Baharu sebentar tadi Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador, mengeluarkan arahan untuk setiap individu yang mahu melakukan perjalanan rentas negeri untuk mengisi borang khas yang tersedia di balai polis berdekatan. Sejak dari itu, dapat dilihat kebanyakan balai polis dipenuhi orang ramai untuk melakukan prosedur mengisi borang terbabit.
Melalui laman Friends Of PDRM di Facebook, orang ramai boleh memuat turun borang kebenaran rentas negeri itu dan mengisinya lebih awal sebelum mendapatkan pengesahan dari balai polis berhampiran.
1. Cetak borang dan isikan maklumat yang diperlukan.
2. Buat dua salinan, satu untuk balai dan satu lagi untuk disimpan pemohon selepas dicop oleh anggota polis yang bertugas di kaunter balai tersebut.
3. Pastikan borang sentiasa dibawa ketika anda melakukan perjalanan rentas negeri. Seandainya ada sekatan jalan raya, anda mungkin diminta untuk menunjukkan borang yang lengkap diisi serta telah dicop.
4. Sekiranya ditahan dan gagal mengemukakan dokumen sokongan kebenaran perjalanan yang dibekalkan oleh Ketua Balai anda boleh didakwa atau dikenakan tindakan di bawah Akta 342 / Akta 344. Penjara tidak lebih 2 tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.
Bagi melancarkan perjalanan anda merentas negeri, sila patuhi arahan yang telah dikeluarkan. Sebaiknya jika tiada sebarang urusan penting atau urgent yang memerlukan anda melakukan rentasan negeri, tidak perlulah keluar kawasan.
Dengan cara ini anda dapat mengurangkan risiko jangkitan COVID-19 kerana kita tidak digalakkan untuk berada di kawasan orang ramai.
KLIK SINI untuk muat turun borang