewarna. Jenis ini tidak akan mengeringkan kulit bayi atau menyakitkan mata.
  • Elakkan sabun buku atau mandian buih.
  • Pegang kepala anak anda.
  • Periksa suhu air jika terlalu panas sehingga boleh membahayakan anak anda.
  • Jangan sesekali meninggalkan anak anda semasa mandi. Ia boleh menyebabkan kemalangan yang tidak diingini.
  1. Lindungi dari cahaya matahari

Jika baby comel anda berusia kurang dari 6 bulan, anda harus cuba melindunginya dari cahaya matahari langsung seboleh mungkin terutamanya antara pukul 10 pagi dan 4 petang iaitu waktu di mana cahaya matahari paling kuat.

Apabila sudah melebihi 6 bulan dan anda perlu keluar di siang hari, anda perlu:

  • Menutup kulit bayi anda menggunakan topi atau baju lengan panjang dan seluar panjang.
  • Pakaikan mereka cermin mata hitam dengan perlindungan ultraviolet (UV).
  • Gunakan pelindung matahari ke atas kawasan kecil yang mungkin susah untuk dilindungi dengan baju seperti muka dan tangan. Jangan biarkan pelindung matahari bersentuhan dengan mata. Gunakan semula setiap 2 jam atau selepas bayi membuang air kencing.
  1. Pelembap

Kulit anda perlu dalam keadaan lembap, begitu juga kulit baby comel anda. Berbanding menggunakan losyen, anda patut fikirkan tentang krim atau salap (ointment)  pelembap bebas pewangi kerana losyen biasa lebih berkemungkinan untuk merengsa kulit bayi yang sensitif. Anda boleh menyapu krim atau salap tersebut selepas memandikan anak anda untuk  mengekalkan kelembutan serta kelicinan kulitnya. Jangan lakukannya dengan kerap. Dua kali sehari mungkin sudah mencukupi jika kulit anak anda agak kering, cuaca sejuk dan kering atau jika anak anda mengalami ekzema.

  1. Melegakan kawasan yang sensitif

Kulit di kawasan lampin kebiasaannya basah dan cenderung kepada alahan. Anda boleh melegakan kawasan sensitif ini dengan beberapa tip berikut:

  • Tukar lampin dengan kerap.
  • Gunakan kain lap atau tisu basah bebas alkohol dan wangian untuk memastikan kawasan terbabit bersih.
  • Biarkan anak anda bebas lampin apabila boleh.
  • Gunakan salap atau krim pelindung seperti jeli petroleum sebelum meletakkan lampin baru.
  1. Penjagaan jerawat

Perkara terbaik yang anda boleh lakukan adalah dengan memastikan ia sentiasa kering dan bersih dan menahan diri anda dari memecahkan jerawat tersebut kerana ia boleh menyebabkan parut kekal. Jerawat tersebut akan hilang dengan sendiri. Walau bagaimanapun, jika masalah ini berkekalan atau semakin buruk dengan kegatalan dan ketidakselesaan, anda harus meminta nasihat daripada doktor memandangkan ia mungkin disebabkan penyakit kulit lain seperti ekzema.

Penjagaan baby comel: Aspek pemilihan produk

  1. Sila berhati-hati dengan pakaian bayi anda

Untuk mengelakkan alahan dan ruam, anda harus hanya menggunakan sabun basuh baju yang bebas daripada bau dan pewarna. Jangan lupa untuk basuh baju, sarung tilam dan selimut anak anda secara berkala dan berasingan dari pakaian ahli keluarga yang lain.

