Tak Perlu Berjimat Simpan Ubat Demam Anak Dalam Peti, Nak Selamat Buang Yang Tak Perlu

Share

Menjadi kebiasaan kita akan menyimpan segala ubat-ubatan yang diberi oleh doktor jika masih ada baki. Yelah, sebagai persediaan jika anak-anak demam atau sakit sekurang-kurangnya kita ada bekalan ubat untuk diberikan.

Tapi sebenarnya menyimpan ubat yang telah digunakan sangat tidak digalakkan. Tapi kenapa? Ini penjelasannya.

“SIMPAN UBAT DEMAM?”

Assalamualaikum dan salam Jumaat semuanya. Semoga dihari mulia ini kita diberkati dengan tubuh badan yang sihat dan bahagia. Hari ini, Klinik Mabello Helmina ingin berkongsi tentang PENYIMPANAN UBAT DALAM PETI SEJUK… Jom kita ketahui bagaimana cara penyimpanan ubat yang betul.

Soalan: Ubat sirap demam untuk anak-anak yang simpan dalam peti ais tu boleh tahan berapa lama ya?

Jawapan: Ubat sirap paracetamol ataupun ubat demam sememangnya dibotolkan dengan saiz yang kecil, 60mL ataupun 100mL sahaja.
Ianya hanya untuk kegunaan sekali untuk seorang pesakit.
Contohnya, sekiranya dos 5mL 4 kali sehari maka ubat tersebut akan habis selepas 3 hari.

😮Ubat sirap demam tidak sepatutnya disimpan.
Sekiranya masih banyak ubat yang berbaki, maka ubat tersebut boleh disimpan di tempat kering pada suhu bilik selama 1-2 bulan daripada tarikh ia dibuka. Sekiranya hendak menyimpan ubat demam sebagai persediaan, seeloknya dapatkan ubat yang baru dan simpanlah ia di tempat yang kering pada suhu bilik dan bukan di dalam peti sejuk.

🧐Ubat yang telah dibuka akan dimasuki oleh udara biasa yang mengandungi bakteria dan kulat. Apabila disimpan di dalam peti sejuk, udara tersebut akan menjadi wap air melalui proses kondensasi.

😰Wap air biasanya berkumpul pada penutup botol di bahagian dalam. Wap air ini menjadi tempat pembiakan bakteria dan kulat. Lama-kelamaan ia akan bercampur dengan ubat dan merosakkan ubat tersebut. Jadinya, tak perlu lah simpan ubat sirap demam yang telah dibuka di dalam peti ais berbulan-bulan malahan bertahun-tahun lamanya. Tanggapan simpan ubat sirap demam dalam peti ais untuk lebih tahan lama adalah tidak betul.

Gambar dibawah adalah ubat sirap untuk anak-anak. Lepas ni jom periksa peti ais masing-masing.Buang ubat yang tak perlu okay.

Belajar sesuatu? Bukan tak berjimat tapi untuk selamat. Semoga perkongsian sebentar tadi, dapat membantu anda diluar sana.

Sumber: Klinik Mabello Helmina

Published by
NuFa