Siapa yang tidak mahu memberikan yang terbaik buat anak kita. Lebih-lebih lagi mengenai pembelajaran mereka. Farah Lee, personaliti media sosial dan usahawan yang mempunyai jenama pakaiannya sendiri tidak terkecuali dari memberikan yang terbaik buat puteri tunggalnya, Maream Esabel.

Melalui instagram miliknya, Farah dilihat sering berkongsi mengenai dunia anak-anak kecil, tidak terkecuali pembelajaran anak-anak kecil kita yang menjadi pilihannya semasa melanjutkan pelajaran ke peringkat sarjana dalam bidang Pendidikan Khas Kanak-Kanak di Leeds, United Kingdom.

“Tak Perlu Berkira Sangat Nak Spend Untuk Anak,” Farah Lee Mohon Dulukan Masa Depan & Ilmu Demi Anak!

Melalui satu entri di Instagram miliknya, Farah Lee turut berkongsi mengenai pembelajaran anak-anak yang selayaknya diberikan lebih baik tanpa berkira wang ringgit.

“Ramai parents ingat rezeki mereka itu adalah hak mereka sampaikan berkira-kira untuk invest dalam education dan well-being anak-anak, tapi untuk diri sendiri maintenance kemain.

“Banyak rezeki kita itu adalah rezeki anak, kita hanya perantara sahaja. Jadi setakat mampu, tak perlulah berkira sangat untuk spend kepada anak-anak especially untuk masa depan dan ilmu mereka,” katanya berkongsi.

IKLAN

“Tak Perlu Berkira Sangat Nak Spend Untuk Anak,” Farah Lee Mohon Dulukan Masa Depan & Ilmu Demi Anak!

 

Kata Farah lagi, walau sibuk macam mana sekali pun, jika kekurangan waktu, gantikan sesuatu yang terbaik buat anak-anak. Lebih-lebih pada ibu bapa yang sudah berpisah.

Anak-anak adalah amanah yang sudah dipertanggungjawabkan kepada kita. Maka kita berusahalah untuk memberikan yang sebaiknya. Begitu kongsi Farah.

IKLAN

“Nak-nak ayah-ayah yang terlalu busy berkerja atau yang dah bercerai, anak duduk dengan bekas isteri.

“Tak Perlu Berkira Sangat Nak Spend Untuk Anak,” Farah Lee Mohon Dulukan Masa Depan & Ilmu Demi Anak!

“Tanggungjawab nak sendiri bagi ilmu tu dah tak mampu, nak bagi nafkah anak alahai aji bakhil pulaknya. Patut bagi isteri/bekas isteri extra sikit kira upah dia jagakan well-being anak-anak untuk kita.

“Ingat, anak ni pinjaman Allah dari Syurga untuk kita, amanah untuk kita didik dan jaga. Moga dapat kita pulangkan semula mereka ke Syurga juga, inshaAllah amin,” katanya berkongsi agar tidak berkira dengan anak-anak.

IKLAN

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by F. L. (@farahlee_)

Farah Lee yang pernah berkahwin dengan pengacara, Ally Iskandar dikurniakan seorang cahaya mata, Maream Esabel yang kini tinggal bersama Farah.

Artikel berkaitan: Berkorban Juga Kewangan Saya, 2 Kali Masuk Tahun 1, Farah Lee Sanggup Berhabis Demi Maream!

Nak macam-macam info? Jom join telegram Pa&Ma D Parents https://t.me/pamadparents

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI