Keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) telah diumukan hari ini di seluruh sekolah di Malaysia. Pasti ibu bapa orang yang paling berdebar menanti keputusan peperiksaan anak-anak.
Tapi walauapa pun keputusan peperiksaan anak, raikanlah mereka. Mereka mungkin sudah berusaha dengan sehabis baik. Tak perlu beza-bezakan keputusan peperiksaan anak-anak dan tak perlu beza-bezakan kekurangan anak.
“Saya mahu buktikan pelajar autisme boleh berjaya” begitulah kata-kata ibu bapa kepada salah seorang pelajar autisme yang beroleh kejayaan cemerlang dalam keputusan peperiksaan SPM hari ini.
Kejayaan ini diusahakan secara berterusan sejak daripada tingkatan empat selain diperkuatkan lagi dengan amalan solat dhuha pada setiap hari,” kata Muhammad Syahmi Asyraff Samsul Muariff, 18, Calon Terbaik Berkeperluan Khas (CBK) Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) peringkat negeri.
Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Panji Alam yang mengalami masalah pembelajaran (autisme) itu memperoleh 2A+, 1A, 4 A-, 1B+ dan 1C dalam SPM yang diumumkan hari ini.
Syahmi berkata, dia terpaksa berusaha lebih gigih untuk mencapai kejayaan dalam SPM berbanding pelajar normal.
Ads
“Saya bertuah kerana cikgu dan ibu bapa sentiasa memberi dorongan kepada saya untuk mencapai kejayaan itu.
“Tumpuan ketika sesi pembelajaran di dalam kelas selain mengulangkaji pelajaran di bawah bimbingan ibu bapa juga banyak membantu.
“Semangat untuk membuktikan bahawa pelajar autisme juga mampu meraih kejayaan turut menjadi dorongan saya mencapai keputusan cemerlang ini,” katanya ketika ditemui pada Majlis Pengumuman Keputusan SPM 2019 di Sekolah Menengah Sultan Mahmud (SESMA), Kuala Nerus, hari ini.
Dia berkata, dia berhasrat melanjutkan pelajaran dalam bidang Sains Kesihatan di Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) seterusnya mencapai cita-cita sebagai ahli farmasi.
Ads
“Saya harap kejayaan itu turut memberi inspirasi kepada semua calon CBK SPM pada tahun ini bagi mencapai kejayaan sama.
“Tiada yang mustahil untuk kita capai dengan syarat perlu berusaha keras dan yakin pada diri sendiri,” katanya.
Sementara itu, ibunya, Hayani Zakaria, 54, berkata, dia terpaksa berhenti kerja semata-mata untuk menjaga anak istimewanya itu.
“Bukan mudah untuk membimbing anak yang mempunyai masalah pembelajaran seperti itu.
Ads
“Namun berkat kesabaran, usaha melalui bimbingan dan doa yang berterusan, saya bersyukur anak akhirnya mencapai kejayaan pada SPM.
“Segala pengorbanan saya sebelum ini berbaloi apabila anak bongsu daripada dua beradik itu berjaya mencapai keputusan cemerlang dalam SPM,” katanya.
Menurutnya, dia tidak terlalu mengharap anaknya itu cemerlang dalam pelajaran tetapi cukup sekadar mampu berdikari dan menguruskan diri sendiri tanpa mengharap belas ihsan orang lain.
“Bagaimanapun rezeki dan ketentuan Allah di atas segala pengorbanan saya dan keluarga mengatasi segalanya apabila Syahmi cemerlang dalam SPM seterusnya menjadi calon CBK terbaik peringkat negeri,” katanya.
Pada majlis itu Pengarah Pendidikan Negeri Terengganu Salim Ab Ghani menyerahkan slip dan sijil penghargaan kepada Syahmi sambil ditemani ibunya, Hayani dan bapa, Samsul Muariff Saroni, 55.
Malaysia dijangka menerima bekalan vaksin Pfizer untuk fasa pertama pada hujung Februari ini.
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata sebagai persediaan awal bagi memastikan pengagihan vaksin COVID-19 kepada rakyat negara ini berjalan lancar apabila bekalan diperoleh, Kementerian Kesihatan sudah membangunkan Pelan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan.
Beliau berkata demikian ketika menyampaikan perutusan khas mengenai pelaksanaan PKP, hari ini
Bagi mencapai imuniti kelompok, sebanyak 60-70 peratus atau 20-23 juta populasi Malaysia perlu dberikan vaksin COVID-19.
Buat masa ini, kerajaan telahpun menandatangani perjanjian awal dengan fasiliti Covax, syarikat Pfizer dan AstraZeneca bagi perolehan vaksin COVID-19 untuk mendapatkan jaminan bekalan vaksin sebanyak 40 peratus liputan populasi. Kerajaan juga sedang
dalam proses rundingan akhir dengan Sinovac, CanSino dan Gamaleya bagi mendapatkan jaminan bekalan vaksin bertambah melebihi 80 peratus jumlah populasi negara atau 26.5 juta.
Kerajaan akan pastikan hanya vaksin yang memenuhi ciri-ciri keselamatan, berkualiti dan berkesan akan didaftarkan dan digunakan di Malaysia. Proses penilaian ini dibuat oleh
Jawatankuasa Penilaian Produk Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) untuk kelulusan dan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah bagi tujuan pendaftaran sebelum vaksin COVID-19 tersebut boleh digunakan di Malaysia.
Beliau juga turut mengingatkan seluruh rakyat untuk terus mematuhi semua SOP yang telah ditetapkan. Ya betul kita akan menerima bekalan vaksin tidak lama lagi tetapi itu
bukan satu-satunya langkah pencegahan dan pastinya bukan untuk penyembuhan.
Pencegahan paling utama adalah dengan diri kita sendiri melakukan amalan mencuci tangan menggunakan sabun dengan kerap, gunakan hand sanitizer sekiranya tiada punca air yang berdekatan, pakai pelitup muka ketika berada di tempat-tempat awam, jaga jarak fizikal dan elakkan dari bersentuhan.
Sementara itu, Muhyiddin turut mengumumkan bahawa Kajian Klinikal Fasa 3 vaksin COVID-19 akan bermula pada 21 Januari ini di sembilan (9) buah Hospital
KKM di bawah kelolaan Pusat Kajian Klinikal (Clinical Research
Centre – CRC) masing-masing.
Kajian klinikal yang pertama dilakukan di Malaysia ini dijangka akan melibatkan seramai 3,000 sukarelawan dan Malaysia bakal menjadi negara pertama di luar negara China untuk kajian calon vaksin inactivated COVID-19 vaccine buatan Institute of Medical Biology Chinese Academy of Medical Sciences, China (IMBCAMS) ini. Kesemua keperluan regulatori termasuk kelulusan etika dari Medical Review & Ethics Committee (MREC) dan akhir sekali,
Clinical Trial Import License (CTIL) dari NPRA telah diperolehi pada 8 Januari lalu.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Dr. Sheikh Muszaphar Shukor baru mengumumkan semalam bahawa isterinya, Dr. Halina hamil 13 minggu. Bukan hanya Dr. Sheikh Muszaphar sahaja yang gembira, malah seluruh rakyat Malaysia tumpang gembira apabila kehamilan ke empat Dr. Halina juga kembar sehingga nama Dr. Halina menjadi ‘Trending’ di Twitter.
Sebelum ini Dr. Halina juga pernah hamil kembar dan kedua-duanya anak lelaki iaitu Seikh Adam dan Sheikh Noah.
Terima Kasih kepada semua atas doa anda. Alhamdulillah kami bersyukur dengan segala doa yang baik-baik dari anda semua. Terima kasih sekali lagi.
Hamil di lewat usia datang dengan package cabaran yang berbeza. Saya dapat rasakan badan saya memberi riaksi berbeza berbanding kehamilan dahulu… yang sama hanyalah saya semakin membesar.
Waktu ini ketika saya berjumpa Dr @fara.azura, kawan lama saya dari Hosp Selayang…
Video pertama di sebelah kiri menunjukkan bagaimana kembar terletak bersebelahan di rahim. Dua kantung yang dipisahkan .. dan dua kantung yang terpisah. Seterusnya adalah bayi di sebelah kanan .. dan video terakhir adalah bayi di sebelah kiri …
Terima kasih sekali lagi atas doa anda semua. Sentiasa doakan kami X
Bukan mudah untuk hamil di usia 40an, tentu sekali banyak perubahan yang perlu Dr. Halina lalui. Namun begitu, Dr. Sheikh Muszaphar berjanji akan menjaga anak-anak mereka dan meminta agar Dr. Halina menumpukan perhatian kepada kandungan kembarnya.
Do be strong my love . Just hang in there and leave the workload of the kids to me .
Terdahulu, Dr Muszaphar berkahwin dengan Dr Halina Mohd pada Oktober 2010 dan dikurniakan dengan empat orang cahaya mata. Dua orang puteri yang diberi nama Sophea Isabella dan Sophea Natasha serta dua putera kembar, Sheikh Adam dan Sheikh Noah.
Kadang-kadang ada saja permintaan anak yang pelik-pelik, sampai kita nak handle pun pening kepala. Pemikiran kreatif anak ni jangan dipandang ringan, mereka mampu berfikir di luar kotak.
Kita yang dewasa pun tak pernah terfikir, tapi anak ni macam-macam perkara boleh terlintas di pemikiran mereka.
Sebuah video tular yang dimuat naik seorang ibu, shanana1986, di Tiktok meraih perhatian warganet yang terhibur dengan perlakuan anak perempuannya. Di dalam video tersebut, anaknya mahukan duit kertas RM3 dan RM4.
Di dalam video tersebut kedengaran suara ibunya bercerita yang anaknya mahukan duit kertas bertulis nombor tiga dan apabila dihulurkan not RM5, anaknya menangis tak mahu.
Jom, tonton video ini;
Ibu: “Budak ni menangis nak duit dia tulis 3, mana nak cari?”.
Anak: “Nak nombor 3..”
Ibu: “Nak nombor berapa?”.
Anak: “3!!”.
Ibu: “5 je ada.”
Anak: “Bukannnn!!”.
Ibu: “Mana aku nak cari ni, mana ada duit nombor 3?”.
Menerusi ruangan komen banyak yang melahirkan rasa lucu dan terhibur melihat adik comel ni menangis bersungguh-sungguh kerana mahukan duit tersebut;
Waktu pertama kali menonton video ni, memang terhibur juga. Tersenyum sendiri dibuatnya, punyalah bijak request nak duit nombor tiga dan empat pula. Semoga awak terus membesar jadi anak yang bijak pandai, mana tahu boleh bekerja dengan Bank Negara Malaysia nanti!
Anak bongsu menyusul pergi sebulan selepas isteri dan anak sulung terkorban kemalangan jalan raya. Seorang bapa sekali lagi diuji apabila anak bongsunya menghembuskan nafas terakhir di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu, hanya sebulan selepas kehilangan isteri dan anak sulung dalam kemalangan.