  1. Pemilihan produk

Produk yang dibuat menggunakan bahan-bahan asli seperti yang ada dalam produk organik adalah selamat untuk bayi kerana tidak mengandungi bahan yang menyebabkan alergi dan toksik. Elakkan daripada membeli produk penjagaan bayi yang mengandungi bahan seperti di bawah:

  • Bahan kimia berbahaya
  • Silikon
  • Paraben
  • Phthalates
  • Minyak galian
  • Lemak haiwan
  • SLS & SLES
  • Wangian

Sebaliknya, semasa memilih produk penjagaan bayi, carilah produk dengan kandungan berikut:

  • Bebas paraben: Paraben adalah bahan yang sering digunakan untuk membuat pewarna rambut dan kosmetik. Paraben juga merupakan antara bahan pengawet yang merbahaya. Justeru itu, carilah produk yang mengandungi bebas paraben.
  • Bebas kimia: Jika kandungan dalam produk mengandungi air, garam, gula dan berlian, ia adalah dikira sebagai bahan kimia. Selain itu, lihatlah nama-nama kandungan ini; Formaldehyde, DMDM Hydantoin (LS1) dan natrium sulfat- ini juga adalah nama-nama bahan kimia.
  • Vegan: Kandungan vegan dalam sesuatu produk bermaksud produk tersebut bebas daripada lemak haiwan atau sisa haiwan.

Panduan memilih produk penjagaan baby comel

Produk penjagaan diri bayi yang sering digunakan adalah seperti bedak, losen, minyak urut, salap dan tisu basah. Selain itu, antara produk lain yang perlu diberi perhatian ialah barangan mandian bayi seperti syampu, sabun badan, pencuci baju dan sebagainya.

  • Bedak– Elakkan menggunakan bedak yang mengandungi talkum atau karsinogen dan carilah bedak yang diperbuat daripada mineral semula jadi dan tanah liat atau tepung jagung.
  • Losen– Jika anda berhasrat untuk memakaikan bayi anda losen, ketahui tujuan anda ingin memakaikan losen pada bayi. Adakah untuk melembapkan kulit bayi atau sebagai pelindung cahaya matahari atau pencegah serangga atau mengubati ruam lampin? Selain itu, pilih losen yang bertindak lembut pada kulit bayi. Kenal pasti kandungan bahan asli yang berkualiti yang dapat melindungi kulit bayi anda. Pilih juga losen yang bebas wangian.
  • Minyak urut– Minyak urut adalah salah satu produk yang perlu ada di rumah. Selain bertujuan untuk mengelakkan kembung perut bayi, minyak urut juga dapat merapatkan jalinan ikatan antara ibu dan bayi. Sesi mengurut bayi sebaik-baiknya dilakukan selepas waktu mandi atau sebelum bayi tidur. Ada minyak urut yang berfungsi untuk melegakan ruam lampin dan menghalang ruam baru daripada tumbuh. Pilih minyak urut yang mengandungi minyak lavender atau rosmeri yang berfungsi untuk memelihara kulit dan melawan bakteria. Selain itu, gabungan dua minyak ini juga boleh memudahkan minyak meresap ke dalam kulit dan mengekalkan lembapan supaya kulit kekal halus dan lembut.
  • Pelindung matahari– Ada ibu bapa yang menggunakan pelindung matahari untuk bayi khususnya jika membawa bayi keluar dari rumah. Walau bagaimanapun, lazimnya pelindung matahari ini dibuat khas untuk bayi seawal usia 6 bulan dan ke atas. Carilah pelindung matahari yang diformulasikan khusus untuk bayi. Kandungannya pula perlulah tidak berminyak atau menyebabkan iritasi pada kulit si manja. Selain itu, pilihlah pelindung matahari yang bersifat bukan-comedogenic (tidak menghalang pori).
  • Syampu– Carilah syampu yang mengandungi emolien yang bertujuan melembapkan kulit kepala bayi, menghalang keguguran rambut di samping merangsang pertumbuhan rambut baru.
  • Pencuci baju / detergen– Pencuci baju atau sabun basuh/ detergen untuk mencuci pakaian bayi perlulah tidak mengandungi bahan kimia. Bayi selalunya mengalami ruam-ruam kecil di sekeliling leher, pergelangan tangan dan beberapa bahagian pada badan. Antara punca ruam pada bayi adalah disebabkan kandungan bahan kimia yang ada dalam sabun pencuci pakaian mereka.
Published by
NuFa